terima kasih buat kalian semua..

Wednesday, June 3, 2009

Harga barang, makanan mahal di KLIA



Pengunjung yang datang, terpaksa menjamu selera di medan selera KLIA walaupun harga makanan di situ agak mahal.


KUALA LUMPUR 31 Mei - Harga makanan dan barangan yang dijual di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) disifatkan terlalu mahal buat warga tempatan.

Orang ramai ketika ditemui Utusan Malaysia di sini baru-baru ini mencadangkan agar peniaga menawarkan harga yang lebih berpatutan untuk rakyat tempatan berbanding harga yang dijual kepada pelancong asing.

Namun begitu, daripada segi kemudahan yang disediakan, KLIA menerima pujian orang ramai yang rata-ratanya berpuas hati dengan perkhidmatan lapangan terbang tersebut.

Seorang kakitangan swasta, Mohamad Zairul Mohamad, 21, berkata, KLIA dikunjungi oleh lapisan masyarakat yang memiliki latar belakang pendapatan yang pelbagai.

''Bagi mereka yang berpendapatan sederhana, harga barangan dan makanan di sini boleh dikatakan agak mahal kerana mungkin sewa di sini tinggi," katanya.

Mohamad Zairul berharap kerajaan dapat membantu pihak pengurusan mengatasi masalah itu terutamanya dalam situasi ekonomi yang tidak begitu memberangsangkan.

Seorang lagi pengunjung, Muhammad Hafifi Hussain, 22, memberitahu, selain harga barangan, pihak pengurusan KLIA mungkin boleh menimbangkan menambah bilangan kerusi untuk pengunjung kerana jumlah yang ada sekarang tidak mencukupi.

''Pengunjung yang datang di sini saya lihat ramai terpaksa berdiri lama ketika menunggu saudara atau kenalan di balai berlepas mahu pun di balai ketibaan," ujarnya.

Katanya, kemudahan untuk orang kurang upaya (OKU) juga perlu dititikberatkan oleh pihak pengurusan KLIA kerana hak golongan tersebut tidak boleh dipinggirkan.

Seorang petugas di KLIA, M. Rajeswari, 20, berpendapat, lapangan terbang tersebut telah menyediakan kemudahan asas yang terbaik buat para pengunjung.

''Malah pengangkutan yang disediakan untuk kakitangan di KLIA juga mencukupi dan menepati masa yang ditetapkan,'' katanya.

Sementara itu, rakannya, Norazila Mohd. Noor, 22, pula berharap potongan harga makanan sebanyak 10 peratus bagi kakitangan di KLIA dapat ditambah kerana kadar tersebut terlalu rendah untuk harga makanan yang dijual di situ.

''Pendapatan saya hanya sederhana dan potongan 10 peratus yang diberi terlalu rendah.

''Tiap-tiap hari saya makan di sini, ia cukup membebankan kerana makanan di KLIA harganya agak mahal,'' katanya.

Seorang penumpang, Muslim Mustafa, 37, berkata, dia yang kerap berulang-alik dari Labuan, Sabah ke ibu negara dapat merasakan kenaikan harga barangan di KLIA pada tahun ini berbanding tahun lalu.

''Biasalah tempat-tempat macam ini memang mahal tetapi kalau dapat diturunkan sikit harganya terutama makanan saya rasa sudah memadai,'' ujarnya.

Ketika ditanya mengenai kemudahan yang disediakan, Muslim berpendapat, KLIA berada pada kelasnya yang tersendiri kerana kemudahan yang disediakan cukup baik.

- hmm, nama pun klia..memang la mahai..tak dinafikan memang la mahai daripada normal la tapi memang selesa..cuma harganya agak tinggi sikit kot..normal amik nasik lauk dalam rm8..tapi sedap..heheh..kalau boleh diturunkan lagi bagus la..sebab yg aku tengok tak ramai mat salleh yg makan situ..org kita ja yg dok pulun makan..mat salleh mana nak reti makan nasik..kalau lapaq sangat tunggu makan lam kapal terbang la..tu yg aku biasa buat..lagi satu yg pegi awai2 sangat check in watpa..makan la kat kuaq dulu..

2 comments:

  1. saya pun setuju memang selesa cuma mahal siket la tambangnya tu, kadang - kadang jer dapat murah, plus minus harga tket yang mahal tu suma keselesaan tu kita bayar sebenarnya...

    ReplyDelete
  2. sekali makan dalam lingkungan 10 ringgit tu ok la..kalau ramai sakit la sikit

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...