terima kasih buat kalian semua..

Thursday, May 7, 2009

24 guru besar sekolah cemerlang lawat Australia



KUALA TERENGGANU: Seramai 24 guru besar dari sekolah yang mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun lalu akan mengikuti lawatan ke Australia sebagai pengiktirafan atas keupayaan mereka memimpin sekolah masing-masing.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said, berkata lawatan itu adalah sebagai skim galakan kepada guru untuk terus memberikan perkhidmatan cemerlang bagi melahirkan generasi pelajar cemerlang.

Katanya, buat permulaan, hanya guru besar yang akan dihantar mengikuti lawatan itu dan pihaknya akan mengkaji untuk memberi pengiktirafan sama kepada guru lain dan guru sekolah menengah yang turut mengharumkan nama negeri dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).


"Seramai tiga guru dari lapan kawasan Parlimen di negeri ini dipilih untuk mengikuti lawatan kali ini. Kita berbangga dengan pencapaian cemerlang murid kita dalam peperiksaan UPSR sejak tujuh tahun lalu.

"Oleh itu, kita melihat pengiktirafan kepada guru besar ini salah satu galakan untuk warga pendidik terus memberikan yang terbaik kepada bidang pendidikan negeri.

"Bagaimanapun, kita akan pastikan guru lain juga berpeluang mengikuti lawatan ke luar negara. Jika pelajar cemerlang kita berikan ganjaran, guru yang bertungkus lumus memberi ilmu kepada murid juga wajar diberi pengiktirafan," katanya selepas merasmikan Program Pendidikan Terengganu Terbilang 2009 (PPTT) di sini, kelmarin.

- syoknya jadi guru besaq kat negeri yg ada royalti minyak berbiliun2..

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...