terima kasih buat kalian semua..

Saturday, June 13, 2009

Wanita wajah TV dengan pendapatan tertinggi



Katherine Heigl


Mungkin telah menjadi lumrah manusia, ramai yang gemar mengambil tahu berapa banyak hasil pendapatan orang lain. Apatah lagi bila ia berkaitan dengan wajah selebriti terkenal dunia.

Jika ingin memperkatakan selebriti hiburan terkaya dunia, sudah tentu kita tidak dapat menafikan nama Oprah Winfrey yang terkenal melalui rancangan Oprah yang dianggarkan mempunyai aset bernilai RM5.31 bilion sehingga tahun lepas.

Selepas beliau, majalah Forbes menyenaraikan JK Rowling, penulis buku 'Harry Potter' dengan nilai RM3.54 bilion dan ketiga, Martha Steward yang terkenal melalui siaran televisyen dengan nilai RM2.26 bilion.

Bagaimanapun, nama-nama baru dalam industri penyiaran mula muncul untuk memberi cabaran kepada mereka di masa depan dan baru-baru ini majalah Forbes telah menyenaraikan wanita wajah televisyen yang menerima pendapatan paling lumayan tahun lepas. Berikut ialah wanita personaliti TV tersebut:

Tyra Banks dari America's Next Top Model dengan pendapatan RM81.2 juta.

Kerja kuat Tyra Banks di depan kamera dan di belakang tabir membolehkannya menerima pendapatan tertinggi wajah televisyen tahun lepas.

Dia memiliki rancangan bual bicara harian The Tyra Banks Show serta pencipta, produser dan hos kepada siri rancangan TV realiti popular dunia America's Next Top Model.

Selepas meluaskan konsep rancangan itu ke negara-negara lain, Tyra juga telah menandatangani kontrak perjanjian beberapa tahun lagi dengan Warner Bros. untuk pelbagai projek.

Ini termasuk Stylista, rancangan realiti untuk dunia majalah dan siri Clique untuk remaja dalam bentuk DVD.

Uniknya kejelitaannya adalah semulajadi sepenuhnya, memandangkan Tyra tidak pernah menjalani sebarang bentuk pembedahan plastik. Ini menjadikannya inspirasi kepada wanita semua peringkat usia dan saiz untuk lebih menghargai diri sendiri.

Heidi Klum dari Project Runway (RM49.5 juta)

Supermodel ini telah mengikat kontrak baru bersama Victoria's Secret, menerbitkan musim baru Project Runway, malah menjadi hos untuk siri America's Next Top Model versi Jerman. Dia turut mengasah bakat seni halusnya dengan mereka jenama barang kemas, Mouawad dan jeans, Jordache.

Heidi turut mendapat kontrak iklan dengan Diet Coke, McDonald's, Volkswagen dan air Bella Fontanis dan dalam masa yang sama isteri kepada penyanyi bersuara hebat, Seal ini membesarkan tiga anak-anak yang masih kecil.

Katherine Heigl dari Grey's Anatomy (RM45.9 juta)

Tahun lalu, Heigl bukan sahaja bekerja keras untuk siri drama popular Grey's Anatomy tetapi juga muncul sebagai pelakon utama untuk filem Knocked Up dan 27 Dresses. Dia juga wajah untuk jenama minyak wangi Nautica dan duta satu jalur jenama peralatan perubatan.

Eva Longoria dari Desperate Housewives (RM31.8 juta)

Eva kini adalah surirumah dari siri popular Desperate Housewives dengan hasil pendapatan yang paling tinggi dalam siri itu. Dia juga menerima jutaan dollar melalui kontraknya bersama L'Oréal Paris dan Bebe Sport.

Maura Tierney dari ER (RM26.5 juta)

Selain memegang watak sebagai pakar perubatan dalam siri popular ER, aktres yang pernah menerima pencalonan Emmy itu bergandingan dengan Will Ferrell dalam filem Semi-Pro dan juga Tina Fey untuk filem Baby Mama.

Paula Abdul dari American Idol (RM17.6 juta)

Juri American Idol ini mengumpul pendapatan dari siri realiti hiburan dokumentarinya sendiri, Hey Paula, duta kepada jenama barang kemas, QVC dan telah menandatangani kontrak untuk menghasilkan pakaian untuk pasukan sorak.

Jennifer Love Hewitt dari Ghost Whisperer (RM17.6 juta)

Jennifer mengumpul pendapatan yang tinggi melalui watak utamanya yang dipegangnya dari siri terbitannya sendiri, Ghost Whisperer. Wanita cilik ini juga merupakan jurucakap kepada jenama pakaian dalam, Hanes dan produk kosmetik gergasi, Proactiv.

Marg Helgenberger dari CSI: Crime Scene Investigation (RM21.2 juta)

Selama sembilan tahun, Marg telah memainkan peranan sebagai penganalisa forensik terkenal, Catherine Willows. Tahun lalu, pendapatannya bertambah menerusi watak dalam filem Mr. Brooks dan Columbus Day yang membantu melonjakkan namanya ke tempat ketujuh senarai ini.

Tina Fey dari 30 Rock (RM16.2 juta)

Awal tahun lepas, Tina merangkul anugerah Screen Actors Guild untuk peranannya sebagai pengarang utama, Liz Lemon. Selepas kembali ke layar perak dalam filem komedi Baby Mama, Tina juga muncul dalam This Side of Truth selain menjadi duta selebriti untuk American Express.

Mariska Hargitay dari Law and Order: SVU (RM22.9 juta)

Pemenang anugerah Emmy serta anak pelakon legenda, Jane Mansfield ini mengekalkan wataknya sebagai penyiasat Law and Order SVU untuk musim ke-10. Selain itu, dia turut muncul sebagai duta jenama pakaian XOM.

Lain-lain aktres

Pelakon drama TV lain yang medapat pendapatan tinggi termasuk Vanessa Williams dari Ugly Betty yang mengumpul RM16 juta, tiga lagi surirumah utama Desperate Housewives iaitu Teri Hatcher (RM13.5 juta), Marcia Cross (RM13 juta) dan Felicity Huffman (RM12.04 juta). Juga mendahului senarai ialah Patricia Arquette (Medium), Calista Flockhart (Brothers and Sisters) dan Ellen Pompeo (Grey's Anatomy).

- bestnya tengok pendapatan orang..terbaru perpindahan ronaldo dari manchester ke real madrid dengan gaji RM 55 juta setahun bersamaan RM 151,000.00 sehari dengan kontrak selama 3 tahun...ish3x bila nak dapat gaji macam ni..dalam mimpi je la..kerja dok kira gaji orang ja..heheh

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...