terima kasih buat kalian semua..

Friday, May 8, 2009

Replika kapal Sultan Mansur Shah tarikan baru pelancong


MELAKA 7 Mei - Replika kapal yang digunakan Sultan Mansur Shah ke negara China pada kurun ke-15 bakal menjadi tarikan terbaru pelancongan di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, replika kapal yang diberi nama Kapal Raja Melaka itu akan dibina di Dataran Sungai Melaka, Banda Hilir di sini.

Katanya, pembinaan kapal melibatkan kos RM4.9 juta itu dijangka siap pada penghujung tahun depan.

''Kapal ini sepanjang 36.57 meter, selebar 7.92 meter dan mempunyai ketinggian 46 meter termasuk tiang layarnya sekali,'' katanya kepada pemberita ketika ditemui di tapak pembinaan Kapal Diraja Melaka di sini hari ini.

Menurut Mohd. Ali, replika kapal tiga tingkat itu dapat menampung 150 pengunjung dalam satu-satu masa dan menyasarkan sejumlah 360,000 pengunjung setahun.

''Replika Kapal Raja Melaka ini juga dapat melambangkan keagungan Kesultanan Melayu Melaka yang mampu membina kapal pada zaman tersebut.

''Ketika era kapal ini digunakan, ia mampu belayar sehingga ke negara China seterusnya menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara berkenaan," katanya.

Selain itu, Mohd. Ali berkata, replika kapal itu juga mampu membuktikan kekuatan maritim Kesultanan Melayu Melaka pada zaman tersebut.

Menurutnya, selain muzium, Kapal Raja Melaka akan turut dilengkapi dengan pusat promosi kayu-kayan yang terdapat di Malaysia dan kafeteria.

- hampa tak rasa membaziaq ka???? tak boleh ka buat replika model yg kecik ja..rugi la berjuta kalau benda ni nak naik pun tak boleh..keperluan rakyat perlu didahulukan..

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...