terima kasih buat kalian semua..

Thursday, May 14, 2009

Pemilik Restoran Didenda Kerana Bayar Chef Malaysia Gaji Rendah


MELBOURNE, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pemilik restoran yang membawa seorang warga Malaysia ke Melbourne untuk bekerja sebagai chef dan membayarnya kurang daripada A$10,000 selama lebih 18 bulan, dikenakan denda A$180,000.

Ahli perniagaan Hong Poh Meng dan syarikatnya Penang Kayu Nasi Kander Ltd, yang menjalankan perniagaan sebagai Kayu@Boxhill, mengaku melanggari 11 undang-undang tempat kerja, termasuk membayar gaji yang kurang kepada seorang tukang masak sepenuh masa iaitu $76,000, menurut laporan Australian Associated Press (AAP).

Dua pelayan berusia 19 tahun turut dibayar gaji yang kurang iaitu masing-masing A$4,876 dan A$899.

Hong didenda A$25,000 dan syarikatnya pula didenda A$158,400 oleh Mahkamah Majistret Melbourne semalam kerana melanggari undang-undang itu, yang dilakukan antara 2005 dan 2007.

Pengarah Eksekutif Workplace Ombudsman Michael Campbell berkata Hong mengaku membawa warga Malaysia itu ke Melbourne dan kemudian membayarnya hanya A$9,650 selama tempoh 18 bulan bekerja di restorannya.

"Jumlah ini adalah kurang 12 peratus daripada jumlah minimum yang sepatutnya diterima oleh lelaki itu," kata Campbell dalam satu kenyataan.

"Eksploitasi terang-terangan seperti itu tidak boleh diterima sama sekali," katanya.

AAP berkata syarikat itu membayar semula tukang masak berkenaan A$10,600 dan dua pelayan terbabit sejumlah A$805 selepas Workplace Ombudsman mula menyiasat kes itu pada 2007.

Bagaimanapun Majistret Kate Hawkins memerintahkan syarikat terbabit supaya membayar gaji tertunggak kepada chef itu berjumlah A$65,341 selain A$4,128 dan A$841 masing-masing kepada dua pelayan berkenaan.

Beliau berkata tukang masak itu mengalami satu "pola eksploitasi" dan sangat mudah menjadi mangsa disebabkan status imigresennya.

Bayaran yang kurang itu adalah "mengejutkan" dan "sukar dipercayai", kata Hawkins.

-- BERNAMA

- mungkin inilah apa yg MTUC mahukan iaitu sistem gaji minima..maksudnya perlu ada satu garis gaji minimum bagi pekerja swasta mengikut sektor yg bersesuaian..majikan pula tidak boleh sewenangnya memberikan gaji sesuka hati..begitu juga pengambilan pekerja asing yang menidakkan hak para pekerja tempatan, untuk permulaan kita tidak boleh samakan taraf negara kita dengan australia, kita boleh bermula dengan gaji minimum yang boleh dirasakan sesuai dengan pendapatan perkapita rakyat negara ini, jika ditanya semua orang mahu gaji yg tinggi tapi kita kena bandingkan epal dengan epal supaya adil dan selaras dengan produktiviti negara, so jika golongan pekerja mahu supaya garis gaji minima ditingkat dari masa ke semasa, mereka juga perlu bekerja dengan lebih gigih bagi meningkatkan produktiviti..kita sekarang sedang menuju ke arah negara maju tetapi sebelum melaksanakannya golongan pekerja juga perlu berfikiran maju dan terbuka..

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...