terima kasih buat kalian semua..

Thursday, May 28, 2009

Dikurung kerana tidak lunas RM800


KUALA LUMPUR 27 Mei - ''Encik, sekarang pukul berapa? Apa tarikh hari ini?''

Itulah soalan pertama yang dikemukakan oleh salah seorang mangsa ah long yang hanya dikenali sebagai Lim, 49, ke arah jurugambar Utusan Malaysia, Zulhafiz Abu Hanafiah ketika merakam gambarnya.

Lim bukan sahaja dikurung malah turut dirantai dalam bilik sempit yang kotor sejak 4 April lalu gara-gara gagal menjelaskan baki hutangnya kepada ah long sebanyak RM800.

Menceritakan episod dia dikurung dalam 'lokap' itu, Lim berkata, kejadian berpunca apabila dia bersemuka dengan ah long itu di sebuah pasar raya di Semenyih, Kajang, kira-kira pukul 9 malam.

Katanya, keputusan itu diambil berikutan dia tidak lagi mampu bertahan dengan pelbagai gangguan daripada ah long berkenaan yang seringkali ke rumah mengugut mangsa serta ahli keluarganya.

''Namun ketika perbincangan itu, penjelasan saya langsung tidak diterima malah mereka mengheret saya ke tempat ini ('lokap') sebelum mengurung saya,'' katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Lim berkata, selama dalam tahanan, dia dilayan seperti binatang dan dipukul sehingga badannya lebam-lebam sekiranya membuat bising dan merayu.

Ditanya berapa jumlah wang yang dipinjam, dia berkata: ''Saya cuma berhutang RM1,500 dan setakat ini saya sudah bayar lebih daripada jumlah itu.

''Kini saya hanya perlu melunaskan RM800 saja, tapi dia (ah long) langsung tidak memberi ruang kepada saya malah mengugut ahli keluarga saya pula,'' ujarnya.

Usaha Utusan Malaysia untuk menemu ramah dua lagi mangsa bagaimanapun gagal apabila mereka masih dalam keadaan trauma dan enggan ditemu ramah.

Kesemua mangsa dibawa ke Hospital Serdang dengan menaiki ambulans untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...