terima kasih buat kalian semua..

Thursday, May 14, 2009

3,000 hadir temuduga terbuka Jabatan Pelajaran



Lebih 3,000 pencari kerja menghadiri sesi temuduga terbuka di Jabatan Pelajaran Negeri Kedah di sini hari ini.


Lebih 3,000 pencari kerja menghadiri sesi temuduga terbuka di Jabatan Pelajaran Negeri Kedah di sini hari ini.

Pengarah Pelajaran Kedah, Shahidan Abd Rahman, berkata empat jenis jawatan ditawarkan termasuk guru siswazah kontrak, pegawai tadbir kontrak, penolong pegawai tadbir kontrak dan pembantu tadbir kontrak.

Temuduga terbuka itu, yang sepatutnya diadakan sehari sahaja, di lanjutkan sehingga esok disebabkan terlalu ramai yang hadir, katanya.

Temuduga serupa turut diadakan di beberapa negeri lain.

– BERNAMA

- macam ni lah tuan2 betapa terdesaknya mencari kerja..yang dah ada kerja rajin dok mengulat pulak..statistik terbaru graduan menganggur masih seperti dulu..60 ribu orang..kat mana nak sumbat depa nih..antara pilihan yang ada jadilah usahawan, bukak bisnes sendiri..at least buleh jugak meramaikan usahawan bumi yang mmg rata2nya penganggur ni golongan bumi..dalam keadaan sekarang ni mmg sukar nak dapatkan kerja..kenyataan setiap hari bahawa ekonomi negara berkembang hanya sebagai penyedap hati..orang kampung tak paham pun..depa hanya akan rasa aman bila mereka duit yang mereka pegang walaupun 10 ringgit ada nilainya...apa nilai rm10 pada hari ni????

1 comment:

  1. dunhill 20 pun dah 9 ringgit mana ada nilai cendoi pulut kacang gula lebih pun naik rega dah oiiiii..........

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...