terima kasih buat kalian semua..

Saturday, June 13, 2009

Pengguna bermotosikal dinafikan hak miliki produk promosi Transformers stesen Petronas



SYABAS di atas usaha berterusan Petronas di dalam aktiviti pemasaran dan promosi yang berkesan di hati rakyat. Di sebalik semua itu, saya ingin mengutarakan pandangan mengenai nilai minimum petrol yang perlu diisi setiap kali ada peraduan atau promosi dan terbaru untuk mendapatkan produk Transformers.

Pernahkah syarikat mengkaji peratusan jumlah penunggang motosikal yang menyokong produk Petronas? Mereka hanya menggigit jari kerana tidak berpeluang untuk menang atau memiliki produk promosi.

Bayangkan jika anak kepada seorang penduduk kampung yang hanya memiliki motosikal buruk meronta meminta dibelikan sehelai baju-t atau replika robot Transformers. Bagaimana kami hendak mengisi petrol sebanyak RM30 untuk membeli t-shirt atau replika itu?


Ribuan rakyat yang tidak memiliki kereta tetapi mengisi minyak Petronas hanya menggigit jari dan memendam rasa untuk memenangi kereta setiap kali Petronas menganjurkan promosi.

Setiap kali pemenang diumumkan, majoriti pemennag adalah golongan kaya raya dan profesional yang sudah tentu mengisi minyak tangki penuh, tidak kira sama ada melalui duit sendiri atau tanggungan syarikat.

Memang semua ini adalah milik syarikat dan syarikat berhak memberikan hadiah kepada sesiapapun, tapi fikirkanlah selepas ini bagaimana Petronas dapat menjadikan golongan bawahan yang turut menyumbang untuk pendapatan Petronas turut dapat sama merasa 'pemberian' itu.

PENGGUNA BERMOTOSIKAL,
Kuala Lumpur.

- heheh kesian penunggang motosikal macam aku, adik aku dan abang aku..adik aku nak swipe bonuslink pun tak dilayan sebab isi minyak cuma 3 ringgit..tapi kat kk ni pengguna motosikal pun kalau isi minyak depa akan tanya ada kad bonuslink tak..kalau kat semenanjung memang depa takkan tanya la..tapi aku tak penah la nak swipe sebab rasa sikit sangat cuma isi minyak 4 ringgit..apapun minggu lepaih aku sempat la sambaq topi transformers heheh

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...