terima kasih buat kalian semua..

Tuesday, June 2, 2009

Jelas sepanjang hayat: cermin apa yg hampa pakai???



Paul Peiffer, (tengah) bersama model menunjukkan perubahan warna lensa apabila terkena matahari.
- Gambar ABY BAIZURA HARUN


SEMUA orang mahu melihat dengan jelas tanpa sebarang halangan bagi memudahkan urusan harian sehingga ke malam.

Pun begitu, mencapai penglihatan sempurna bukan sekadar menjalani ujian mata tetapi pilihan yang anda lakukan untuk memperbaiki kesihatan mata seperti pemeriksaan rutin dan penggunaan lensa yang memberi perlindungan di dalam dan luar mata.

Tahukah anda, sinaran ultra ungu (UV) bukan sahaja dikaitkan dengan kerosakan sel kulit malah mampu menjejaskan kesihatan mata dan penglihatan akibat radiasi berlebihan.

Pakar Oftalmologi Hospital Mata , Dr. Linda Teoh berkata, radiasi UV terdiri daripada sinaran berkuasa tinggi matahari di penghujung spektrum cahaya. Lebih daripada 99 peratus radiasi berkenaan diserap oleh struktur anterior pada mata.

"Kajian mendapati kesan kumulatif daripada pancaran UV boleh mengakibatkan katarak, macular degeneration dan kanser kulit sekitar mata.

"Malang sekali lebih 60 peratus rakyat Malaysia tidak sedar bahaya pendedahan terlalu lama kepada pancaran matahari tanpa sebarang perlindungan boleh menyebabkan kesan kumulatif itu," katanya.

Individu yang mempunyai ahli keluarga yang mengalami katarak atau macular degeneration atau mempunyai simptom awal penyakit berkenaan perlu mendapatkan perlindungan daripada radiasi UV terutama jika gaya hidup dan kerjaya mereka banyak terdedah kepada pancaran matahari.

Pengarah Urusan Transitions Optical, Paul Peiffer berkata, pihaknya berjaya mengkomersialkan penggunaan lensa fotokrom plastik pada tahun 1990 dan kini merupakan pembekal utama lensa fotokromik kepada pengeluar optikal di seluruh dunia.

Transitions Optical menawarkan teknologi fotokromik termaju dan beroperasi di Pinellas Park, Amerika Syarikat (AS); Tuam, Ireland; Laguna, Filipina; Sumare, Brazil dan Chonburi, Thailand.

Katanya, lensa Transitions boleh dipakai di mana-mana sahaja dalam apa jua keadaan cuaca pada masa yang sama melindungi mata daripada silau akibat pancaran UV yang boleh menjejaskan penglihatan.

Ia juga membantu memperbaiki kualiti penglihatan si pemakai dan memelihara kesihatan mata anda untuk jangka masa yang panjang.

Tambah Peiffer, Transitions merupakan produk cermin mata pertama yang diiktiraf oleh World Council of Optometry's (WCO) kerana mampu menyekat dan menghalang radiasi UVA dan UVB yang boleh memudaratkan kesihatan mata.

Lensa fotokromik itu disarankan oleh golongan profesional di seluruh dunia kerana kualiti, keselesaan dan perlindungan menyeluruh daripada kesan radiasi UV dan mengurangkan silau.

Kegelapan lensa berubah secara automatik mengikut perubahan keadaan cahaya iaitu dari jelas di dalam bangunan kepada gelap tetapi selesa di bawah cahaya matahari.

Pengiktirafan global WCO itu juga bertujuan membina kesedaran di kalangan pengguna agar mereka mendapat tahap perlindungan UV yang mencukupi.

"Sijil Penerimaan Global WCO memberi manfaat kepada profesional penjagaan mata di seluruh dunia sebagai garis panduan universal untuk memelihara penglihatan yang baik untuk para pesakit," jelas beliau.

Jenis kerosakan penglihatan:

Katarak

Penyebab utama kecacatan penglihatan di seluruh dunia. Ia merupakan kekaburan pada lensa dalam mata yang bertambah mengikut usia pesakit. Pakar mendapati, radiasi UV merupakan faktor utama penyebab katarak malah sebahagian jenis penyakit itu berkait rapat dengan pendedahan berlebihan terhadap pancaran UVB.

Pterygium

Tumbesaran tisu mata putih yang menjangkau kornea jernih sehingga merencatkan penglihatan. Ia lazim terjadi ke atas golongan petani, buruh yang sering terdedah kepada matahari. Pterygium boleh dirawat menerusi pembedahan tetapi akan berulang.

Kanser kulit

Paling dikenali sebagai akibat daripada pendedahan berlebihan terhadap sinaran UV. Ia juga melibatkan kelopak mata dan kulit wajah. Disebabkan kulit pada kelopak dan sekeliling mata yang paling mudah terjejas akibat kanser, ia memerlukan perlindungan tambahan untuk mengehadkan pendedahan pada UV.

Photokeratitis

Merupakan selaran matahari sementara yang berlaku pada kornea akibat pendedahan berlebihan kepada sinar UVB. Berlaku apabila terlalu lama berjemur di pantai atau salji tanpa perlindungan mata. Pesakit akan merasai kesakitan teruk satu atau dua hari sehingga berlaku kehilangan penglihatan buat sementara waktu.

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...