terima kasih buat kalian semua..

Wednesday, December 30, 2009

Khidmat PUNB mengecewakan

KAMI ialah lepasan universiti yang berjaya dengan perniagaan sendiri dalam bidang pembinaan, pendawaian elektrik dan kontraktor kepada syarikat telekomunikasi negara.

Namun, kebelakangan ini syarikat mengalami masalah seperti pembayaran lewat dan kurang kerja.

Dalam pada itu galakan, insentif dan kemudahan perundingan yang disediakan agensi kerajaan membuatkan kami terpanggil untuk mengadu nasib.

Lokasi pertama yang kami kunjungi adalah Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB). Malangnya kami kecewa dengan sikap petugas di situ yang sambil lewa.

Kami ke PUNB hanya untuk mendapat khidmat nasihat. Pelbagai alasan diberi kakitangan terbabit termasuk sibuk dan pegawai tiada. Ada pula yang memberikan penerangan melalui telefon kerana tiada masa untuk bersemuka.

Mungkin ini tidak menggambarkan PUNB secara keseluruhan kerana saya yakin pengarah dan pemegang sahamnya ialah mereka yang mempunyai gagasan melahirkan seramai mungkin usahawan.

Namun, kejadian yang kami alami memberi persepsi negatif kepada PUNB.

ASADULLAH,
Kuala Lumpur.


No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...