terima kasih buat kalian semua..

Wednesday, May 6, 2009

Kaji semula Seksyen 51


KUALA LUMPUR 5 Mei - Seksyen 51 Akta Membaharui Undang- undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 wajar dikaji semula kerana ia dikhuatiri boleh menganiaya salah satu pasangan yang memeluk Islam.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr. Mashitah Ibrahim berkata, menerusi akta itu, mana-mana pasangan sama ada suami atau isteri yang memeluk Islam, perlu membubarkan perkahwinan di mahkamah sivil dan ini sekali gus menidakkan hak pasangan yang memeluk Islam.

Beliau berkata, sekiranya perkahwinan itu tidak dibubarkan oleh pasangan terbabit yang enggan menukar agama, maka ia akan menyebabkan penganiayaan terhadap pasangan mualaf tersebut lebih-lebih lagi bagi kaum Hawa.

"Kaum Hawa akan menjadi mangsa sekiranya suami tidak mahu membubarkan perkahwinan dan ini sudah tentu akan menganiaya wanita tersebut yang telah memeluk Islam.

"Dalam kes ini, orang Islam yang teraniaya kerana apabila salah satu pasangan itu mualaf, mereka tidak mempunyai kuasa untuk membawa kes itu ke mahkamah sivil kerana sudah memeluk Islam," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Persidangan Meja Bulat Konsep Islam Satu Malaysia yang dirasmikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Jamil Khir Baharom di sini hari ini.

Kes terbaru berkaitan K. Pathmanaban atau Mohd. Ridzuan dari Ipoh yang membawa tiga anaknya memeluk Islam, baru-baru ini.

Tiga kanak-kanak berkenaan iaitu Tevi Darsiny, 12; Karan Dinesh, 11, dan Prasana Diksa, setahun, dibawa memeluk Islam oleh Mohd. Ridzuan pada 12 April lalu dengan hanya menggunakan bukti sijil kelahiran.

Beliau juga telah membuat permohonan untuk mendapatkan hak penjagaan terhadap tiga kanak-kanak terbabit di Mahkamah Syariah.

Bagaimanapun, tindakan Mohd. Ridzuan itu dibantah oleh ibu kanak- kanak berkenaan, M. Indira Ghandi, 35, yang mahukan anak-anaknya kekal dengan agama Hindu.

- alangkah mudahnya kalau kita hanya laksanakan undang2 syariah di negara ini..

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...