terima kasih buat kalian semua..

Wednesday, May 6, 2009

Pelajar sarjana UiTm berdepan kerenah birokrasi pegawai Mara

SAYA pelajar sarjana di Universiti Teknologi Mara (UiTm) semester satu, Komunikasi Massa. Sebagai pelajar, saya memohon pinjaman Mara bagi membiayai kos pembelajaran di UiTM, awal tahun ini.

Malangnya, saya berdepan dengan pelbagai kerenah birokrasi, sehingga kini pinjaman pendidikan yang saya mohon sejak awal 2009 bukan saja tidak diluluskan malah diminta pegawai Mara mencari penaja lain.

Pegawai Mara yang dihubungi pada 27 April lalu, meminta supaya mencari penaja lain sedangkan ketika itu sepatutnya semua urusan permohonan selesai memandangkan semester baru kedua bakal bermula beberapa bulan saja lagi. Untuk mencari penaja lain bukanlah mudah dan mengambil masa lama.


Antara alasan yang diberikan ialah semua permohonan diploma, ijazah sarjana muda dan sarjana tahun terbatal kerana tiada peruntukan akibat kegawatan ekonomi. Saya amat kecewa dengan alasan yang diberikan selepas sekian lama menunggu dan lebih menyakitkan hati tiada surat diberikan untuk menjelaskan kedudukan itu. Berita itu secara tidak langsung melemahkan semangat untuk meneruskan pelajaran pada peringkat sarjana. Yuran mahal dan keadaan ekonomi yang mengehadkan peluang pekerjaan. Keadaan itu menyebabkan saya bertekad menyambung pelajaran pada peringkat sarjana untuk mengelakkan terus menganggur dan membuang masa begitu saja.

Namun saya tertanya-tanya apabila akhbar Berita Harian pada 27 April memaparkan Kolej Tafe tawar pinjaman Mara. Apakah sebenarnya yang berlaku dan di mana kebenaran yang disampaikan pegawai Mara berkenaan?

Saya merayu dan berharap Mara mempertimbangkan sekali lagi keputusan yang dibuat kerana ia memberi kesan negatif kepada pelajar Bumiputera yang ingin menyambung pelajaran.

Selain itu, Mara sekurang-kurangnya memberi tindak balas kepada setiap permohonan yang hantar kerana kami berhak mengetahui status permohonan.

PELAJAR MENGHARAP,
Melaka.
- ni satu lagi..kalau aku kata mangkuk kang marah pulak..lenkali jgn tulih ikut sedap ja..faham dulu masalah yang dihadapi oleh Mara then baru buat penilaian..orang yg tak paham mmg selama2nya akan terus dalam keadaan tak paham..

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...