terima kasih buat kalian semua..

Wednesday, December 30, 2009

JPJ perjelas kenderaan dibenar guna cermin gelap

JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) merujuk SMS DEAD:BHA29174 dalam akhbar ini pada 24 Disember lalu bertajuk 'Pelik tapi benar', mengapa kenderaan JPJ menggunakan cermin gelap sedangkan kenderaan polis yang tidak menggunakannya pun boleh menjalankan tugas.

Untuk makluman, peraturan pemasangan cermin gelap adalah mengikut Kaedah 5(1) dan Kaedah 5(3), Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis Kaca Tertentu) 1991 yang menetapkan cermin depan perlu telus cahaya tidak kurang 70 peratus, manakala cermin belakang dan tepi telus cahaya tidak kurang 50 peratus.

Bagaimanapun ada pengecualian bagi penggunaan cermin gelap kepada orang tertentu seperti ditetapkan mengikut Kaedah 11 (a) dan 11 (b), Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis Kaca Tertentu) 1991.

Bagi orang tidak termasuk dalam Kaedah 11 (a) dan 11 (b) yang menghadapi masalah kesihatan dengan ancaman keselamatan juga boleh memohon pengecualian memasang cermin gelap.


Dalam keadaan ini, bukan semua kenderaan JPJ dibenar menggunakan cermin gelap. Hanya beberapa kenderaan boleh berbuat demikian untuk menjalankan pemantauan, risikan dan membawa senjata api.

Berhubung aduan DEAD:BHA29147, pihak jabatan mohon kerjasama pengadu memberi maklumat lengkap nombor pendaftaran kenderaan JPJ yang menggunakan cermin gelap itu supaya semakan dan tindakan dapat diambil.

JPJ mengalu-alukan orang ramai agar mengemukakan aduan lengkap atau salurkan maklumat di aduan@jpj.gov.my.

Pengadu juga boleh menghubungi Bilik Kawalan, Bahagian Penguatkuasa, JPJ Malaysia, Putrajaya menerusi 03-88866412.

NORAINI MOHD NAWI,
Pegawai Perhubungan Awam JPJ, Putrajaya.


1 comment:

  1. itu kenderaan jpj, boleh la diterima alasannya. babaimana pula dengan kenderaan awam, contohnya toyota alphard plat qku 1, sapa malaon ni? sampai x nampak aada orang ke xde kat dalam. tu baru csatu contoh, kalau rajin dok tepi jalan, banyak lagi boleh tengok. istimewa sangatkah mereka ini???

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...