terima kasih buat kalian semua..

Tuesday, June 30, 2009

Kisah cinta dua hati...


kala petang itu
tika angin menderu
ombak menghempas ganas

hati dilanda sorak
tawa riang memukau
mata hati berkalbu

sang arjuna berkata..
"aku cinta padamu..."

Sunday, June 28, 2009

"Seksanya hendak kahwin....."


Oleh Hafizahril Hamid

PERKAHWINAN bagi kebanyakan pasangan adalah sesuatu yang suci, indah dan abadi. Dari ketika menjalani proses percintaan hinggalah selesai upacara akad nikah adalah sesuatu yang biasa bagi setiap pasangan untuk melihat pasangan mereka sebagai pilihan terbaik.

Segala yang dilakukan akan dilihat sebagai sempurna di mata pasangan masing-masing. Namun di sebalik semua kesempurnaan ini satu-satunya masalah yang akan menghantui orang lelaki setelah mendapat persetujuan daripada keluarga pihak perempuan untuk 'menyunting bunga di taman' ialah wang hantaran.

Mungkin ada pihak yang merasakan perkara ini bukan satu bebanan bersesuaian dengan status dan pendapatan yang diperolehi. Apatah lagi bagi pihak keluarga perempuan ia umpama satu "hak eksklusif" dalam menetapkan berapa jumlah wang hantaran sebelum anak gadis mereka berpindah tangan kepada bakal suami.

Namun kita tidak boleh menafikan bahawa isu wang hantaran ini sering menghantui pasangan sebelum berkahwin.

Soal wang hantaran jika munasabah bukanlah satu persoalan tetapi ia akan menjadi sesuatu yang membebankan jika keterlaluan. Maka akan kedengaranlah pandangan dan kritikan pedas masyarakat "nak jual anak ke".

Isu tentang wang hantaran ini bukanlah sesuatu yang baru dan harga yang ditetapkan semakin meningkat bersesuaian dengan keadaan dan realiti semasa kehidupan.

Dalam membicarakan hal ini penulis teringat gurauan yang diluahkan oleh seorang sahabat yang berpengalaman dalam menguruskan perkahwinan bahawa ia umpama membeli tiket kapal terbang.

Kebiasaannya harga tiket agak murah dan mampu dimiliki tetapi yang membuat harganya lebih mahal ialah pembayaran tambahan akibat terpaksa membayar cukai airport, pengurusan dan surcaj. Ini yang membuatkan penumpang terpaksa memilih dan berkira sebelum membuat keputusan.

Situasi ini yang terpaksa dihadapi oleh para pengantin lelaki apabila terpaksa membayar wang hantaran yang mahal padahal wang mas kahwinnya hanya berapa sangat.

Oleh itu ramailah lelaki yang terpaksa kahwin lewat akibat terpaksa mengumpul wang dan mengikat perut sebelum dapat melampiaskan hajat yang tersimpan sejak sekian lama.

Dari segi hukumnya pembayaran wang hantaran bukanlah sesuatu yang perlu namun kerana menghormati adat dan tradisi kita sebagai orang Melayu maka perkara seperti hantaran dan persandingan lebih menjadi perhatian.

Dan secara umumnya wang hantaran ini diberikan kepada pihak pengantin perempuan sebagai tanda pemberian ikhlas yang kemudiannya boleh digunakan untuk mengurus kerja-kerja persandingan.

Apatah lagi urusan persandingan dari pakaian pengantin hinggalah makan minum jemputan melibatkan perbelanjaan yang agak besar memandangkan tradisi menanggah dan tolong menolong ketika majlis perkahwinan semakin pupus.

Maka perbelanjaan perkahwinan yang agak besar ini bersesuaian dengan kemeriahan yang dialami ketika majlis pernikahan dan persandingan berlangsung.

Secara puratanya kadar wang hantaran pada masa sekarang ialah sekitar RM8,000 hingga RM10,000. Dan berdasarkan keadaan ekonomi dan kemakmuran negara ini ia mungkin dianggap munasabah.

Namun jika dikira semula termasuklah perbelanjaan kenduri di kedua-dua belah pihak, jumlah meningkat sehingga sekitar RM12,000 hingga RM20,000. Pastinya jumlah itu dianggap agak membebankan dan ramai lelaki terpaksa mengeluh sebelum berkahwin.

Bagi kebanyakan eksekutif muda yang berpendapatan sekitar RM1,800 hingga RM2,500, untuk menyimpan wang hantaran seperti yang disebutkan di atas mungkin tiada masalah tetapi ia pastinya mengambil masa sekitar dua hingga lima tahun.

Ditambah pula dengan bebanan dan kos hidup di ibu kota yang semakin meningkat akhirnya ramai lelaki terpaksa kahwin lewat malah ia dilihat semakin menjadi trend kebelakangan ini.

Maka jalan terbaik dalam menyelesaikan keserabutan ini ialah dengan membuat pinjaman bank.

Pinjaman

Hendak disalahkan pihak bank tidak boleh kerana ia adalah sebahagian dari hukum perdagangan untuk mencari keuntungan. Mereka ini senantiasa melihat peluang dalam kekusutan. Sebarang peluang yang boleh menguntungkan pastinya tidak akan mampu ditolak oleh perusahaan perbankan.

Oleh itu hendak atau tidak kebanyakan lelaki yang mahu berkahwin terpaksa membuat pinjaman dan turut terbukti bagi pihak bank bahawa bentuk perniagaan ini sangat menguntungkan.

Yang menjadi kebimbangan, apabila ia menjadi satu ikutan sehingga hantaran perkahwinan semakin meningkat di luar kebiasaan dan mencecah ratusan ribu.

Bagi mereka yang mampu mungkin tidak ada masalah dan ia dianggap sebagai pemberian ikhlas. Tetapi bagi mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana adalah sukar untuk memenuhi permintaan pihak pengantin perempuan jika wang hantarannya mencecah puluhan ribu ringgit.

Jika kita perhatikan beberapa ketetapan dan alasan sering digunakan dalam menetapkan wang hantaran ini. Seperti yang dikatakan tadi penetapan wang hantaran kebanyakannya merupakan hak eksklusif keluarga pengantin perempuan.

Walaupun mungkin beberapa perbincangan dilakukan dalam menetapkan wang hantaran antara pihak kedua-dua bakal mempelai namun keputusan akhir akan tetap diputuskan oleh pihak perempuan. Maka pada kebiasaannya harga wang hantaran ditetapkan atas beberapa kriteria.

Kriteria pertama terletak kepada pengaruh keluarga pengantin perempuan. Jika pihak perempuan "mata duitan" maka mahallah duit hantaran yang perlu dikeluarkan. Kita tidak boleh menafikan terdapat segelintir ahli masyarakat yang masih berfikiran begini semata-mata untuk meraih keuntungan hasil dari perkahwinan yang akan berlangsung. Sikap sebegini pastinya akan membuatkan masyarakat memandang serong terhadap pihak keluarga serta merosakkan jalinan institusi kekeluargaan itu sendiri.

Kriteria kedua ialah tahap akademik pengantin wanita itu sendiri. Semakin tinggi tahap pendidikan wanita tersebut semakin mahal wang hantarannya.

Kriteria ketiga ialah paras rupa wanita yang bakal disunting. Walaupun perkara ini agak subjektif kerana kecantikan seseorang wanita dinilai berbeza oleh lelaki berdasarkan cita rasa dan kehendak peribadi namun ia merupakan antara kriteria penting dalam penetapan wang hantaran. Semakin cantik dan 'bergetah' seseorang wanita itu semakin tinggilah harga yang perlu dibayar.

Kriteria terakhir dalam hal ini ialah jenis pekerjaan dan pendapatan bulanan yang diterima. Pastinya pekerjaan seperti doktor, akauntan dan jurutera dibayar gaji yang mahal, oleh itu jumlah wang hantaran turut meningkat.

Berdasarkan kriteria di atas adalah jelas kenapa harga wang hantaran agak sukar dikompromi oleh pihak perempuan. Paling jelas harga wang hantaran termahal ini selalunya didominasi oleh golongan artis.

Ini mungkin berkait dengan soal kecantikan yang dimiliki selain dari pendapatan tinggi dan populariti yang diperoleh.

Sebelum ini, penyanyi Juliana Banos yang berkahwin dengan Pengarah Urusan Mutiara Motor Sdn Bhd, Mokhtar Ahmad pada 16 Disember 2005, dinobat sebagai antara artis yang menerima wang hantaran tertinggi di negara ini, iaitu RM77,888.77.

Itu tidak termasuk dua bentuk cincin berlian jenama Cartier dan Carat Club yang bernilai lebih RM10,000, beg tangan dan dua pasang kasut jenama Louis Vuitton (LV) serta set wangian.

Penyanyi ternama negara, Datuk Siti Nurhaliza pula menerima wang hantaran dari suaminya Datuk Seri Muhammad Khalid Jiwa sebanyak RM30,000 dan mas kahwin RM22,222.

Satu lagi insiden juga melibatkan antara wang hantaran tertinggi di negara ini tetapi tidak kekal lama membabitkan bekas model, Puteri Shahanaz Hazlin Hamdan yang berkahwin dengan ahli perniagaan, Datuk Roslan Hashim.

Puteri Shahanaz menerima wang hantaran RM444,444.44 dan mas kahwin RM22,222.22.

Selain itu, Puteri Shahanaz turut menerima 22 hantaran termasuk kereta BMW 320i berharga RM250,000; set barangan kemas (RM150,000); jam tangan Rolex (RM25,000); cincin (RM20,000) serta beg tangan, kasut, wangian dan kosmetik jenama terkenal.

Gilang gemilang

Pasangan tersebut diijabkabulkan di rumah pengantin perempuan di Lorong Tok Sira 3 pada September 2006 manakala majlis persandingan diadakan di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah.

Roslan yang ketika itu merupakan Pengerusi Eksekutif Ghaz Properties Sdn Bhd, berkata beliau membelanjakan RM3.5 juta bagi memastikan majlis persandingan berlangsung penuh gilang-gemilang.

Bagaimanapun kebahagiaan yang diharapkan tidak kekal lama apabila setahun kemudian pasangan ini bercerai pada 4 Oktober 2007.

Puteri Shahanaz memohon cerai fasakh dan Roslan bersetuju membayar tuntutan mutaah RM100,000 secara ansuran, iaitu RM5,000 sebulan kepada Puteri Shahanaz. Roslan turut bersetuju membayar nafkah RM1,500 sebulan kepada anak tunggal mereka, Putera Airil Imran.

Kisah di atas ini pastinya memberi pengajaran bahawa wang hantaran yang tinggi dan majlis perkahwinan yang keterlaluan gahnya bukanlah penentu kepada kebahagiaan berlanjutan sehingga ke akhir hayat. Ditambah pula dengan pelbagai jumlah wang hantaran dengan nombor menarik beserta dengan tarikh perkahwinan yang lain daripada lain, ia seolah-olah telah menjadi trend yang mempengaruhi masyarakat.

Secara peribadi hantaran perkahwinan tidaklah perlu terlalu menekan sehingga menjadi beban kepada pasangan pengantin. Ada yang berpandangan supaya wang hantaran ini perlu dikongsi antara kedua mempelai bagi mengelakkan bebanan keterlaluan kepada pengantin lelaki.

Mungkin ada baiknya saranan sebegini namun jika wang hantaran ditetapkan lebih rendah ia pastinya lebih melegakan semua pihak.

Perlu difahami wang hantaran ini ditetapkan bagi keperluan pihak perempuan mengendali majlis persandingan sebelah mereka. Semakin meriah majlis perkahwinan semakin tinggilah wang hantaran yang perlu dikeluarkan.

Oleh itu cara terbaik untuk mengatasi masalah wang hantaran tinggi ini ialah dengan kembali kepada ajaran agama.

Hantaran dimaksudkan sebagai hadiah daripada suami kepada isteri dan juga hadiah daripada isteri kepada suami, iaitu saling bertukar hadiah sebagai tanda setuju dengan perkahwinan itu. Hantaran tidak wajib tetapi mengikut hukum adat hukumnya harus.

Manakala mas kahwin disebut sebagai mahar adalah hak/harta isteri yang wajib suami serahkan kepada isteri untuk menghalalkan pernikahan antara keduanya.

Maka Islam sendiri menerangkan apa yang perlu diutamakan dalam sesebuah perkahwinan iaitu mas kahwin dan bukannya wang hantaran. Tetapi kerana kepercayaan masyarakat kita yang terlalu berpegang pada adat maka kita lebih mengutamakan wang hantaran yang tinggi daripada kesempurnaan majlis akad nikah.

Stigma inilah yang perlu diubah oleh masyarakat. Bukan bermaksud untuk menidakkan kepentingan wang hantaran perkahwinan ini namun ia perlulah sekadar termampu dan paling penting keikhlasan.

Ia perlu dilaksanakan mengikut kemampuan dan tidak membazir semata-mata mahu menunjuk-nunjuk kepada orang keliling. Perbuatan sebegini hanya menambahkan lagi dosa kita.

Wang hantaran sememangnya menjadi tanggungjawab pihak lelaki untuk dipenuhi dan jika dilihat dari sudut kebaikannya, ia umpama persediaan awal seseorang bakal suami untuk menanggung tanggungjawab sebelum memulakan kehidupan berkeluarga.

Pastinya usaha mengumpul wang hantaran ini mampu mengajar tanggungjawab sebenar si lelaki sebelum bergelar suami yang bakal menanggung isteri dan bakal anak-anak.

Satu lagi ia pasti turut mengajar mereka bahawa bukan senang hendak berkahwin dan melamar anak dara orang.

oleh itu jika pada masa depan mungkin terlintas di hati hendak menambah isteri lagi, mungkin mereka akan berfikir lima enam kali, betapa peritnya satu ketika dulu 'mengikat perut' hendak mengumpul wang dan berhutang sebelum akhirnya mampu berkahwin.
- seminggu dua yg lepaih cuti sekolah..jadi banyak la "urang aroh" dibuat yakni walimatulurus berlangsung..ramai pasangan baru melansungkan rumah tangga..semuanya tersenyum lebar bergelar raja sehari..sepanjang cuti sekolah lepas juga beberapa sahabat aku menjadi raja sehari..sebelum depa balik semenanjung sempat la jugak aku duduk berbual sekadar sembang kosong..terkeluar la jugak isu kos nak melangsungkan perkahwinan ni..rata2nya depa bgtau kena ada jugak dalam rm25k, kalu tidak susah katanya..apa yg susah? yelah kita tolak tepi la bab hantaran, sebab itu biasanya memang dah dirancangkan dan diketahui sejak awal..masih ada lagi amalan "tawar menawar" yang masih diamalkan khususnya bagi negeri2 sebelah utara.

yang menjadi isu utama ialah perbelanjaan untuk majlis kenduri kendara..sekarang ni kebanyakannya pakai catering, bayar ikut per head beb..kalau ikut kos hari ni dlm rm7 keatas untuk kenduri orang kebyakan..yg buat wedding mewah2 tu toksah amik kira..kita calculate utk golongan marhein je..

banyak jugaka benda2 yg sepatutnya tak perlu diadakan pun, membazir duit je..orang kampung aku masih duk bagi teloq sebagai buah tangan tetamu..yg aku nampak teloq ni bersepah2 org buang..tak ke membazir tu..sama jugak dengan bunga teloq..org buang2 je sedangkan dekat 2-3 rnggit jugak satu..

goodie bag kalau setakat nak taruk bunga teloq rasa segan pulak kot noo..jadi terpaksa la taruk segala macam mak nenek mcam camca dan kipas yg kononnya trend hari ni..bag tu pun dah berapa ringgit satu..segala benda2 ni la yg buatkan kos melambung..

sebenarnya ini semua ikut kehendak masing2..aku ada seorang sahabat yg memang buat simple gila waktu dia kawin..masa aku sampai ke rumah kenduri aku tgk cuma ada satu khemah..org pun ada dua tiga kerat..aik aku kata baru pukui 1 takkan semua dah balik..rupanya2 depa tunggu orang masjid..sahabat aku ni wat kenduri cuma jemput orang masjid lepaih zohor ja..dan jiran2 terdekat termasuk saudara mara..simple je..so tepuk dada tanya lah selera..

Saturday, June 27, 2009

Tribute to MJ...

Jalan-jalan hujung minggu



Minggu ni boring duk rumah, aku pun pi kk jln2 nak hilangkan boring. Kamera memang sentiasa ada dlm beg aku yg aku dok usung merata. Dalam aku dok merayau aku snap la sikit2. Balik aku singgah kat Likas Bay. Nak layan perasaan la konon tgk matahari jatuh. So layan je la gambar2 ni..

nampak tak budak2 ni kecik2 lagi dah pandai berjudi.. depa bertaruh kecik2 ja pakai syiling..paling besaq aku tgk seringgit..cara mainnya depa lambung duit..mcam main tikam la..kepala ka ekoq..lokasinya kat pasar ikan masin..


5 dalam 1


amboi2..ni model mana pulak ni..igtkan tadi amber chia..


ni kira cam percintaan terlarang la kot..jgn silap paham, ni dua2 betina..sorang pengkid.."balak" dia ni siap mai kat aku pinjam lighter lagi..suara mak aih..ganaih..macam suara laki..berapa lama dia training buat suara laki aku tak tau la..cheh, macam org tak tau hang tu pompuan..


"pulau sebelah sana tu abg dah beli..diorang jual timbang kilo je..nanti kita buat rumah duduk sama2 tau..ermm..ayang sayang abg tak..???"


aik..ni cam silap mata jaa..macammana 283x ngan 1619 leh duk seblah2 nih..

Friday, June 26, 2009

Pinjam RM2,000, bayar RM10,000 masih diburu


BUKIT MERTAJAM 25 Jun - Niatnya meminjam hanyalah untuk membantu suami yang terpaksa berhenti kerja akibat masalah kesihatan. Namun setelah dua tahun berlalu, jumlah hutangnya sebanyak RM2,000 bukannya menyusut sebaliknya meningkat pula berlipat kali ganda.

Sehingga kini dia telah pun membayar sebanyak RM10,000.

Malangnya dia dan suami terus diburu oleh ah long terbabit kononnya untuk menuntut baki hutang sebanyak RM2,700 lagi.

Mangsa yang hanya dikenali sebagai Rosnah, 42, berkata, semuanya bermula apabila suaminya, Mohd. Nasib Mohd. Aslan, 53, berhenti kerja kerana masalah tulang akibat kemalangan jalan raya pada 2007.

Katanya, dia nekad meminjam daripada ah long untuk menyara empat anak berusia antara empat dan 16 tahun selain terpaksa menampung kos perubatan Mohd. Nasib.

Sejak itu, bermulalah kesengsaraan hidup mereka sekeluarga.

Rosnah dipaksa menyerahkan kad mesin juruwang automatik (ATM) kepada ah long terbabit atas alasan bagi 'melicinkan' proses pembayaran hutang setiap bulan.

"Dengan menggunakan kad ATM itu, antara RM350 dan RM400 setiap bulan diambil daripada RM900 gaji isteri saya yang bekerja sebagai operator kilang.

"Peliknya, selepas menghabiskan lebih RM10,000 dengan membayar ansuran bulanan sejak dua tahun lalu, kami masih dikatakan berhutang RM2,700," kata Mohd. Nasib.

- macam yang aku cerita dulu..depa memang takkan bagi hutang kita habis sampai bila2 pun..jadi beringat la sebelum kena..pengalaman aku kat kk ni kalau time hari gaji 25hb, buleh kata semua atm machine ni penuh dengan agen2 along yang buat pengeluaran duit..bukan 3-4 orang tapi semua area bank penuh dengan depa dalam 20-30 orang..setiap sorang dok pegang dekat segenggam kat atm peminjam2 ni..depa duk berkumpul depan atm machine sebelum jam 6 pagi tunggu atm on..jadi beringat la..




Selamat hari bapa..

Saturday, June 20, 2009

"Permata ayah.." sempena hari bapa..

Justify Full

Oleh Fairuz Zaidan
fairuzaidan@bharian.com.my




ABAH, papa, daddy, bak atau fu-cin - apa saja panggilannya, esok adalah detik istimewa bagi lelaki bergelar bapa. Meraikan Hari Bapa, XY - Ikon Lelaki menyelami suka duka kehidupan bapa cacat penglihatan, Muhammad Benny Iman Sinis.

Tidak kupinta lahir ke dunia,
Tidak kuduga cacat begini,
Bukan kuminta kasih dan manja,
Bukan ku rayu bantu simpati.

Maafkan wahai teman,
Kumenumpang di sudut dunia,
Mencari ketenangan,
Sampai masa kupergi jua.


SAYU bait lagu 'Namun Ku Punya Hati' ini membelai jiwa, syahdu lagi hati melihat gelagat seorang lelaki dan kanak-kanak perempuan di Taman Tasik Permaisuri, di pinggir ibu kota Kuala Lumpur, petang itu.

Dalam cuaca mendung, Muhammad Benny Iman Sinis leka melayan permata hatinya, Nur Shahira yang mencecah usia setahun sembilan bulan. Berbekalkan tongkat, Muhammad Benny Iman memeluk erat puteri kesayangannya tanpa sedikitpun menunjukkan rupa-rupanya ada kekurangan di sebalik tubuhnya itu.

Disahkan buta peringkat ketiga (B3) sepanjang hayat, lelaki berusia 30 tahun ini menempuhi kehidupan penuh semangat. Bagi Muhammad Benny Iman, kekurangan diri bukan penghalang menjadi ayah 'sempurna' kepada dua permata hati, Nur Shahira dan Nur Diana yang berusia sembilan bulan.



Bagi lelaki tabah ini, nasib yang menimpa dirinya adalah hikmah untuk menjadi insan mulia serta berbakti kepada bangsa, agama dan negara.

"Biarpun saya buta, ia bukan penamat dan titik noktah dalam hidup. Saya bersyukur berpeluang mengecapi kehidupan 'sempurna' dan memiliki keluarga bahagia," katanya penuh bermakna.

Memimpin Nur Shahira sambil tangan kanan memegang tongkat, Muhammad Benny Iman gigih mencari laluan ke taman permainan demi puteri kesayangan.

Puas si kecil bermain gelungsur dan buaian dengan sesekali terdengar helai tawa manjanya, Nur Shahira mungkin tidak tahu ayahnya buta.


"Saya tidak pasti apa persepsi anak apabila menyedari ayah dan ibu buta. Menjelang tengah malam apabila Nur Shahira dan Nur Diana lena dibuai mimpi, hati saya mula terasa sayu.

"Jiwa kecil saya sedih mengenangkan saya tidak mampu menjadi ayah yang sempurna kepada mereka. Tetapi apabila difikirkan inilah ketentuan Allah, saya redha," katanya.

Istimewa sempena Hari Bapa, XY - Ikon Lelaki berkongsi cerita bersama ayah istimewa ini...

Boleh ceritakan serba sedikit mengenai diri anda?

Saya dilahirkan buta dan dikategorikan sebagai buta peringkat ketiga (B3). Ini kerana saya hanya mampu melihat pada jarak kurang dari tujuh meter.

Sehubungan itu, saya dikategorikan sebagai Orang Kurang Upaya (OKU). Saya perlu menggunakan tongkat bagi membantu saya berjalan. Namun, saya bersyukur kerana mampu membaca pada jarak dekat.

Bagaimana pula dengan isteri dan anak-anak?

Isteri saya, Raziha Abdul Wahab juga buta. Beliau dikategorikan buta peringkat kedua (B2) di mana beliau hanya mampu melihat pada jarak kurang tiga meter.

Isteri saya bertugas sebagai guru di Sekolah Buta Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Alhamdulillah, perkahwinan kami pada 2006, saya dikurniakan dua cahaya mata yang masing-masing disahkan normal.

Apa pekerjaan anda sekarang?

Selama lebih 10 tahun, saya bekerja di jabatan pentadbiran di Syarikat UTSB Management Sdn Bhd di Kuala Lumpur.

Sejak bila anda tidak boleh melihat?

Saya tidak boleh melihat sejak kecil. Selain saya, kakak juga mengalami nasib sama walaupun ibu dan ayah normal. Ketika dalam darjah satu, saya belajar di sekolah kebangsaan. Tetapi ketika itu, saya tidak boleh melihat apa-apa biarpun diletakkan di barisan depan dalam kelas. Disebabkan itu, saya berpindah ke sekolah buta di Kuching.

Seperkara, saya tidak terlalu bergantung kepada tulisan braille. Ini kerana saya boleh membaca biarpun pada jarak dekat.

Bagaimana anda menjalani kehidupan dalam kekurangan ciri fizikal ini terutama selepas menjadi ayah?

Bagi saya, tidaklah terlalu sukar. Ini kerana semua perkara sudah biasa dilakukan dari kecil. Cuma ketika mula-mula bergelar papa, saya agak kekok untuk menguruskan bayi kecil.

Ini kerana saya tidak dapat melihat apa yang berlaku atau reaksi pada diri anak. Namun, lama-kelamaan semua itu menjadi perkara biasa.

Boleh anda ceritakan cabaran menjadi insan istimewa dalam situasi persekitaran sekarang?

Tidak dinafikan dalam ramai yang bersimpati, ada juga yang masih memandang rendah golongan OKU. Bagi segelintir pihak, orang buta hanya boleh menjadi peminta sedekah dan golongan yang tidak mahu berusaha memperbaiki kehidupan.

Boleh anda jelaskan situasi di mana persepsi negatif masyarakat mengecewakan anda?

Ambil saja contoh ketika menaiki LRT. Orang buta seperti saya memang menjadikan pengangkutan awam itu sebagai pengangkutan alternatif. Sudahlah tidak memberi tempat duduk OKU kepada kami, apabila kita bertanya destinasi hentian seterusnya, ia langsung tidak diendahkan.

Mungkin ada yang tidak tahu ada beberapa kategori cacat penglihatan. Mata yang celik mungkin dikatakan berpura-pura buta... Sebab itulah agaknya mereka tidak mahu menjawab pertanyaan.

Kesedaran sivik nampaknya masih berkurangan di kalangan masyarakat. Insiden lain yang pernah anda hadapi?

Jika hendak dihuraikan satu persatu, banyak insiden mengecewakan saya. Saya pernah ditipu pemandu teksi, tidak dihiraukan penumpang pengangkutan awam hinggalah tidak diberi bantuan oleh kakitangan hospital.

Namun, siapalah saya untuk mempersoalkan semua ini. Ia terpulang kepada individu itu sendiri. Daripada insiden menunggu nombor giliran hinggalah bertanya pusat rawatan yang perlu dituju, saya terfikir sendiri apakah mereka tidak tahu bahawa saya buta. Tidakkah mereka tahu saya tidak mampu melihat angka dan cara menuju ke tempat rawatan?

Anda tentu kecewa diberi layanan sebegini terutama di kosmopolitan Kuala Lumpur?

Golongan OKU tidak diminta diberi layanan melampau atau berlebih-lebih. Cukuplah andai ada rasa prihatin dan ruang untuk memudahkan insan seperti kami.

Boleh anda kongsi perasaan pertama kali bergelar bapa?

Sukar untuk diterjemah perasaan itu. Ia sungguh berbeza daripada apa yang dilalui pada zaman bujang. Sebenarnya, sebelum kelahiran Nur Shahira, isteri saya hamil anak sulung tetapi malangnya tidak cukup bulan.

Sedih mengenangkan saat kehilangan anak sulung. Namun, kehadiran Nur Shahira mengubat kedukaan. Biarpun Nur Shahira lahir ketika berusia tujuh bulan dalam kandungan, saya bersyukur anak saya itu sihat dan sempurna.

Bagaimana anda mengurus anak-anak kerana masing-masing bekerja?

Saya bersyukur memiliki seorang pengasuh yang cukup prihatin. Beliau banyak membantu kerana kami tidak sempurna. Pengasuh anak saya juga mengambil berat dan memahami kekurangan diri saya dan isteri.

Boleh ceritakan rutin harian anda?

Saya dan isteri akan bangun seawal jam 5.30 pagi. Kami akan menghantar anak-anak kepada pengasuh seawal jam 6.15 pagi sebelum menaiki tren LRT Salak Selatan menuju ke Masjid Jamek.

Isteri saya kemudian pergi ke sekolahnya manakala saya bertukar tren menuju ke Kuala Lumpur City Centre (KLCC). Saya tiba di pejabat awal dan menikmati sarapan pagi sebelum memulakan kerja di pejabat pada jam 9 pagi.

Kelazimannya, jika tidak bersenam atau berjogging di Taman KLCC pada sebelah petang, saya pulang ke rumah untuk bersama anak-anak. Sebelah malam dihabiskan bersama isteri dan anak-anak.

Nampaknya ada aktif bersukan. Apakah ini hobi anda?

Jika bercerita soal minat dan hobi, saya menggemari sukan permotoran. Tetapi apa daya, saya tidak mampu menyertai bidang ini. Ketika bujang, saya aktif dalam sukan olahraga. Malah, saya pernah mewakili Kuala Lumpur bagi sukan OKU bagi acara larian 100 meter dan 200 meter.

Saya juga pernah menyertai maraton sejauh 10 kilometer. Adalah menjadi impian saya untuk menyertai acara maraton sejauh 40 kilometer pada masa depan.

Bagi anda, apa agaknya ciri-ciri bapa ideal?

Pertama, bapa ideal perlulah beriman kepada Allah. Kedua, meletakkan anak-anak sebagai rakan yang mampu berkongsi suka dan duka. Ketiga, kasih dan sayang haruslah dipupuk sejak mereka kecil lagi.

Bagi saya, hubungan erat yang dipupuk sejak anak masih kecil menjamin kemesraan pada kemudian hari.

Bercerita mengenai Hari Bapa, siapa agaknya tokoh lelaki idola anda?

Idola saya, tidak lain tidak bukan, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau menjadi idola saya sejak di bangku sekolah rendah lagi. Saya teringin bertemunya tetapi masih belum berkesempatan.

Anda merancang menyambut Hari Bapa bersama keluarga?

Belum merancang lagi... Lagipun anak-anak masih kecil dan tidak mengerti. Mungkin saya menghabiskan masa di rumah bersama isteri dan anak-anak saja.

Semangat kental anda dilihat menutup semua kelemahan diri. Apa harapan anda untuk masa depan?

Tiada yang lebih menggembirakan daripada melihat anak-anak membesar menjadi masyarakat berguna kepada bangsa, agama dan negara.

Sebolehnya, saya mahu melihat mereka berjaya dalam bidang akademik kerana tiada apa yang boleh mengubah nasib seseorang melainkan pendidikannya.

- terasa sayu membaca kisah ini..kita yang sempurna sepatutnya bersyukur sangat2..sebab tu aku selalu berpesan kepada diri sendiri bahawa sekiranya kita merasakan diri kita susah..sebenarnya ramai lagi insan lain di dunia ini yang merasa dugaan yang lebih perit..sekiranya kita ditimpa ujian..bersyukurlah..kerana setiap dugaan allah itu akan menghapuskan dosa-dosa kecil..sekiranya kita bersyukur..wallahualam..

Thursday, June 18, 2009

Ronaldo 'Raja Gaji'



Cristiano Ronaldo


MADRID - Cristiano Ronaldo bakal menjadi penerima gaji tertinggi dengan bayaran 13 juta euro (RM63.7 juta) setahun, sebaik perpindahan dari Manchester United ke Real Madrid selesai, lapor akhbar Marca semalam.

Pemain Terbaik Dunia itu juga sudah melakar sejarah bola sepak dengan bakal menjadi pemain termahal dunia selepas United bersetuju menjualnya ke Real menerusi rekod 94 juta euro (RM451.5 juta).

Menurut Marca, perjanjian Ronaldo bakal menjadikan dia 'Raja Gaji' yang baru, mengatasi rekod Zlatan Ibrahimovic yang menerima bayaran 12 juta euro (RM58.7 juta) dari kelab Itali, Inter Milan.

Bayaran yang diperoleh bintang muda berusia 24 tahun itu di Old Trafford ketika ini adalah 7.5 juta euro (RM36.8 juta) setahun.

Di Real, gaji bersihnya (selepas ditolak cukai) dilaporkan sebanyak 9 juta euro (RM44 juta), jauh lebih tinggi daripada yang dinikmati oleh penyerang veteran, Raul - 6 juta euro (RM29.3 juta).

Menurut penasihat kewangan Ernst and Young, pemain-pemain bola sepak di Sepanyol menikmati cukai istimewa, di mana mereka hanya perlu membayar 24 peratus cukai pendapatan berbanding 43 peratus yang perlu dibayar pemain Eropah lain.

Sementara itu pengerusi Real, Florentino Perez memberitahu akhbar harian Publico bahawa wang yang dibelanjakan untuk membeli Ronaldo dan bintang Brazil, Kaka dari AC Milan merupakan satu 'pelaburan' yang bakal membawa pulangan besar.

Jelas Perez, gergasi bola sepak Sepanyol itu dijangka menikmati keuntungan sehingga 400 juta euro (RM1.96 bilion) dengan memiliki kedua-dua pemain dalam skuad.

Bank Portugal, Espirito Santo antara syarikat korporat terawal menunjukkan respons dengan kemasukan Ronaldo di Real apabila membeli iklan muka penuh dalam Marca, yang menunjukkan pemain itu tersenyum sambil membawa beg tangan. Di bawah gambarnya pula tertera keterangan "Di sinilah wang saya disimpan". - AFP

- malas nak ulas..apa pun aku memang suka tengok gaji orang..heheh

Tuesday, June 16, 2009

Kisah Seorang Guru (2)



Ingat lagi tak dengan kisah seorang sahabat aku di daerah pedalaman tambunan. Kalau tak ingat sila klik **sini.

Sebelum ni aku dah berjanji akan mempublishkan imej2 foto yang sempat dirakamkan dalam kunjungan untuk menyaksikan sendiri betapa kepayahan dan ketabahan golongan pendidik yang berkhidmat jauh di kawasan pedalaman.

Tujuan foto2 ini dipublish bukanlah dengan niat untuk mengaibkan sesiapa tetapi sekadar memberikan gambaran bagaimana insan2 gigih ini menabur bakti yang pastinya tidak semua di antara kita sanggup.

Oleh itu, dengarlah rintihan hati kecil mereka ini. Bila aku tanya Eng (rahim-nama panggilan di uum dulu) apa yg dia nak, jawapannya dia cuma nak jalan masuk di turap agar kereta dapat masuk dan jimatkan masa perjalanan. tapi ntah la eng oii.. jalan kampung aku pun 52 taun merdeka tak berturap..heheh

Sebab itu kalau kita rasa dah cukup susah dan kadang2 naik meluat dengan kerja kita sehari2, fikirkan pula orang lain yang bertugas dengan penuh kepayahan..dan semoga menghargai sedikit kesenangan yg kita nikmati hari ini..at least walaupun jalan kampung aku tak berturap tar, ditaruk pasir dan dibuat levelling supaya rata..kalau jalan macam kat bawah tu alamat raya duk kat rumah je la..

Align Center
tandas guru

pemandangan hadapan rumah guru



tangga naik ke rumah


tengok dapuq kayu ni yang aku tak tahan..


aktiviti malam..main gitar kapok je la..

kesemua guru2..encik selvester, encik razaleh, encik abdul rahim, encik azman dan encik edmund

di hadapan bangunan sekolah..



keadaan jalan masuk


bilik mandi guru


macam ni lah dinding rumah eng, pakai kulit pokok je


memang klasik..iron chef pun surrender..


bilik ayaq..ada sapa2 nak sponsor tile ke?


sanggup ke korang guna bilik ni..???


dinding rumah..ada sapa2 nak wat wallpaper pakai kertas a4?


dalam perjalanan ke sekolah..


gambar semua murid..

dari kiri belakang:

alovial, sabrina, teckla, jeniffer

dari tengah:

amalvie, echaries, herman, maxjelson, edson

dari kiri depan:

deborah, bonnieventure, jesslyn


- all the best to all of you...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...