terima kasih buat kalian semua..

Wednesday, December 30, 2009

Pandu malam bukan fitrah insan



SAYA bersetuju dengan pendapat Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang menyarankan perkhidmatan bas pada waktu malam dihentikan.

Saya sudah lama menyimpan hasrat menyuarakan pendapat ini, namun tidak ada tempat suara insan kerdil seperti saya didengar.

Saya hairan kenapa selama ini pemimpin dan pihak berkuasa tidak melaksanakan tindakan seperti disyorkan Zambry yang memang dapat mengurangkan kemalangan ngeri.

Untuk menjamin keselamatan penumpang bas, pihak berkuasa tidak sepatutnya berkompromi dengan apapun alasan dikemukakan pengusaha kenderaan awam.

Allah SWT sudah menetapkan perjalanan alam, siang untuk bekerja, malam pula sebagai tabir serta masa untuk beristirahat dan beribadat kepada-Nya.

Sepatutnya sudah lama kita kembali mengikuti peraturan dan undang-undang alam yang ditetapkan Allah SWT.

Seorang manusia yang mengantuk pada jam 1 pagi adalah fitrah alam. Pada masa itu, sepatutnya manusia (termasuk pemandu dan penumpang bas) nyenyak tidur.

Pengusaha bas dan pihak berkuasa boleh menyediakan peralatan canggih, pemandu gantian, tempat rehat dan rawat (R&R), pemantauan polis trafik dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebagai usaha untuk mengelakkan kemalangan.

Namun, usaha itu terlalu kerdil berbanding jadual pengurusan alam yang dicipta Allah. Manusia belum dapat mencipta ubat menahan rasa mengantuk kerana ubatnya ialah tidur. Manusia pasti tidak dapat mencabar ketentuan Allah.

Justeru, keputusan untuk mengubah hukum manusia agar selaras dan menepati hukum Ilahi menuntut keberanian dan ia bukan sekadar kesanggupan Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) atau Menteri Pengangkutan mengulas dan menyampaikan salam takziah semata-mata.

Masalah ini memerlukan sentuhan Perdana Menteri kita kerana nyawa rakyat yang tidak berdosa wajar dibela pada setiap masa dan ketika.

PEMANDU SIANG,
Padang Pauh, Perlis.


No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...