terima kasih buat kalian semua..

Wednesday, June 3, 2009

Skim pinjaman khas mesti elak birokrasi


APA sebenarnya punca wujudnya 'profesion' ah long? Mengapa pula ia mendapat sambutan di kalangan peniaga-peniaga kecil?

Dua persoalan itu mesti dicari jawapannya. Itu pun jika kerajaan benar-benar serius mahu meruntuhkan 'industri' ah long yang semakin membina nama di negara ini.Yang pasti masalah utama peniaga kecil atau mereka yang berminat menceburi bidang perniagaan adalah kekurangan modal.

Kononnya telah banyak skim pinjaman mudah disediakan untuk membantu golongan itu. Namun cadangan yang rapi dan indah di atas kertas itu ternyata tidak dilaksanakan sebaik mungkin.

Untuk mendapatkan pinjaman RM10,000 pun, golongan peniaga terpaksa melalui kerenah birokrasi yang pelbagai.

Bukan itu sahaja, mereka terpaksa menunggu untuk satu tempoh yang panjang sebelum mengetahui status pinjaman masingmasing. Amat malang sekali jika ada kalangan pemohon tidak mengambil langkah susulan, maka fail permohonan mereka terperap tidak diusik.

Lebih memeritkan apabila ada sahaja 'orang tengah' yang mengambil kesempatan meminta habuan.

Pengalaman pahit 'orang kecil' berhadapan dengan kerenah institusi kewangan sematamata untuk mendapatkan RM10,000, hakikatnya menyemarakkan 'industri' ah long.

Ah long tidak meminta banyak dokumen. Kad pengenalan dan buku akaun memadai. Cukup syarat, wang berpindah tangan kepada peminjam.

Oleh kerana keperluan mendapatkan wang lebih mendesak, maka si peminjam tidak menghiraukan syarat-syarat lain termasuk yang boleh mengancam nyawa mereka.

Apatah lagi jika bisnes yang ingin diceburi itu diyakini mempunyai prospek yang cerah. Sudah tentu tiada kebimbangan tentang keupayaan membayar balik pinjaman.

Tidak terfikir juga di benak peminjam akan menjadi buruan ah long sedangkan untung rugi perniagaan sukar untuk ditentukan dalam tempoh yang singkat.

Sebab itu apabila kerajaan tampil dengan cadangan mewujudkan skim pinjaman untuk golongan yang tidak mempunyai kerja tetap, pelaksanaannya mesti bersungguh-sungguh.

Sekadar menyusun kertas kerja dan mengusulkan cadangan yang enak didengar tidak akan membantu golongan tersebut. Kita tidak mahu cadangan terbaru ini mengulangi episod birokrasi institusi perbankan seperti yang berlaku pada pelbagai skim pinjaman untuk peniaga yang menawarkan dana berjuta.

Tetapi hasilnya, hanya 10 peratus daripada dana tersebut dapat dimanfaatkan bagi membantu peniaga baru, manakala jumlah selebihnya "beku" di dalam simpanan pihak perbankan.

Skim pinjaman khas itu kelak mesti mempunyai ciri-ciri ah long iaitu daripada segi "mudah dan cepat". Elemen penting lain adalah cekap untuk memastikan wang yang berpindah tangan tidak disalahgunakan.

Sistem pemantauan yang berkesan mesti mengiringi kewujudan skim itu kelak. Penyeliaan mesti dilakukan kerana pinjaman yang mudah, akan terbuka untuk disalahgunakan.

Ketiadaan pemantauan yang cekap akan menggagalkan matlamat sebenar skim tersebut diwujudkan. Lebih penting kita tidak mahu skim yang murni matlamatnya itu menjadi ah long kedua, di mana para peminjamnya lebih bebas kerana mengetahui mereka tidak akan dikurung atau diburu.

- pandangan peribadi aku, agensi kerajaan memang takkan mampu untuk mewujudkan kaedah pinjaman semudah pinjaman along..dalam mana2 situasi berlakunya pinjaman, perlu ada nilai leverage dalam urusan memberi pinjam..di mana kita nak pegang security atas pinjaman yg dikeluarkan? perlu diingat bahawa sekiranya dilaksanakan, kesemua ini menggunakan wang rakyat yang mana ianya perlu dijaga supaya tidak tiris yang mana akhirnya hanya menjadi NPL (pinjaman tidak berbayar), siapa yg nak tanggung rugi? rakyat? unsur berikutnya yg termaktub dalam urusan pinjaman ialah kepercayaan, even kalau anak kita nak minta rm5 nak beli coklat pun kita akan tanya macam2 dan kita takkan beri kalau tidak percaya..menjadi kewajipan juga kita memelihara pelaksanaan pemberian pinjaman secara mudah..urusan nak mudah dan cepat..along memang la cepat, mana nak boleh banding dengan agensi kerajaan..aku nak tanya, nak benda yg senang, mudah, cepat..kena bayaq murah ka mahai? sendiri ingat la..

kebanyakan yg terlibat dengan along ni orang yg memang ada banyak masalah peribadi..bagi aku yg terlibat dalam urusan pinjaman, setau aku orang yg memang meniaga betoi tak pernah lagi la tak dapat pinjaman..yg tak dapat tu semua pembohong, pembelit..tak meniaga pun sebenarnya..

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...