terima kasih buat kalian semua..

Wednesday, December 30, 2009

Belajar daripada PLUS

SERING diperkatakan bagaimana teruknya keadaan jalan raya dan tahap kebersihan termasuk di tandas-tandas awam di Kuala Lumpur.

Saya ingin syorkan supaya pihak pengurusan Dewan Bandararaya Kuala Lumpur (DBKL) dan majlismajlis perbandaran lain mempelajari daripada pihak pengurusan PLUS bagaimana mengurus jalan raya dan menjaga kebersihan di kawasan pengurusan mereka.

Selama bertahun-tahun kita menggunakan lebuh raya yang dikendalikan oleh PLUS. Kita dapati lebuh raya tersebut diselenggara dan diuruskan dengan cukup baik oleh pengurusan PLUS. Jarang kita lihat lebuh rayanya rosak.

Begitu juga dengan tahap kebersihan di lebuh raya, lereng bukit di kiri dan kanan lebuh raya, tandas dan tempat rehat semuanya indah dan bersih. Cara pengurusan gerai di RnR cukup teratur dan disiplin dengan pekerjanya sentiasa berunifom.

Saya mencadangkan kakitangan atau pengurusan PLUS dipinjamkan ke DBKL atau majlis perbandaran tempatan untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman mengenai sistem pengurusan, penyelenggaraan juga budaya kerja mereka.

WARGA KOTA PRIHATIN

Kuala Lumpur

1 comment:

  1. Meman benar itu tahap penjagaan tandas di KL amat teruk. Selain dari jalan jalan ada yang belubang dan lama tidak ditar. Jika ada pun hanya tampal sana sini saja. Ini mencacatkan keadaan. Kereta yang baru beli pun lama kelamaan cepat longgar dan rosak. Adakah bajet tidak cukup atau digunakan untok tempat lain.

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...