terima kasih buat kalian semua..

Tuesday, May 26, 2009

Sampai bila?????


SISTEM pengangkutan awam di Lembah Klang terus meresahkan rakyat, sama ada bas, komuter atau Transit Aliran Ringan (LRT), perkhidmatan tidak banyak berubah. Jumlah pengguna yang bertambah telah memburukkan keadaan sehingga kemudahan komuter dan bas awam sedia ada sukar lagi menampung penumpang.

Tinjauan mendapati walaupun bukan pada waktu puncak, orang ramai termasuk warga emas dan kanak-kanak terpaksa berasak-asak dan berhimpit dalam komuter. Sampai bilakah ia harus dibiarkan berterusan?

Tindakan segera perlu dilakukan bagi mengatasi kesusahan yang dihadapi rakyat.

photo caption: GAMBAR kiri menunjukkan orang ramai membahayakan diri berhimpit-himpit dan berpaut pada pintu komuter di stesen Segambut. Gambar kanan pula memperlihatkan warga kota beratur panjang untuk menaiki bas selepas menggunakan perkhidmatan LRT di Perhentian Bas Stesen LRT, Bangsar, Kuala Lumpur, semalam.


No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...