terima kasih buat kalian semua..

Thursday, December 31, 2009

Tingkatkan khidmat bahagian Farmasi Hospital Sultanah Bahiyah

SAYA merupakan antara jutaan rakyat Malaysia yang memilih menggunakan perkhidmatan di hospital kerajaan. Sudah semestinya rata-rata yang memilih perkhidmatan di hospital kerajaan adalah rakyat biasa yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Sudah semestinya seseorang yang berkemampuan akan memilih perkhidmatan di hospital – hospital swasta yang lebih terjamin layanan dan kualitinya. Bagi golongan rakyat yang berpendapatan sederhana seperti saya, hospital kerajaan adalah yang termampu.

Sebagai seorang pengguna dan pesakit, saya sangat berpuas hati dengan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, terutamanya layanan daripada doktor dan jururawat.

Walaupun kadang kala tempoh untuk menunggu agak lama tetapi saya memahami situasi apabila jumlah pesakit yang agak ramai.

Bagaimana pun, saya merasakan ada perkhidmatan yang harus dipertingkatkan, terutamanya di bahagian farmasi hospital berkenaan. Kebelakangan ini saya dapati pihak farmasi sering kekurangan beberapa jenis ubat yang penting.

Kadang kala sehingga berminggu-minggu sesetengah ubat masih kehabisan stok. Bukankah sepatutnya tempahan harus sentiasa dipantau supaya pesakit tidak kekurangan ubat dalam satu tempoh yang panjang?

Keadaan ini sebenarnya amat mendukacitakan saya sebagai pengguna dan pesakit. Adakah kerana perkhidmatan perubatan percuma yang diberikan menyebabkan semua masalah kekurangan ubat ini terjadi?

Sebagai rakyat Malaysia, saya mengharapkan perkhidmatan perubatan yang terbaik tanpa kekurangan ubat-

ubat penting.

Besarlah harapan saya, sekiranya pandangan saya seorang rakyat biasa diambil kira. Semoga perkhidmatan farmasi di Hospital Sultanah Bahiyah akan menjadi lebih baik.


Alor Setar, Kedah

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...