terima kasih buat kalian semua..

Tuesday, December 29, 2009

Imigresen nafi pilih kasih

JABATAN Imigresen Kelantan ingin memberi penjelasan mengenai surat Mata Juling bertajuk, 'Kakitangan imigresen pilih kasih urus pasport anak Datuk' yang disiarkan ruangan ini, kelmarin.

Untuk makluman, ada beberapa kaunter perkhidmatan disediakan. Selain kaunter orang awam, jabatan menyediakan kaunter untuk warga emas, orang kurang upaya, ibu mengandung, kanak-kanak bawah 2 Tahun dan VVIP.

Selepas aduan itu, Jabatan Imigresen Kelantan mengambil tindakan drastik melihat setakat mana perkhidmatan boleh diberikan kepada semua pelanggan, walaupun piagam pelanggan menyatakan pengeluaran pasport dalam masa dua jam selepas bayaran.

Nombor giliran diberi kepada setiap permohonan berdasarkan standard piawaian yang dilaksanakan sejak 2001.

Untuk pengetahuan pengadu, borang permohonan Datuk dan anaknya ialah 3950177 dan 3950178, manakala nombor giliran mereka 3017 dan 3018 dengan cetakan jam 09.14 pagi manakala proses penyerahan pasport selesai jam 10.41 pagi yang mengambil masa 1 jam 27 minit bukan 30 minit seperti didakwa. Bagaimanapun, jabatan akan lebih komited dalam menambah baik perkhidmatan.

HAZMAN HASSAN,
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Imigresen Kelantan.

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...