terima kasih buat kalian semua..

Wednesday, May 13, 2009

Ekonomi di paras paling rendah - MIBB


KUALA LUMPUR 12 Mei - Ekonomi Malaysia berada di paras paling rendah dan justeru itu kadar penurunan semakin perlahan, demikian menurut seorang pegawai bank pelaburan.

Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Investment Bank Bhd. (MIBB), Mohammed Rashdan Yusof berkata, bagaimanapun, senario ini tidak bermakna ekonomi sedang memantul semula.

"Kita mungkin lemah di sana (pada paras bawah) untuk satu masa tertentu dan saya rasa keyakinan adalah satu perkara yang tidak tetap," katanya kepada pemberita di luar Sidang Kemuncak Perbankan Malaysia Ke-13 di sini, hari ini.

Mohammed Rashdan berkata, kebimbangan bank itu adalah sesetengah pelabur mungkin agak terlalu bersemangat dalam pemikiran.

Beliau berkata, sesetengah data tidak kelihatan menyokong pertumbuhan, menunjukkan bahawa perubahan struktur berlaku dalam ekonomi dan ia akan mengambil sedikit masa untuk pulih.

"Hakikatnya adalah takat kemelesetan adalah sangat global dan memberi kesan kepada ekonomi yang sangat besar di seluruh dunia. Ia termasuk Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun, dan pada satu tahap China meskipun ia sedang pulih semula, tetapi China sendirian tidak dapat menarik keluar dunia daripada krisis ekonomi sekarang," kata Mohammed Rashdan.

"Jangan kita lupa bahawa kadar pengangguran dan tabungan China semakin meningkat. Oleh itu, disebabkan faktor ini, kami rasa pemulihan tidak akan berlaku dengan segera dan dengan kadar yang pantas," katanya. - BERNAMA

MIBB mengekalkan unjuran keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada -1.3 peratus bagi tahun kewangan ini.

Mohammed Rashdan berkata, ia masih menjadi satu cabaran untuk melaksanakan tawaran awam permulaan (IPO) sekiranya pasaran masih berada di tahap stabil ketika ini.

"Persoalannya adalah, apa yang akan berlaku kepada pasaran dalam tempoh tiga hingga enam bulan akan datang. Adakah situasi ini akan berterusan atau sebaliknya?.

"Segelintir pihak menyatakan bahawa keadaan yang buruk telah berakhir dan kita akan menyaksikan lonjakan. Tetapi sebenarnya ramai orang yang merasakan bahawa pasaran terlebih belian dan lebih ramai orang yang membuat pengambilan untung," katanya.

Beliau berkata, MIBB ketika ini sedang menjalankan kajian terperinci ke atas sebu ah syarikat yang berminat membuat IPO tahun ini. - BERNAMA

- aku tak pasti yang mana betoi tentang ekonomi..semakin berkembang atau berada ditahap rendah cam laporan bernama ni..semua orang boleh nilai dan rasa sendiri, aku berharap kerajaan berusaha lebih memperbaiki ekonomi, kurangkan politiking dan utamakan keperluan rakyat.

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...