terima kasih buat kalian semua..

Tuesday, May 19, 2009

Hahahah..tambang teksi naik lagi

Diumumkan hari ini tambang teksi di LCCT telah dinaikkan. Pada aku terpulanglah kalau depa nak naikkan tambang ke KL sampai berapa ringgit pun sebab pelanggan sekarang semuanya bijak. Bas pun ada cuma RM6 (kalau beli sekali tiket AirAsia). Masing-masing boleh pilih pilihan masing-masing tapi jangan la merungut mahal. Kalau naik ERL pun RM 35, nak kena pergi ke KLIA lagi.

Apa yang aku nak tulis di sini berkaitan dengan pematuhan pada kadar yang telah ditetapkan sekarang. Aku selalu berulang antara LCCT dan KLIA. Mula-mula dulu aku pernah tengok kadar yang dipublishkan di laman web LCCT. RM 2.00 untuk 2 km pertama dan RM 0.10 bagi setiap 200 meter. Kalau mengikut perkiraan aku, tambang dari LCCT ke KLIA hanyalah sekitar RM 7.50 tapi korang cuba la tanya sendiri di kaunter Budget Taxi, aku tak nak cakap berapa tapi memang kow2 punya. Memang tak logik langsung bagi perjalanan tak sampai 20 minit.

Aku tak pasti kalau perkiraan aku ni salah. Tapi macam yang aku kata kita ada banyak pilihan. Aku lebih suka naik Airport Liner. Cuma bayar RM 1.50 cuma dari segi basnya memang daif dan bagi aku tak sesuai langsung dijadikan pengangkutan di pintu masuk utama negara. Cari la bas yang baru dan elok sikit. Bas macam tu cuma boleh pakai area kampung je. Kalau nak buat bas pekerja pun aku yakin semua pekerja tak mau naik.

Bagi orang kita yang badan saiz sederhana ok la. Tapi kesian aku tengok mat saleh yang kaki panjang-panjang. Bagi aku pembesar negara kena tengok perkara ni sebab ianya imej kepada negara. Memang la yang turun kat LCCT tu nak jimat belanja, bayar kurang tapi itu tak boleh dijadikan alasan untuk kita tidak menyediakan perkhidmatan pengangkutan yang setaraf bila kita berkunjung ke negara luar.

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...