terima kasih buat kalian semua..

Wednesday, May 6, 2009

Tukang masak asing licik



SAMBUTAN terhadap restoran masakan Thai di Sungai Besi memang menggalakkan tetapi ramai yang tidak tahu bahawa ada di antaranya menggaji pekerja tanpa permit. - UTUSAN/ZULHAFIZ HANAFIAH


KUALA LUMPUR 5 Mei - Keadaan ekonomi, politik dan sosial negara yang stabil menjadikan Malaysia sebagai salah satu lokasi tumpuan warga asing sama ada untuk melancong mahupun mencari pekerjaan.

Tidak hairanlah saban hari negara kita dikunjungi oleh warga asing khususnya dari negara-negara jiran.

Namun, apa yang membimbangkan apabila ada segelintir warga asing berkenaan menggunakan pas lawatan sosial mereka untuk terus menetap di sini.

Lebih memburukkan keadaan kepada masalah yang masih belum ditemui jalan penyelesaian itu ialah apabila ada warga asing yang mendirikan perkampungan mereka di sini.

Selama ini, warga Indonesia dan Bangladesh yang sering menjadi perhatian berikutan jumlah mereka yang ramai tetapi ada juga warga negara lain yang tidak kurang ramai jumlahnya.

Apa yang dimaksudkan di sini ialah warga Thailand yang lebih gemar bekerja di ceruk dapur dan menggunakan dialek seperti masyarakat Kelantan menyebabkan mereka disenangi oleh penduduk tempatan.

Komuniti itu jarang terlibat dalam masalah jenayah di negara ini menyebabkan kehadiran mereka seperti dilupakan sedangkan mereka juga menyalah gunakan pas lawatan sosial.

Kehadiran mereka yang semakin ramai terutama di sekitar ibu kota seakan-akan tidak dipeduli oleh sesiapa termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT) walau kebanyakan mereka berniaga tanpa permit.

Seperti yang diketahui umum, masyarakat Thailand memang terkenal dengan kepandaian mereka memasak pelbagai juadah yang menyelerakan serta diminati khususnya masyarakat Malaysia.

Jadi, tidak mustahil kehadiran mereka menyenangkan hati penduduk negara memandangkan tidak perlu ke Thailand untuk menjamah juadah dari negara berkenaan seperti tomyam, paprik, pakkepau dan somtam.

Apa yang membimbangkan, kehadiran mereka tanpa kawalan menyebabkan banyak kawasan di ibu kota dipenuhi dengan golongan itu.

Salah satu kawasan yang menjadi tumpuan mereka selain Kampung Baru, Bangsar, Ampang ialah di pekan Sungai Besi.

Kehadiran restoran atau gerai yang diusahakan oleh warga Thailand sejak beberapa tahun yang lalu berhampiran pekan itu semakin menjadi-jadi kerana ia mendapat sambutan daripada penduduk tempatan.

Hampir 30 buah restoran milik warga Thailand didirikan di sekitar pekan tersebut dan apa yang mengejutkan kebanyakan restoran berkenaan tidak mempunyai lesen perniagaan dan pekerjanya tiada permit kerja.

Bagi penduduk di sekitar kawasan tersebut restoran Thailand berhampiran jejantas menuju ke stesen transit aliran ringan Sungai Besi itu menjadi medan selera yang tidak perlu diperkenalkan.

Ini kerana, deretan hampir 10 buah restoran di jalan berkenaan menyajikan masakan Thailand yang enak dan lazat.

Persoalannya ialah mengapa ada di antara restoran yang didirikan di sepanjang jalan utama menuju ke Seri Kembangan itu masih beroperasi walaupun tidak mempunyai lesen perniagaan dan menggaji warga asing tanpa permit?

Seorang pemilik restoran yang penulis kenali, berkata, pihak berkuasa akan menjalankan operasi penangkapan warga asing yang tidak mempunyai permit dan memeriksa gerai yang tidak mempunyai lesen.

Jadi, mereka terpaksa menutup perniagaan pada hari tersebut untuk mengelakkan mereka disaman dan disita manakala pekerja mereka ditahan.

Namun, pemilik restoran itu enggan memberitahu dari mana dia mendapat maklumat tentang operasi kecuali berkata, "biasa la" yang membawa maksud kebocoran maklumat operasi adalah perkara biasa.

Namun, penduduk di kawasan itu tidak mengalu-alukan langkah merobohkan gerai di situ kerana ia merupakan antara kemudahan menjamu selera bagi mereka.

Apa yang mereka mahukan ialah peniaga di situ diberikan lesen supaya isu kebersihan dapat dipantau manakala pekerjanya diberikan permit selepas menjalani pemeriksaan kesihatan.

- ini la masalah kat malaysia ni. aku pun naik takut. org luar boleh kata senang2 meniaga. hampa tgk la area2 pejalan kaki kat kl, semua orang tau..dan semua orang pejam mata. org asing dgn rakyat kita dah bernisbah hampir 15% kalau compare dengan US yang melambak orang masuk pun baru dalam 5%, aku tgk satu dokumentari betapa ketatnya kawalan sempadan..aku harap malaysia mencontohi suatu hari nanti

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...