terima kasih buat kalian semua..

Saturday, May 16, 2009

Kes berjangkit

Sampai ke hari ni dah ada sorang yg positif influenza A H1N1, dalam masa yang sama jugak dah ada yg mati sebab bakteria leptospirosis. Sebelum tu ada kematian daripada meningitis. Ini semua penyakit bawaan moden yg kita tak pernah dengar sebelum ni. Dan impak jangkitannya pulak sangat menakutkan, sehingga artikel ini ditaip sudah hampir 70 kematian akibat influenza A diseluruh dunia yg mana mexico mencatatkan kematian tertinggi dengan 66 kematian dan lebih 7000 kes jangkitan. Bila wabak ini dah masuk ke negara kita maka apa yg aku rasa terbaik ialah untuk kurangkan aktiviti sosial di luar rumah. Kalau xder apa2 lebih baik duduk di rumah. Kuarantinkan diri sendiri. Sebab dalam pernerbangan MH091 dari Newark, US tu ramai yg ada contact dengan mamat yang terjangkit tu, baik krew kabin, dan jugak penumpang2 lain. Dan mengikut kenyataan yang di keluarkan hari ni sistem pengimbas gagal mengesan jangkitan ke atas mamat ni sebab simptom2 hanya dapat ditrace dalam 2 ke 3 hari. Ini kenyataan yg paling menakutkan sebab setiap hari ada 2 penerbangan terus dari US yg masuk ke Malaysia bound from LA dan NY. Begitu juga penumpang2 transit dari US dan Mexico yang melalui transit Dubai, Narita dan Seoul. Dan sekiranya mereka gagal diimbas melalui mesin pengimbas, mereka2 ini berkeliaran di dalam negara.

Seperti mana ahli keluarga mangsa yang kini dikuarantinkan selama 7 hari, aku pun akan mengambil sikap untuk menguarantinkan diri di rumah sehingga keaadaan ini benar2 pulih. Setakat hari ni tiada petunjuk penurunan jangkitan. Oleh itu, sama2lah kita mengambil langkah2 yg sewajarnya.

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...