terima kasih buat kalian semua..

Friday, May 1, 2009

Mesir arah hapuskan semua babi



SEORANG pekerja mengangkat seekor babi untuk dilupuskan di Kaherah semalam, setelah kerajaan Mesir mengarahkan penghapusan 250,000 babi di seluruh negara. - AP


KAHERAH 30 April – Mesir hari ini mengakui keputusannya untuk membunuh 250,000 ekor babi di negara ini merupakan langkah kesihatan awam dan bukan tindakan pencegahan wabak selesema babi.

Pengakuan itu dibuat selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan tidak ada bukti menunjukkan babi menjadi punca selesema tersebut.

“Kita sekarang berada di fasa lima, wabak itu melibatkan masalah manusia dan bukan haiwan,” kata jurucakap Kementerian Kesihatan, Abdelrahman Shahine kepada AFP.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebelum itu meningkatkan langkah berjaga-jaga terhadap wabak selesema di seluruh dunia kepada fasa lima.

“Pihak berkuasa mengambil kesempatan daripada situasi wabak untuk menyelesaikan masalah penternakan babi yang tidak teratur di Mesir,” katanya. Tiada kes selesema babi dikesan di negara ini.

Kementerian Pertanian Mesir menyatakan, ada 250,000 ekor babi di negara ini, diternak dan dimakan oleh masyarakat minoriti Qibti beragama Kristian. – AFP

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...