terima kasih buat kalian semua..

Saturday, June 13, 2009

Wanita terlepas naiki Air France mati kemalangan



RIO DE JANEIRO: Seorang wanita Itali yang terlewat menaiki penerbangan Air France yang terhempas di Lautan Atlantik minggu lalu, menemui ajal apabila terbabit dalam kemalangan kereta.

Johanna Ganthaler, pesara dari wilayah Bolzano-Bozen sedang bercuti di Brazil bersama suaminya, Kurt. Mereka terlepas penerbangan Air France 447 apabila terlewat tiba di lapangan terbang Rio de Janeiro, 31 Mei lalu.

Agensi berita ANSA melaporkan, pasangan terbabit menaiki pesawat penerbangan lain dari Rio de Janeiro keesokan harinya.


Malangnya, Ganthaler mati selepas kereta yang dinaiki di Kufstein, Austria, kemalangan. Suaminya pula cedera parah.

Pegawai keselamatan Perancis dan Amerika Syarikat berkata, setakat ini tiada petanda menunjukkan nahas Air France itu disebabkan tindakan pengganas.

Menteri Pertahanan Brazil juga menekankan bahawa kemungkinan itu tidak pernah dipertimbang, meskipun Perancis tidak menolaknya. - AP

- begitulah kalau sudah ketentuan, mana nak boleh lari dari malaikatul maut..kalau dah sampai ajal pasti kita akan dijemput..tak kira dimana kita berada..walau ke lubang cacing sekalipun kita akan dijemput..jgn jadi macam cita Haji Penipu...

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...