terima kasih buat kalian semua..

Wednesday, June 3, 2009

Tambang teksi diselaras



Mohamed Nazri Abdul Aziz (kiri) melihat papan tanda milik sebuah syarikat bas yang diletakkan di atas meja berhampiran Central Market semasa melawat perhentian di Jalan Silang, Bangkok Bank dan Jalan Melaka, Kuala Lumpur, semalam. - BERNAMA


KUALA LUMPUR 2 Jun - Tambang teksi mungkin dinaikkan kepada 13 sen berbanding 10 sen sekarang bagi setiap 150 meter.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, kadar baru itu akan diselaraskan pada setiap 27 saat berbanding 45 saat semasa teksi bergerak.

Selain itu kata beliau, kadar bayaran tambang setiap kemasukan penumpang juga akan dinaikkan kepada RM3 berbanding RM2 sekarang.

"Cadangan itu dibuat sejajar dengan keputusan kerajaan untuk mengadakan semakan berkala bagi perkhidmatan pengangkutan awam setiap tiga tahun sekali bermula Julai ini,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena Majlis Interaksi Bersama Pengusaha dan Persatuan Teksi dan Kereta Sewa Lembah Klang di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menterinya, Datuk Liew Vui Keong dan Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP), Datuk Markiman Kobiran.

Menurut Nazri, cadangan itu dibuat bagi mengimbangi keperluan pengguna dan pemandu teksi di samping menaruh keyakinan bahawa ia tidak akan menjejaskan orang ramai.

"Kita semua perlu faham bahawa perkhidmatan teksi adalah untuk mereka yang berkemampuan, jadi kalau naik pun, ia tidak akan menjejaskan golongan ini.

"Sekiranya tidak mampu, pengguna boleh menggunakan alternatif lain seperti perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) atau bas awam,'' katanya.

Dalam pada itu, Nazri berkata, pihaknya juga bercadang mewujudkan sekolah pemandu pengangkutan awam bagi melatih dan melahirkan pemandu yang berhemah.

Katanya, melalui sekolah itu kelak, semua maklumat mengenai pemandu dapat dikenal pasti untuk kemudahan majikan masing-masing.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, denda RM300 akan dikenakan terhadap pemandu pengangkutan awam yang melakukan kesalahan.

"Sebelum ini, jika ada pemandu yang melakukan salah laku, permit syarikat akan ditarik, ini tidak adil buat syarikat tersebut.

"Justeru, kita cadangkan denda ini dilaksanakan, jika pemandu terbabit masih mengulangi kesalahan, maka kita akan tarik lesen mereka," katanya.

Bagaimanapun menurut Nazri, keputusan mengenai pelaksanaan kesemua cadangan tersebut belum dicapai berikutan masih menunggu ulasan daripada semua kementerian berkaitan.

- ni pun aku sokong..macam yg aku cakap sebelum ni..kita ada pilihan..tak payah nak merungut..selama ni pun depa bukan ikut meter pun..

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...