terima kasih buat kalian semua..

Sunday, May 17, 2009

Kisah Seorang Guru

Semalam aku dikunjungi seorang sahabat lama yang sama-sama menuntut sewaktu di universiti dahulu. Entah macamana dia pun sama-sama tercampak ke negeri di bawah bayu ini. Sudah 9 bulan berkhidmat di daerah pedalaman Sabah. Secara spesifiknya di daerah Tambunan. Aku cuba untuk menyelami kisah yang diceritakan pada aku.

Kesian jugak bila mendengar rintihan dia. Nak masuk ke sekolah beliau jaraknya kira-kira 11 km dari jalan besar dan jalan masuk itu hanyalah jalan gravel iaitu jalan tanah merah yang ditabur dengan batu kelikir. Jalan tu pulak hanya boleh dimasuki dengan 4 wheel dan motosikal. Kereta biasa memang tak boleh masuk. Itu pun mengambil masa hampir sejam untuk sampai ke sekolah. Masa mula-mula naik motor pernah jugak 5-6 kali terjatuh sebab jalan teruk. Kali pertama beli telur daripada 10 bijik, tujuh bijik pecah. Kesian aku dengaq. Tiap kali naik motor mesti ada jatuh sekali dua sampai la ke hari ni. Pernah juga bertembung dengan ular tedung selar sebesar lengan lelaki dewasa.

Sahabat aku ni duduk di rumah yang disediakan oleh pihak sekolah. Hanya rumah berdinding dan lantaikan buluh dengan atap rumbia. Itulah yang terbaik dapat disediakan. 4 bulan pertama dia hanya masak menggunakan dapur kayu yang mana kayu bakar ini dibeli dari orang-orang kampung. Bulan-bulan pertama nak hidupkan api pun sampai 1 jam. Paling expert pun dia kata setengah jam baru dapat menyala api. Itu baru nak hidupkan api, belum nak masaknya lagi.

Soal makanan pulak memang menyedihkan sebab dia hanya dapat makanan dalam tin sebab nak ke pekan yang paling dekat pun ambil masa 2 jam lebih. Jadi makanan dalam tin lah yang the best boleh dapat. Dia hanya keluar setiap jumaat untuk solat jumaat. Itu pun terpaksa mengambil masa hampir 3 jam untuk sampai ke masjid yang terdekat. Masa itulah digunakan untuk beli stok makanan tin. Nasib baik sekarang ni dah ada kurma daging, kari ayam, kambing dalam tin. Katanya lagi sardin dia memang dah tak boleh tengok. Kalau dia nampak memang dia muntah.

Sekolah kawan aku ni cuma ada 12 orang pelajar. Tahun lepas pelajar UPSR ada 3 orang, 2 orang dapat 3A2B, sorang dapat 3B2C. Tahun ni cuma ada sorang pelajar UPSR, kalau lulus budak tu maka 100% la pencapaian sekolah dia tahun ni. Cikgu pun cuma ada 5 orang.

6 bulan pertama katanya memang rasa nak balik semenanjung. Tapi sekarang katanya dia dah boleh terima hakikat di sini dan menurutnya lagi mungkin nak duduk selama mungkin di sini. Satunya sebab kesiankan masyarakat di situ. Walaupun berbeza bangsa dan agama tapi keazamannya untuk memastikan kanak-kanak di situ mendapat pendidikan yang terbaik cukup tinggi. Di kawasan itu, hanya dialah satu-satunya yang pakai motosikal, penduduk di situ hanya berjalan kaki dan ada juga beberapa kerat yang ada 4WD.

Besok ada krew dari TV3 akan datang ke sekolah bersebelahan untuk membuat liputan. Sekolah dia depa tak mai sebab jalan masuk memang kereta tak boleh masuk. Di posting depan aku akan masukkan gambar-gambar di sekolah beliau.

- buat isteri tercinta, Selamat Hari Guru..semoga terus tabah mendidik anak bangsa menjadi insan yang berguna.

4 comments:

  1. kesian kalau kita ssh sbnrya ada lg org yg lbh ssh,bersyukurlah dgn apa yg ada skrg

    ReplyDelete
  2. cehhh aku teruk pada tu lagi pun hang tak cerita pun

    ReplyDelete
  3. aku bersyukur dengan apa yang aku ada dan apa yang aku dapat.... sebab bagi aku semua kerja sama saja... semua ada tekanan.. kalau x sabar, dah lama dah aku g bakar PPD tu... hahaha... tq buat lokman...


    -aku tuan punya gambar-

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...