terima kasih buat kalian semua..

Friday, May 8, 2009

Puduraya makin sesak



Deretam bas ekspres yang menunggu untuk memasuki Hentian Puduraya bukan sahaja menyebabkan penumpang turun lebih awal tetapi juga menyebabkan kesesakan di Jalan Pudu dan sekitarnya. - UTUSAN/MOHD. SAIFUDIN RASHID


KUALA LUMPUR 7 Mei - Perkhidmatan kenderaan awam di negara ini sentiasa menghadapi masalah, buktinya banyak komen yang diterima daripada pengguna-pengguna yang menggunakan perkhidmatan ini.

Selain kes-kes kemalangan bas ekspres dan juga bas sekolah yang diakibatkan oleh kecuaian pemandu bas, sikap tidak bertanggungjawab mereka juga dapat dilihat di Hentian Puduraya.

Di sini, banyak bas ekspres yang terdiri daripada pelbagai syarikat berbaris panjang untuk memasuki kawasan stesen bas itu. Kebanyakan pemandunya sengaja enggan memasuki Hentian Puduraya dan sebaliknya menyuruh penumpang-penumpang turun dan berjalan kaki termasuk ketika hujan.

Tinjauan Utusan Malaysia ke Hentian Puduraya mendapati terdapat barisan bas yang panjang di luar kawasan tersebut. Daripada pemerhatian, deretan bas tersebut disebabkan pemandu bas perlu menunggu giliran untuk menggunakan sistem automatik iaitu punc card untuk memasuki hentian tersebut.

Difahamkan setiap pemandu bas hanya mempunyai masa selama 20 minit untuk berada di dalam hentian tersebut untuk mengambil penumpang. Mungkin disebabkan ada pemandu bas yang datang awal daripada waktu yang sepatutnya turut menyebabkan bas tersebut terpaksa beratur panjang untuk menunggu giliran masuk ke hentian tersebut

Disebabkan barisan bas yang panjang itu, kebanyakan penumpang mengambil keputusan untuk turun daripada bas walaupun jarak bas dengan hentian masih jauh. Ada di antara penumpang yang membawa beg besar sanggup turun membimbit beg tersebut untuk berjalan kaki.

Tidak kurang juga dengan warga tua yang turut sama berjalan bersama kumpulan yang turun daripada bas tersebut. Perhatian penulis tertumpu kepada gelagat seorang warga emas yang membawa banyak barang dan berjalan kaki ke Hentian Puduraya. Bayangkanlah berat bebanan yang terpaksa dipikul pada dalam usia sebegitu.

Bagaimanapun, mak cik tersebut bernasib baik kerana seorang pemuda yang juga menaiki bas yang sama dengannya sudi menghulurkan bantuan untuk membawa barang-barangnya.

Meneliti keadaan itu menyebabkan penulis tertanya-tanya siapakah yang bersalah dalam hal ini? Adakah masalah itu berpunca daripada sikap penumpang bas tersebut yang ingin sampai awal dengan mengambil keputusan turun daripada bas walaupun tahu bas tersebut akan memasuki hentian itu.

Ataupun masalah itu berpunca daripada sistem pengurusan yang dijalankan oleh pihak pengurusan hentian tersebut?

Selain itu deretan bas yang panjang menimbulkan masalah lain iaitu ia turut menyumbang kepada kesesakan jalan di kawasan tersebut.

Menurut seorang penumpang, Siti Wardiah Muhd. Khalis, 25, kebanyakan penumpang lebih rela mengambil keputusan untuk turun dari bas dan berjalan kaki walaupun jarak bas dengan hentian agak jauh kerana tidak mahu membuang masa duduk di dalam bas.

Wong Chan Heeng, 47, pula berkata, perbuatan kebanyakan penumpang yang berjalan kaki ini mengundang bahaya kepada diri mereka sendiri.

Tambahnya, keadaan itu tidak sepatutnya berlaku kerana penumpang sepatutnya turun di kawasan hentian seperti yang sepatutnya.

"Walaupun penumpang terpaksa menunggu lama tetapi keselamatan mereka lebih terjamin," katanya.

Seorang lagi penumpang, Maimunah Muhd. Salleh, 63, berkata, walaupun terpaksa meredah cuaca panas dan asap dengan berjalan turun dari bas untuk ke Hentian Puduraya, dia rela walaupun terpaksa membawa beg yang banyak.

"'Lebih baik saya berjalan kaki daripada menunggu bas tersebut beratur.

"Penat memang penat, tapi ini keputusan yang saya ambil untuk sampai awal," ujarnya.

Tambahnya, beberapa tahun yang lepas kebanyakan bas tidak perlu menunggu lama untuk memasuki hentian tetapi kini ia mungkin mengambil masa sehingga satu atau dua jam.

Masalah ini menunjukkan Hentian Puduraya sudah berada pada tahap kronik. Maka, projek pembangunan Plaza Rakyat yang terbengkalai perlu diteruskan demi keselesaan rakyat dan juga untuk menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di kawasan itu yang turut melarat sehingga ke kawasan Bukit Bintang.

Lebih lama projek itu tertangguh, kos akan meningkat dan lebih membimbangkan tapak projek itu akan menjadi sarang penyakit termasuk penyakit sosial seperti menjadi penagihan dadah.

- aku tak pecaya bas hanya boleh tunggu 20 minit sebab baru 3 minggu lepaih ja aku naik bas ulat..bleh ja parking sampai berejam..la ni sapa yg betui??? kalau benar2 ikhlas rakyat didahulukan, perkara2 yang pada mata orang2 besar remeh ni lah yang perlu diselesaikan dulu..berapa ramai yang travel naik kapal terbang..kebanyakan rakyat marhein naik bas ja..pikirlah sendiri..kalau perkara asas pengangkutan pun makan taun nak selesai, macamana nak selesaikan perkara2 yg lebih universal..

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...