terima kasih buat kalian semua..

Tuesday, May 26, 2009

Hahaha...Tambang keretapi pulak naik..

Itu hari aku ada menulis tentang kenaikan tambang teksi, baru sat tadi KTMB pulak umumkan kenaikan tambang bagi seat tempat tidur. Rm 2 untuk tempat tidur tingkat atas dan Rm 3 untuk tempat tidur tingkat bawah.

Dulu aku selalu jugak naik ketapi dari Butterworth ke KL. Bukan apa senang sebab naik jam 10 mlm, sampai KL lebih kurang hampir 7 pagi. Sepanjang perjalanan aku boleh membuta. Nak smoking pun senang. Selesa leh baca komik sambil baring2, lampu bacaan pun ada. Sampai KL Sentral aku bayar RM 5 gi mandi kat tingkat 2. Siap ada bilik persalinan ngan towel. Leh mandi puas2. Jam 9 dah boleh gi meeting. Bagi aku cukup selesa. Bantal pun cukup sedap. Cuma kadang2 aku tgk ada kapel2 yang amik kesempatan tidur sekatil, tutup langsir. Para petugas KTMB kene selalu check mender ni.

Memang kita agak skeptikal bila dengar apa2 kenaikan harga dan tambang. Tapi tambang KTMB ni tak pernah naik sejak 18 tahun lepas, sejak 1991. Bagi aku reasonable la, berpatutan. Cuma kena pastikan service yang lebih baik khususnya tandas. Bagi aku tandas dia okey cuma pengguna tren yang selalunya tak reti nak jaga. Tren antara bandar memang aku puji cuma kalau nak komen pasal komuter tu aku maleh la sebab semua orang tau. Adios kompret...

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...