terima kasih buat kalian semua..

Tuesday, May 26, 2009

Berita Terkini: Ekonomi merosot di bawah -1%


Ekonomi merosot bawah -1% May 26, 09 8:36pm Ekonomi negara dijangka menguncup bawah -1.0 peratus pada tahun ini di tengah-tengah iklim ekonomi semasa, kata menteri kewangan kedua.

"Saya tidak dapat memberitahu anda (angka itu) tetapi ia tentunya di bawah -1.0 peratus," kata Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah.

Beliau diminta mengulas unjuran oleh pakar ekonomi bahawa Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) akan menguncup antara -4.5 peratus dan -5.0 peratus pada 2009.

Unjuran KDNK Bank Negara Malaysia (BNM) bagi tahun ini antara -1.0
peratus dan 1.0 peratus.

Menurut Bernama, BNM akan membuat pengumuman mengenai KDNK suku tahun pertama esok.

"Tunggu pengumuman BNM esok," katanya selepas merasmikan pelancaran Program Penambahbaikan dan Pembangunan
Eksekutif Suruhanjaya Sekuriti di Kuala Lumpur hari ini.

"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan membuat satu lagi pengumuman keesokannya (lusa) mengenai unjuran baharu KDNK 2009 dan kita kemudiannya akan mengetahui kedudukan ekonomi negara."

Tambah Husni, ekonomi bagaimanapun dijangka pulih dalam suku tahun ketiga kerana kesan pakej rangsangan ekonomi RM67 bilion baru-baru ini mulai dirasai.

Bagi 2010, katanya, kerajaan percaya KDNK akan dicatatkan positif.

Institut Penyelidkan Ekonomi Malaysia (MIER) bulan lepas berkata ekonomi menguncup 2.2 peratus tahun akibat kesan kelembapan ekonomi dunia.

Institut bebas itu juga menjangkakan Malaysia akan mengalami "kemelesetan teknikal" - atau pertumbuhan negatif dalam tempoh dua suku tahunan berturut-turut - separuh pertama tahun ini.

Ketika ditanya sama ada lebih banyak langkah liberalisasi akan diumumkan pada masa depan, Husni berkata kerajaan kini sedang mengusahakan mengenai pembangunan model ekonomi baharu negara ini.

"Model ekonomi itu kini berada pada peringkat perancangan," katanya, sambil menyatakan bahawa kerajaan akan mengkaji bidang yang boleh diliberalisasikan lagi.

Katanya, teras utama model baharu itu ialah kualiti pelaburan dan rakyat.

"Akhirnya, kita akan menjadi ekonomi terbuka kerana kita merupakan
sebahagian daripada sistem global tetapi proses liberalisasi memakan masa," katanya.


- hmmm.. takutkan bila kita dengaq laporan2 macam ni..sama2 la kita berdoa semoga ekonomi kita kembali berkembang..memang tersangat la menyedihkan kalau sampai di bawah -1%..memang sepatutnya kita mengurangkan politing dan kembali sama2 memikirkan pasal ekonomi negara..takda gunanya menang berpolitiking kalau ekonomi kita menjadi seperti Zimbabwe..

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...