terima kasih buat kalian semua..

Thursday, May 7, 2009

Perkampungan 1Malaysia di Baling

Oleh Safuri Kamarudin
bhnews@bharian.com.my

Kawasan seluas kira-kira 12 hektar akan dibangun

BALING: Umno Bahagian Baling sedang mengenal pasti kawasan seluas kira-kira 12 hektar di daerah ini untuk dibangunkan sebagai Perkampungan 1Malaysia yang menempatkan penduduk miskin daripada pelbagai bangsa dan latar belakang.

Ketuanya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, berkata idea mewujudkan perkampungan itu dibuat sebagai menyahut saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya konsep 1Malaysia dipraktikkan melalui pelbagai cara dan menjadi kenyataan.

"Ia adalah antara cara kita menterjemahkan konsep 1Malaysia dengan menempatkan penduduk miskin daripada semua kaum, termasuk Melayu, India, Cina serta Siam di satu kawasan bagi membentuk perpaduan serta toleransi.


"Penduduk di daerah ini yang sudah berkeluarga tetapi miskin dan tidak mempunyai tanah juga akan diberi keutamaan untuk ditempatkan di situ," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan Umno empat peringkat bahagian Baling di sini, semalam.

Abdul Azeez berkata, setakat ini Umno bahagian itu sudah mengenal pasti tiga kawasan yang berpotensi untuk dijadikan tapak Perkampungan 1Malaysia, iaitu di Bayu, Kupang dan Kuala Ketil untuk melaksanakan projek terbabit.

Beliau berkata, untuk memastikan kejayaan projek itu pihaknya bercadang bekerjasama dengan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda) yang mempunyai pengalaman dan kepakaran membangunkan kawasan perkampungan bersepadu.

Beliau berkata, usaha itu diharap dapat membantu mengatasi masalah kemiskinan dan penduduk tidak mempunyai rumah selesa di daerah ini serta pada masa sama menjadi model bagi memajukan masyarakat setempat pada masa depan.

Katanya, projek Perkampungan 1Malaysia itu, yang pertama seumpamanya di negara ini akan dilengkapi pelbagai kemudahan asas untuk keselesaan penduduk serta membantu membentuk gaya hidup lebih selesa untuk golongan kurang bernasib baik.

Terdahulu, ketika berucap merasmikan persidangan itu, Abdul Azeez mahu semua pemimpin dan ahli Umno bahagian itu turun padang membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi penduduk tanpa mengira fahaman politik dan kaum.

- ntah la, kadang2 aku rasa kita ni terlalu cepat sangat nak buat macam2..last2 terbengkalai macam tu je..cthnya macam ppsmi.ada jadi hari ni???

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...