terima kasih buat kalian semua..

Friday, May 15, 2009

Buah keriang dot semakin pupus


JERLUN 14 Mei - Bagi mereka yang tinggal di kawasan kampung di utara tanah air pasti mengenali buah keriang dot yang mempunyai bentuk yang hampir sama dengan buah anggur.

Jika dahulu pokok keriang dot mudah didapati di kawasan hutan dan pinggir kampung namun kini buah ini semakin sukar diperoleh.

Mungkin juga generasi masa kini tidak lagi mengenali pokok dan buah keriang dot kerana pokoknya semakin pupus.

Pokok keriang dot hanya berbuah sekali dalam setahun sekitar bulan April hingga Mei dan buahnya akan bertukar menjadi warna hitam apabila benar-benar masak serta meninggalkan kesan berwarna hitam pada lidah apabila dimakan.

Buah ini mempunyai rasa sedikit kelat namun manis apabila benar-benar masak dan kaya dengan khasiat daripada segi perubatan.

Ibrahim Mansur, 51, berkata, pokok keriang dot di halaman rumahnya sudah berusia hampir 20 tahun.

"Ayah saya yang menanam pokok ini dan kami memang tertunggu-tunggu apabila tiba musim buah keriang dot.

"Rasanya yang unik dan jarang ditemui menyebabkan rumah saya menjadi tumpuan apabila tiba musim buah ini," ujarnya ketika ditemui di Kampung Tempayan Pecah di sini baru-baru ini.

Menurut Ibrahim, anak-anak kecil di kampung lebih mengenali buah ini dengan nama 'anggur Malaysia' kerana gugusan buah keriang yang masak kelihatan sama dengan buah anggur.

Katanya, selain mempunyai rasa yang enak buah ini juga berkesan bagi membantu pesakit kencing manis mengurangkan kadar gula dalam darah mereka.

"Bagi mereka yang menghidap penyakit kencing manis, mereka tidak perlu bimbang untuk menjamah buah ini kerana ia tidak mempunyai kesan yang buruk bagi penghidap penyakit ini.

"Biji buah keriang dot juga boleh dikeringkan, ditumbuk dan dibancuh dengan air panas untuk diminum," jelasnya.

Ibrahim menambah, buah keriang dot semakin sukar diperoleh kerana pokok keriang semakin pupus.

"Buah ini mempunyai khasiat daripada segi perubatan dan buah ini boleh dikomersialkan jika kajian saintifik mengenai khasiatnya dijalankan secara menyeluruh.

"Saya amat mengalu-alukan jika ada pihak yang mahu menjalankan kajian bagi mengetahui rahsia di sebalik buah keriang dot," ujarnya.

- ni semua kenangan masa kecik2 dulu di parit buntar, perak..lebih tepat lagi jln terusan, spg lima, buah keriang ni macam satu big phenomenon suatu waktu dulu. biasanya pokok ni berbuah time cuti sekolah. tak tau la kenapa. dulu selang beberapa bijik rumah dengan rumah aku ada pokok kering yg cukup besaq, port ni menjadi port harian bebudak kampung dok melapok. nak pi ke pokok tu kene harung ayaq sikit la, takat buku lali. pokok keriang ni besaq, tinggi, jadi yg ada skill ja yg terer untuk panjat. budak2 yg takut nak panjat duduk kat bawah pokok ja dengan mengharapkan ehsan geng2 pemanjat ni jatuhkan buah ke bawah. buah2 ni pulak akan dimasukkan dalam satu plastik yg lutsinar. berapa banyak buah kering dalam karung plastik tu melambangkan status budak tu. orang akan kenai dia ni pemanjat atau pengharap ehsan. kebiasaannya karung budak pemanjat ni lebih bagus buahnya lebih besar dan molek2, ye la golongan ehsan ni buahnya pecah2 sebab dibaling dari atas. ramai budak2 letak garam dalam karung buah ni. sedap, masin2 manis. buah keriang ni tak boleh simpan lama, kena habiskan ari tu jugak, mungkin sebab dulu rumah xdak peti ais. aku kebiasaannya jadi peminta ehsan ja sebab tak terer manjat. kalau panjat pun cuma kat dahan2 bawah ja.pokok ni tinggi beb, kalau jatuh dari ataih buleh koma woo..tu yg aku tak berani. sampai ari ni aku masih teringin nak makan.kalau ada aku sanggup ni. ini cerita zaman aku, zaman abang aku tak pasti la cemana. amie, kalau hang baca cerita ni hang letak la komen cerita zaman hang..

3 comments:

  1. depan rumah kami ada dulu besaq....selalu panjat tapi saya tukang kutip ja....

    ReplyDelete
  2. ada sapa2 x yg ada tanam pokok ni kat rumah dia.?kalau ada nak details... - Aida_

    ReplyDelete
  3. ada spe2 x yg kat rumah dia ada tanam pokok ni??agak berminat jugak nk buat research psl buah ni

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...