terima kasih buat kalian semua..

Thursday, May 28, 2009

70,000 kerja kosong sukar diisi


PUTRAJAYA 27 Mei - Kini terdapat ribuan pekerjaan kosong yang ditinggalkan oleh pekerja asing yang telah kembali ke negara mereka, tetapi hanya sedikit daripada pekerjaan tersebut yang dipenuhi oleh belia tempatan.

Berdasarkan keadaan inilah, Jabatan Tenaga Kerja (JKT) sedang berusaha mencari punca sebenar kenapa pekerja tempatan enggan mengisi kekosongan pekerjaan yang ditinggalkan oleh pekerja asing.

Ketua Pengarah JKT Semenanjung Malaysia, Datuk Ismail Abdul Rahim berkata satu sesi sumbang saran akan diadakan tidak lama lagi bagi mencari puncanya.

''Terdapat ribuan kekosongan pekerjaan tetapi hanya sedikit di kalangan belia tempatan yang mahu mengisinya,'' katanya kepada Bernama.

Beliau berkata wakil dari Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), persatuan majikan dan badan bukan kerajaan akan dijemput untuk mengambil bahagian dalam sesi tersebut bagi memberi pendapat mereka.

Ismail berkata, kini terdapat kira-kira 70,000 jawatan kosong dalam pelbagai kategori.

Beliau berkata, hasil kajian Universiti Utara Malaysia (UUM) baru-baru ini mendapati pekerja tempatan enggan bekerja disebabkan gaji yang rendah, suasana kerja yang buruk, tiada kemudahan rekreasi dan lokasi kerja yang tidak sesuai.

''Kita sedang menangani isu-isu ini, tetapi responsnya tidak menggalakkan. Mungkin ada sebab-sebab lain yang boleh kita ketahui menerusi sesi sumbang saran ini nanti,'' katanya. - Bernama

- sungguh ka..betoi ka..cuba iklankan lam paper semua jawatan2 tu..aku nak tengok jgak jawatan apa..punya ramai orang dok cari kerja..nak jugak tau jawatan apa yang kosong..berani ka iklan..??

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...