terima kasih buat kalian semua..

Sunday, May 17, 2009

Malaysia, Negara Islam dan One Malaysia

Dah lama dah aku nak menulis berkaitan perkara ni. Yang pertama berkaitan peraturan yang dikenakan oleh pengurusan hotel di seluruh negara berkaitan penggunaan swimming pool. Sememangnya kalau lelaki takkan dibenarkan untuk mandi dengan memakai seluar panjang dan memakai baju. Bagi guest lelaki hanya seluar pendek dibenarkan dan mestilah tidak berbaju. Kemudian bagi perempuan pula mestilah memakai swimming suit. Aku tak heran sangat kalau benda berlaku di US atau pun di Eropah. Tapi perkara ini berlaku dalam negara kita yang mana terang-terang dalam Perlembagaan Malaysia menyatakan Islam sebagai agama rasmi. Kerajaan juga berkali-kali menyatakan bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam. Bagi aku ini adalah satu bentuk diskriminasi kepada penganut agama Islam.

Yang keduanya berkaitan tandas di pusat membeli belah dan kebanyakan hotel-hotel besar di seluruh negara. Apa yang mengecewakan hanya tisu yang disediakan dan tiada paip air. Apakah hanya orang bukan Islam sahaja yang mengunjungi pusat membeli belah dan menginap di hotel-hotel mewah. Aku kecewa kerana kita hanya memandang dan menjaga sensitiviti agama lain tetapi sensitiviti agama sendiri dibiarkan kerana mungkin hati orang Islam tidak perlu dijaga kerana orang melayu kononnya mempunyai adab yang tinggi dan sentiasa dapat bertolak ansur.

Aku memohon supaya menteri baru yang menjaga hal ehwal agama islam melihat perkara ini. Mungkin dilihat sebagai remeh tapi sanggup ke menteri bersuci dengan hanya kertas tisu.

- aku nak melihat sejauhmana slogan "rakyat diutamakan"..untuk makluman, perkara ini telah aku emelkan kepada Dato' Seri Najib melalui laman web 1Malaysia dan Dato' Jamil Khir melalui laman web Jakim.

2 comments:

  1. Aku yakin dengan kenyataan yang dibuat oleh Mufti Mesir, Dr. Yusuf Al Qardhawi bahawa Malaysia merupakan negara Islam. Cuma bila dikatakan dengan negara Islam dah tentu kita perlu menerapkan ajaran Islam yg hakikatnya boleh diikuti oleh semua umat manusia. Islam adalah universal dan tidak ekslusif untuk penganutnya sahaja.

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...