terima kasih buat kalian semua..

Wednesday, December 30, 2009

Caj Ikea dipertikai

PADA 27 Disember lalu, saya dan isteri ke Ikea, Damansara untuk membeli perabot. Kami membeli beberapa produk Ikea yang agak besar seperti meja makan dan meja belajar yang tidak boleh dimuatkan ke dalam kereta.

Selepas membayar lebih kurang RM1,300, kami terkejut apabila diberitahu jurujual, Ikea mengenakan caj penghantaran RM200 ke rumah di Semenyih kerana berada di luar kawasan.

Lebih mendukacitakan caj penghantaran ke Kajang dan Bangi hanya RM65 sedangkan banyak kawasan perumahan di situ lebih jauh berbanding rumah kami.

Kami kesal kerana Ikea menganggap Semenyih di luar kawasan sedangkan ia masih di dalam Selangor.

CELIK ILMU ALAM,
Semenyih, Selangor.

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...