terima kasih buat kalian semua..

Wednesday, May 20, 2009

Maut lagi


Dua lagi maut malam semalam dalam kemalangan bas ekspres Transnasional yang dalam perjalanan dari Kuantan ke Temerloh. Sebelum ini bila kita dikejutkan dengan berita kemalangan bas, pelbagai saranan dan cadangan penambahbaikan yang dicanang akan dilaksanakan.

Hari demi hari berita ini semakin sejuk dan akhirnya lenyap begitu saja. Para wartawan juga berhenti membuat follow up dan lebih mengjear berita-berita sensasi lain yang ada "nilai berita". Mungkin situasi politik Perak lebih sedap untuk dibaca oleh semua orang. Semoga kita bermuhasabah dan perlu juga ada KIV sistem supaya kita tidak lupa terhadap perancangan-perancangan yang telah dibuat dan bukan sekadar hangat-hanngat tahi ayam saja.

- photo caption: Keadaan bas Transnasional remuk selepas bertembung dengan sebuah treler di Kilometer 31, Jalan Kuantan-Maran, Pahang, kelmarin.Dua maut dalam kemalangan yang berlaku pada pukul 8.45 malam itu. Mangsa ialah pemandu treler, Khairil Nizam Mohamed, 31, dari Kampung Padang Midin, Kuala Terengganu dan penumpang bas, Sabariah Arif, 32, dari Felda Purun, Triang.Bas ekspres yang membawa 21 penumpang itu dalam perjalanan dari Kuantan ke Temerloh manakala treler yang membawa muatan baja terbabit dari arah bertentangan.

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...