terima kasih buat kalian semua..

Friday, December 18, 2009

Minyak subsidi di sempadan..


Kenderaan dari negara jiran yang memasuki sempadan negara terpaksa beralih dari satu stesen ke satu stesen minyak untuk memenuhi tangki apabila hanya dibenarkan mengisi 20 liter berkuat kuasa hari ini.

Kebanyakan pemandu yang ditemui mengaku terpaksa melakukannya biarpun perlu mengambil masa lebih lama namun langkah itu masih berbaloi.

Ini kerana harga petroleum di Thailand ialah RM3.25 sen berbanding RM1.80 di negara ini. Manakala diesel RM1.70 di negara ini dan RM2.80 sen di negara jiran itu.

Berkuat kuasa hari ini, kerajaan di bawah Akta Bekalan 1961 mengeluarkan arahan melarang stesen-stesen dalam lingkungan 50 kilometer dari sempadan Malaysia menjual petrol dan diesel melebihi 20 liter kepada mana-mana kenderaan yang tidak didaftarkan di negara ini.

Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Kelantan diarah menempatkan anggota di setiap stesen minyak di pintu sempadan bagi memastikan pengusahanya mematuhi arahan.

Terdapat 99 stesen minyak dikenal pasti berada di lokasi kurang 50 kilometer dari pintu sempadan di Bukit Bunga, Jeli, Pengkalan Kubor, Tumpat dan Rantau Panjang, Pasir Mas....

1. 30 rinngit sekali isi kira masih ok..singgah satu lagi stesen dari 99 stesen dah cukup untuk penuhkan tank kereta

2. bukannya susah sangat nak berenti 2 stesen..

3. kesimpulannya peraturan ini masih tidak membebankan warga asing untuk dapatkan minyak bersubsidi tanpa membayar kadar cukai pada kerajaan..

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...