terima kasih buat kalian semua..

Tuesday, December 29, 2009

RM268 pakej urut, seks


"Pakej apa abang mahu, urut atau 'main' (seks). Kalau urut RM108 untuk 45 minit, 'main' pula RM208 untuk setengah jam.

"Abang fikir dulu, lepas ini saya bawa semua perempuan berbaris depan ini, jangan takut perempuan tempatan pun ramai."

Demikian kata seorang bapa ayam kepada wakil akhbar ini yang menyamar sebagai pelanggan ketika bertanyakan khidmat spa yang ditawarkan sebuah premis terletak bersebelahan dengan sebuah hotel terkenal di sini.

Tanpa berselindung, bapa ayam itu terus menerangkan 'pakej' termasuk harga untuk khidmat seks, seakan aktiviti yang dijalankan di spa yang berselindung di sebalik pusat kesihatan itu 'kebal' daripada tindakan pihak berkuasa.

Tidak percaya dengan khidmat yang dikatakan, wakil akhbar ini menunggu di ruang kafe spa itu untuk melihat wanita tempatan yang dimaksudkan bapa ayam terbabit.

Turut berada di ruang menunggu itu kira-kira 10 pelanggan pelbagai peringkat umur. Beberapa minit kemudian 13 wanita berpakaian separuh bogel berumur lingkungan 20 hingga 30 tahun termasuk tujuh dipercayai warga tempatan berbaris untuk dipilih pelanggan.

Keadaan ketika itu tidak ubah seperti berada di negara jiran yang terkenal dengan industri seks. Selepas kira-kira 40 minit wanita sama yang berpakaian separuh bogel keluar semula dan berbaris untuk dipilih pelanggan yang menanti di kafe spa.

Tinjauan Sentral mendapati ada beberapa kamera litar tertutup (CCTV) yang diletakkan di luar premis dan di kawal beberapa pengawal.

Kedudukan spa itu seperti 'tersembunyi' apabila pelanggan yang datang kebanyakan masuk melalui pintu hotel dan kemudian perlu ke aras dua hotel itu sebelum melalui kawasan perniagaan yang bersambung dengan hotel berkenaan.

Kemudian pelanggan perlu menaiki tangga untuk masuk ke spa itu. Sekiranya tidak masuk ke dalam premis itu, orang ramai tidak menyangka spa berkenaan menawarkan khidmat seks kerana hanya ada satu pintu kaca yang menjadi laluan selain sukar melihat aktiviti di dalamnya.

Ada lebih daripada 20 bilik yang disediakan termasuk bilik khas untuk kegiatan seks.

Difahamkan untuk khidmat urut dan seks pelanggan dikenakan caj sehingga RM268 untuk lebih satu jam setengah. Pakej bermalam juga disediakan dengan bayaran yang lebih tinggi.

Difahamkan juga spa itu dibuka bermula jam 4 petang sehingga lewat pagi. Pemerhatian juga mendapati pelanggan terdiri daripada mereka yang berumur 30 hingga 50 tahun. Kebanyakan pelanggan dilihat berpakaian kemas seperti baru pulang kerja atau sedang membincangkan perniagaan.

Spa itu turut menyediakan sauna dan mandi wap dipercayai dijadikan modal untuk mengaburi pihak berkuasa.

Pemerhatian juga mendapati pelanggan tidak terlalu sukar untuk memasuki spa itu kerana layanan 'bapa ayam' yang tidak berselindung termasuk aktiviti seks yang ditawarkan.

Sepanjang kira-kira dua jam berada di spa itu dianggarkan ada 40 pelanggan yang keluar masuk. Difahamkan juga dengan membayar pakej RM106 untuk urut, pelanggan boleh menggunakan sauna dan mandi wap secara percuma tanpa had.

Seorang pekerja di spa itu yang dikenali sebagai Puteri, 25, yang mendakwa berasal dari Sungai Petani, Kedah berkata, dia bekerja di spa berkenaan sejak beberapa tahun lalu.

Katanya, untuk tempoh semalam dia terpaksa melayan lebih daripada 10 lelaki dengan kadar masa yang ditetapkan hanya setengah jam untuk setiap pelanggan.

Sementara itu, Anita, 23, yang mendakwa hanya menawarkan khidmat urut berkata, daripada RM108 caj yang dikenakan dia hanya memperoleh `komisyen' RM22 daripada bapa ayam. Untuk khidmat urut 'batin' bayaran tambahan RM60 dikenakan.

Selain khidmat urut dan seks, spa itu turut menyediakan sauna dan mandi wap dipercayai untuk mengaburi pihak berkuasa.


1 comment:

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...