terima kasih buat kalian semua..

Monday, July 27, 2009

Makan di hotel..halal ker..????

APABILA sesebuah restoran menampal logo halal, lazimnya umat Islam tidak ragu-ragu untuk menjamu selera. Jika ia makanan berbungkus, logo halal itu menghilangkan perasaan was-was. Tanda halal adalah lesen kepada umat Islam untuk menggunakan produk atau makanan yang dijual. Umumnya, pengusaha menghormati umat Islam yang menjadi pengguna produk atau perkhidmatan mereka. Pendedahan mengenai 50,000 restoran mempamerkan sijil halal palsu, baru-baru ini amat mengejutkan. Ada juga laporan menyebut hanya 170 dapur di lebih 2,000 hotel, termasuk hotel bajet di seluruh negara mempunyai pensijilan halal. Ini bermakna, sebilangan besar dapur berkenaan tidak mendapat sijil. Daripada jumlah itu, hanya 15 sijil halal dikeluarkan kepada hotel bertaraf lima bintang, 23 di hotel empat bintang, 101 di hotel tiga bintang dan 14 di hotel dua bintang. Persoalannya, apakah pengusahanya tidak mengemukakan permohonan atau dapur itu tidak diberi kelulusan kerana ia turut digunakan untuk memasak makanan yang meragukan dari segi halalnya untuk sajian umat Islam.

Berasaskan kepada penekanan yang diberikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berhubung isu halal ini, percubaan menipu ini tidak sepatutnya berlaku. Ada juga pengusaha restoran bukan Islam memilih membeli sijil halal palsu dan tidak diiktiraf pada harga tertentu. Mereka sanggup berbuat demikian untuk mengelak daripada terikat kepada syarat serta prosedur pensijilan halal. Tindakan mereka ini menghilangkan keyakinan umat Islam terhadap restoran berkenaan. Sekiranya memenuhi syarat yang ditetapkan dan yakin terhadap makanan yang mereka sediakan, tidak ada sebab untuk membeli sijil palsu. Pengusaha bukan Islam tidak seharusnya terus menerus mahu memperdayakan pengguna Islam, sebaliknya pengguna Islam pula jangan ambil mudah dan percaya setiap restoran itu mempunyai kelulusan sijil halal. Kita menasihatkan pengusaha hotel dan restoran, khasnya yang belum mempunyai sijil halal, mengemukakan permohonan jika mahu menarik kunjungan pelanggan di kalangan umat Islam.

- hmm, buat mereka2 yang selalu outstation dan lepak hotel..tambah bila nak ramadhan ni nak bukak posa di hotel sampai nak kene que berebut2..kene booking in advance..dah jadi culture utk muslim di malaysia untuk berbuka di hotel..samada yg mewah atau sederhana..tapi aku bukan nak mengarut pasal soal membazir..yg tu kita cita lenkali..ni pasal makanan yg kita makan..halal ke berbuka di hotel? ngeri bila dengaq cuma 15 buah hotel 5 bintang je yg ada sijil halal..

hmm elok sangat la tue..dah penat berpuasa sepanjang hari..tapi akhirnya berbuka dengan makanan yg diragui halalan toyyiba nya..seperti yg kita tahu kebanyakan pekerja masakan di hotel bukannya beragama islam..sejauh mana mereka ini faham tentang hukum halal..

kebanyakan mereka hanya memahami halal bererti tidak makan babi dan minum alkohol..tetapi mereka tetap menggunakan kuali yg sama untuk memasak..dan juga menggunakan alkohol dalam masakan..sememangnya keperluan kitchen halal adalah keutamaan kerana hotel adalah tempat kunjungan semua orang..sebagai negara islam adalah keperluan untuk kerajaan mewajibkan sijil halal untuk semua hotel..wallahuaklam..

Tuesday, July 21, 2009

Gambaran tentang malaikat


GAMBARAN fizikal mengenai Malaikat Jibrail? Dikatakan malaikat itu mempunyai enam ratus sayap, yang luas dan lebar sayapnya itu mampu menjangkau dari kedudukan masyrik sehingga ke maghrib (Barat ke Timur) dan mengenakan busana kebesaran rona putih laksana mutiara yang dilarutkan dengan rupa yang elok dan menawan. Apabila bercakap mengenai kekuatan, Malaikat Jibrail mempunyai kekuatan yang sangat luar biasa dahsyat dan penuh mukjizat!

Maklumat gambaran itu diambil dari laman Wikipedia sebagai cuba memenuhi permintaan pembaca ruangan ini yang mahukan Malaikat Jibrail, yang tugasnya menyampaikan wahyu kepada nabi-nabi, dapat diberi gambaran dengan lebih jelas.

Namun begitu tanpa ada dukungan daripada mana-mana nas atau dalil, gambaran seperti yang diceritakan itu tentunya jauh daripada kesahihan.

Begitupun dalam sebuah hadis ada disebutkan sedikit mengenai gambaran fizikal malaikat itu, iaitu malaikat Jibrail. Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: "Aku pernah berpeluang bertemu dengan salah seorang malaikat yang membawakan risalah wahyu untukku. Dan aku dapati jarak antara cuping telinga dan bahunya sahaja adalah bersamaan dengan jarak perjalanan yang sejauh 700 tahun lamanya". (riwayat Abu Daud)

Maka, terpulang bagaimana kesemua gambaran fizikal ini dapat kita terima. Apa yang pasti malaikat berbeza ciptaannya dan ciptaannya pasti penuh dengan kehebatan yang sukar digambarkan oleh kata-kata mahupun lakaran lukisan.

Bagi sesetengah kita, gambaran fizikal mengenai malaikat ini penting untuk dikaji dan diketahui. Ini apabila tiada ilmu mengenai itu, maka kita terutama di kalangan anak-anak mungkin mudah terpengaruh dengan pelbagai gambaran mengenai rupa bentuk malaikat, mengikut sesetengah pandangan, walaupun kita tahu semua itu adalah tidak benar.

Ini termasuk yang terpengaruh akibat membaca kisah-kisah penglipurlara misalnya, malaikat digambarkan sebagai kuasa baik (kerana adanya kuasa-kuasa jahat), mempunyai imej seperti hologram dan pelbagai gambaran ilusi yang lain. Malah ada yang dapat 'menerima' apabila malaikat digambarkan sebagai bayi yang comel, gebu dan sihat serta bersayap dan juga lelaki atau perempuan muda berjubah putih dan terdapat lingkaran putih (Halo) di atas kepala dan juga bersayap di belakang mereka.

Namun sebagai umat Islam mempercayai mengenai kewujudan para malaikat adalah menjadi satu kemestian. Ini sebagaimana yang terkandung dalam Rukun Iman yang lima walaupun kita tidak dapat melihatnya.

Namun kita tahu malaikat itu wujud sebagaimana ada tugas-tugas mereka menanti masa dan waktu sahaja untuk dilaksanakan hatta sehingga pada Hari Kiamat sekalipun.

Begitupun mempercayai secara kosong sahaja mampu menjejaskan keimanan seseorang itu kelak. Ini kerana dipercayai kepercayaan yang ada, tidak lebih hanya di peringkat asas sahaja iaitu sebagaimana yang diajar semasa kecil atau pendidikan di peringkat rendah dalam ruang lingkup yang sempit atau tidak meluas.

Oleh itu, kepercayaan berlandaskan ilmu atau daripada ilmu yang sentiasa digali pasti dapat meningkatkan lagi makam keimanan setiap individu Muslim itu.

Persoalan tentang malaikat

Ini kerana yang penting, kita mampu menjawab pelbagai persoalan mengenai malaikat. Ini termasuklah apabila dalam agama-agama lain, penganutnya juga percaya agama mereka turut dikuatkan dengan unsur malaikat.

Jadi bagaimana anda dapat menjawab persoalan mengenai malaikat dari perbezaan sudut agama yang berbeza dan seterusnya mengangkat kedudukan malaikat dalam Islam itu melebihi daripada segala-gala kepercayaan kepada unsur yang sama ini.

Perkataan Malaikat merupakan perkataan Arab (yang dibaca: malaa-ikah) iaitu jamak daripada perkataan asalnya iaitu Malak bererti kekuatan.

Maka dari aspek lughah itu dapatlah kita kaitkan bahawa barisan para malaikat merupakan kekuatan-kekuatan yang sangat patuh kepada perintah dan suruhan Allah.

Adakah kekuatan itu berpunca daripada unsur penciptaan malaikat itu sendiri? Wallahu 'alam, Allah jua lebih tahu termasuk jumlah sebenar malaikat yang dikatakan beratus ribu bilangannya diciptakan oleh Allah.

Namun, yang jelas kesemua barisan malaikat ini diciptakan oleh Allah dari cahaya (nur). Ini sebagaimana hadis Rasulullah yang menyebut; Malaikat telah diciptakan daripada cahaya. (riwayat Muslim).

Begitupun, jangan sama sekali kita mengambil kesimpulan bahawa malaikat itu adalah sejenis makhluk halus pula. Iaitu sebaris dengan makhluk-makhluk halus ciptaan Allah yang lain termasuk syaitan, jin dan sebagainya.

Malaikat bukan sejenis makhluk halus kerana tidak sahaja kerana kemuliaan kejadiannya tetapi yang penting malaikat merupakan satu-satunya makhluk yang tugasnya hanya menyembah Allah, taat kepada segala tugas dan perintah-Nya dan mereka tidak pernah berdosa (tidak ada malaikat baik atau malaikat yang jahat - yang sering kali dikatakan malaikat jahat itu adalah iblis). Lalu bandingkan mereka dengan makhluk halus yang lain, adakah wajar bagi malaikat mempunyai kedudukan yang sama seperti syaitan, jin, hantu dan sebagainya itu?

"Ingatlah segala yang ada di langit dan di bumi adalah milik kepunyaan Allah jua. Malaikat-malaikat yang ada di sisi-Nya tidak membesarkan diri untuk beribadat kepada Allah dan tidak pula mereka merasa penat dan letih. Mereka selalu bertasbih siang dan malam dengan tidak berhenti-henti." (al-Anbiya': 19-20)

Tetapi bolehkah kita katakan malaikat itu sebagai makhluk ghaib? Hanya, jika kita maksudkan malaikat itu ghaib kerana kita tidak dapat melihat, mendengar, meraba dan menciumnya (bau) dengan lain perkataan, kita tidak dapat menghampiri malaikat itu melalui pancaindera yang lima.

Ciptaan Allah

Tetapi apabila memahami bahawa malaikat itu ciptaan Allah yang begitu hebat, dalam jumlah yang tidak diketahui itu, dengan pelbagai tugas dan keupayaan mereka yang tersendiri tidak bermakna ada kelemahan di sisi tuhan sehingga menyebabkan adanya pembantu seperti yang dilakukan oleh para malaikat.

Allah sebenarnya tidak perlukan apa pun ciptaan termasuk malaikat ini tetapi dengan mempunyai pengetahuan dan kepercayaan terhadap apa juga yang menjadi ciptaan tuhan tidakkah itu semua bagi menggambarkan kekuasaan Dia Yang Maha Agung? Untuk menciptakan apa sahaja yang disukaiNya. Malah dengan kehebatan ciptaan-ciptaannya itu adalah menjadi satu bukti yang jelas kepada kebesaran dan keagungan Maha Kuasa itu.

Walaupun disebutkan manusia tidak dapat melihat malaikat namun ada hakikat yang jelas yang kita tidak mampu untuk menafikannya, malaikat pernah ditemui oleh para nabi.

Ini termasuk Nabi Muhammad iaitu dalam bentuk manusia lelaki walaupun kita tahu bahawa malaikat itu tidak mempunyai jantina tertentu sama ada lelaki atau perempuan.

Namun jangan lupa juga malaikat boleh menjelmakan dirinya di hadapan manusia itu sendiri. Ini sebagaimana yang dialami oleh ibu Nabi Isa a.s, Siti Maryam bagi memberitahu bahawa beliau bakal mengandung atau hamil seorang anak lelaki suci (bakal menjadi nabi).

"Maka dia (Siti Maryam) membuat tabir untuk melindungi dirinya daripada mereka. Lalu Kami menghantarkan kepadanya roh Kami (Malaikat Jibrail) yang dijelmakan sebagai seorang lelaki yang sempurna bentuk kejadiannya. (Maryam: 17).

Malaikat yang dimaksudkan menerusi ayat itu merupakan malaikat Jibrail itu sendiri, iaitu antara 10 malaikat yang wajib diketahui dan dipercayai oleh umat Islam.

Bercerita lanjut mengenai malaikat Jibrail ini, malaikat ini ada disebut sebanyak dua kali dalam al-Quran, iaitu dalam surah al-Baqarah (ayat 97-98) dan surah at-Tahrim (ayat 4).

Sesiapa memusuhi Allah (dengan mengingkari segala petunjuk dan perintah-Nya) malaikat-malaikat-Nya dan rasul-rasul-Nya khususnya malaikat Jibrail dan Mikail maka sesungguhnya Allah adalah musuh bagi orang yang kafir. (al-Baqarah: 98)

Sebagaimana yang dikisahkan sebelum ini pertemuan Nabi Muhammad dengan malaikat itu di Gua Hira' bagi bermulanya lembaran baru untuk baginda memulakan penyebaran dan dakwah Islamiah kepada penduduk Arab yang telah sekian lama tersesat dan perlu dikembalikan ke pangkal jalan.

Namun bagi Nabi Muhammad dan isterinya, Siti Khadijah masih dalam keraguan benarkah yang 'menyapa' baginda di Gua Hira itu benar-benar malaikat Jibrail? Benarkah melalui Jibrail itu ada perintah yang mesti diterima oleh baginda?

"Demi Maha Kudus Dia, Demi Maha Kudus Dia. Itulah Namus Besar yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Musa. Alangkah baiknya kalau aku masih muda, alangkah baiknya jika aku masih hidup ketika kaummu mengusirmu.

"Kalaulah aku masih ada hari engkau mengalaminya, pasti akanku tolong engkau dengan bersungguh-sungguh,"

Kata-kata itu adalah dari bapa saudara Siti Khadijah, Warakah bin Naufal sebagai seorang penganut agama Nasrani yang sangat mengetahui mengenai isi kandungan Kitab Injil.

Kata-katanya itu sebagai mengesahkan mengenai kehadiran malaikat Jibrail dan kebenaran 'berita' yang dibawa oleh Namus itu.

Namus Besar (an-Namus'l-akbar) itu tidak diberikan pengertian tertentu oleh Haekal. Namun beliau menyebut mengikut Orientalis, Montgomery Watt, Namus diambil dari perkataan Yunani, iaitu "Nomos" bererti undang-undang atau kitab Suci yang diwahyukan. Namun bukan dimaksudkan sebagai al-Quran.

Friday, July 17, 2009

"Untuk pengguna motorsikal di Jambatan Pulau pinang.."

"Pengguna tidak setuju..."


Pengumuman kerajaan untuk menaikkan kadar tambang bagi pengangkutan awam bermula 1 Ogos ini menimbulkan keresahan di kalangan orang ramai.

Pelayan restoran, Mohd. Hadi Mohd. Surajin, 18, berkata, kenaikan tambang pengangkutan awam terutama bas dan teksi itu adalah tidak wajar.

‘‘Tindakan tersebut tidak patut dilakukan kerana akan menyusahkan orang awam seperti saya yang kekurangan daripada segi kewangan,’’ katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pelajar institut pengajian tinggi (IPT) yang dikenali sebagai Rajakobal, 19, pengumuman tersebut bukan berita yang gembira dan mahu didengar oleh rakyat.

‘‘Kenaikan tambang pengangkutan awam akan menyebabkan masyarakat berasa susah dan sedikit tertekan.

‘‘Kadar sedia ada sudah baik dan tidak perlu dinaikkan lagi,’’ katanya.

Rakannya, Suresh Jeeva, 19, juga bersetuju dengan pendapat tersebut.

‘‘Jika tambang naik susah bagi kami untuk pergi ke tempat pengajian kerana kami bergantung pada pengangkutan awam sepenuhnya,’’ katanya.

Seorang lagi pelajar IPT, Juliana Ibrahimi Husaimi, 19, berkata, dia tidak setuju dengan kenaikan tersebut kerana menyukarkan kehidupannya sebagai seorang pelajar.

‘‘Sebagai pelajar, saya perlukan wang untuk membeli buku-buku rujukan dan kenaikan tambang ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi wang pengajian saya,’’ katanya.

Dalam pada itu, seorang jurujual, Ivan Pius, 25, berkata, tindakan tersebut keterlaluan kerana kos hidupnya bakal meningkat kerana kenaikan tambang tersebut.

‘‘Kalau harga minyak naik 10 sen pun orang ramai sudah bising. Inikan pula tambang bas dan teksi yang naik, mesti orang lagi tidak setuju,’’ katanya.

Bagaimanapun menurut seorang Pereka grafik, Farid Hashim, 28, tindakan kerajaan menaikkan tambang pengangkutan awam itu wajar dilakukan.

- mana ada orang yang nak setuju..bagi kenaikan tambang teksi, biarkanlah..kita cubalah beralih guna pengangkutan awam lain..stigma sebelum ini pun bahawa org yang naik teksi ini orang berduit..kita gunakanlah alternatif yang ada..kalau di kl tu bermacam2 yang ada dari lrt sampailah ke monorel..biarlah org mengadu komuter lembab..mungkin itulah harga masa yg perlu dibayar bagi yg tidak mampu..

cuma yang mungkin agak membebankan ialah tambang bas yang dinaikkan..ini kita kurang pilihan..bas merupakan kaedah pengangkutan antara bandar yang termudah dan termurah..berbanding mereka yang mampu naik kapalterbang..selama kerajaan tidak naikkan tarif ini pun sememangnya harga tiket tidak seragam..berbeza mengikut syarikat bas..yang boleh dikatakan seragam hanya beberapa nama besar seperti MaraLiner, Konsortium dan Transnasional..

pergilah menjengah ke puduraya, harganya cacamarba..tiket ulat masih melambak..naik bas sampai sejam tapi bas masih tak jalan sebab xcukup penumpang..dah beli tiket bas, naik bas ditukar lagi tiket yg lebih murah..mustahillah penguatkuasa tak tahu benda ni..buatlah kenaikan sebanyak mana pun..penguatkuasaan tiada..rakyat hanya mampu menelan liur sahaja..

kadar baru tarif elektrik juga dikhabarkan hari ini sudah siap kajiannya dan akan diumumkan tidak lama lagi..sama2lah kita tunggu...

George Lucas terkaya di Hollywood


George Lucas yang mengetengahkan filem Star Wars menduduki tangga teratas orang berpendapatan tinggi di Hollywood, semalam dengan pendapatan dianggarkan bernilai AS$170 juta (RM608 juta) setahun, selepas filem blokbuster Indiana Jones yang keempat ditayangkan di pawagam.

Pengarah filem Indiana Jones and the Kingdom of the Crystal Skull Steven Spielberg pula menduduki tempat kedua selepas meraih kira-kira AS$150 juta (RM536 juta) antara Jun 2008 hingga Jun 2009, menurut laman web Forbes.com.

Walaupun mendapat kritikan, filem Indiana Jones itu telah meraih kutipan pendapatan berjumlah AS$786 juta (RM2,806 juta) menerusi tayangannya di seluruh dunia.

Secara keseluruhan, senarai laman web Forbes dikuasai oleh orang yang berada di belakang layar berbanding bintang-bintang filem terkemuka, dan penerbit siri televisyen (TV) kesukaan ramai seperti CSI, The Amazing Race dan Cold Case.

Sementara itu, Jerry Bruckheimer disenaraikan sebagai orang ketiga meraih pendapatan tertinggi bernilai kira-kira AS$100 juta (RM357 juta).

"Bintang-bintang Hollywood hanya dapat menghiasi muka hadapan majalah-majalah dan pereka fesyen menggayakan mereka dengan pakaian percuma, tetapi penerbit yang meraih keuntungan lumayan," kata laman web Forbes.com.

Laman web Forbes.com mengumpulkan senarai orang pendapatan tertinggi yang terlibat dalam industri seni termasuk penerbit, pelakon, penulis, ahli muzik serta personaliti TV dan kemudian berbincang dengan penggiat di Hollywood untuk mengganggarkan pendapatan penggiat-penggiat seni dalam tempoh 12 bulan lalu.

Pelakon komedi, Jerry Seinfeld pula menduduki tempat keempat dengan pendapatan bernilai AS$85 juta (RM303.4 juta), sebahagian besar daripada hasil hak ciptanya menerbitkan drama TV, Seinfeld sejak 10 tahun lalu, selepas tayangan drama itu berakhir dan juga daripada satu siri iklan Microsoft yang diciptanya.

Di tempat kelima, ahli psikologi TV, Dr. Phil McGraw membuktikan bahawa nasihat juga mampu memperolehi bayaran tinggi menerusi rancangan TV miliknya, buku-buku dan ceramah-ceramah yang banyak membantu beliau meraih pendapatan kira-kira AS$80 juta (RM285.7 juta) pada tahun lepas.

Hakim American Idol dan penerbit rancangan, Simon Cowell meraih sekitar AS$75 juta (RM267.7 juta), bersama-sama dengan penerbit TV, Dick Wolf dan penerbit filem, Tyler Perry.

Thursday, July 16, 2009

Syarikat konsesi tol perlu secara sukarela bantu ringan beban pengguna

UNTUK jangka masa panjang, pengguna lebuh raya di Semenanjung mungkin mendapat berita lebih baik mengenai isu tol. Kerajaan, menerusi Unit Perancangan Ekonomi (EPU), sedang membuat kajian menyeluruh mengenai isu itu. Setakat ini kaedah yang akan digunakan belum dapat dipastikan, sama ada kerajaan akan mengambil alih syarikat konsesi tol dan dijadikan syarikat persendirian atau pendekatan lain, bagi menyelesaikan isu kenaikan tol. Buat masa ini semakan kadar tol terpaksa dilakukan setiap tiga tahun seperti termaktub dalam perjanjian konsesi. Keadaan ini sering menimbulkan kemarahan rakyat. Tentunya, tidak ada rakyat yang suka terhadap kenaikan sesuatu barangan, apatah lagi jika alasan kenaikan tidak memuaskan hati rakyat. Namun, sebagai langkah sementara, kerajaan memberi rebat 20 peratus yang akan dinikmati kira-kira 85,000 pengguna lebuh raya kelas satu yang membayar tol 80 kali atau lebih sebulan, merangkumi semua laluan lebuh raya di seluruh Semenanjung mulai Oktober depan. Pembayaran diskaun itu akan dibuat dalam bentuk nilai-tambah Touch n' Go atau Smart Tag yang dikredit ke dalam kad berkenaan. Kerajaan pula terpaksa memperuntukkan RM61 juta untuk menampung pembayaran rebat itu. Mungkin ada pihak yang bertanya mengapa kerajaan harus mengeluarkan belanja sedangkan kutipan tol dibuat oleh syarikat konsesi. Seperti diketahui, kerajaan dan syarikat konsesi ini mempunyai perjanjian yang termaktub. Jika kerajaan tidak meluluskan cadangan kenaikan tol setiap tiga tahun, ia terpaksa membayar pampasan pada kadar jumlah yang tinggi.

Memang menjadi harapan semua supaya kandungan perjanjian itu dikaji semula supaya ia tidak terlalu membebankan kerajaan dan rakyat sebagai pengguna lebuh raya, sedangkan syarikat konsesi mendapat keuntungan banyak setiap tiga tahun. Biarlah isu ini diteliti lanjut oleh EPU dengan mengambil kira pelbagai faktor dan keadaan semasa. Pemberian rebat 20 peratus itu adalah antara 11 hadiah mesra rakyat yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Sabtu lalu, sempena sambutan 100 hari sebagai Perdana Menteri. Langkah berkenaan bertujuan mengurangkan beban rakyat yang terpaksa membayar tol yang tinggi setiap hari. Setakat ini kita tidak mendengar lagi apakah syarikat konsesi secara sukarela sanggup menambahkan rebat, katakan lima atau 10 peratus lagi sebagai tambahan kepada 20 peratus ini. Jika syarikat konsesi berbuat demikian, maka ia akan menggalakkan lebih ramai pengguna lebuh raya memilih laluan lebuh raya dikendalikan syarikat itu. Misalnya, pekerja pejabat menggunakan laluan tetap yang sama setiap hari dan mereka ini bekerja sekitar 20 hingga 25 hari sebulan. Ini bermakna dalam sebulan, cuma 40 hingga 50 kali mereka melalui jalan bertol dan untuk menikmati rebat memerlukan mereka lebih kerap seperti ke pusat beli-belah di laluan bertol ke pusat bandar atau balik kampung pada hujung minggu. Di sinilah syarikat konsesi boleh mengambil kesempatan untuk menarik pengguna. Malah, sudah tiba masanya juga kadar harga Smart Tag dikurangkan lagi kerana pemberian rebat itu cuma untuk laluan elektronik dan begitu juga promosi jualan Touch n’ Go.

- bukan niat aku untuk tidak bersetuju tetapi pada pandangan peribadi rasanya kurang praktikal jika betul2 mahu membantu mengurangkan beban rakyat..berapa ramai yang guna tol sampai 80 kali sebulan? terlalu tinggi..macam tak mau bagi je aku rasa rebet 20% tu..kalau nak bagi tu, bagi lah secara adil..yg semua org dapat merasa..mana ada org yg sukarela nak bayar tol mahal..semua org nak bayar kurang..plus perlulah bertanggungjawab sosial membantu ketika rakyat susah..kos membangunkan lebuhraya juga dibuat menggunakan pinjaman kerajaan..apa pinjaman kerajaan ini..wang rakyat marhain jugak..apalah salahnya membantu ketika rakyat susah..lagipun plus belum pernah rugi lagi..sepatutnya GLC ini tugasnya membantu rakyat bukannya mengenyangkan perut..nampaknya hasrat kerajaan memudahkan rakyat melalui penswastaan akhirnya membebankan semula rakyat..dengan berlindung disebalik perjanjian konsesi..

aku tak mau mintak banyak..cukuplah sekadar rebet ini diberi pada semua rakyat tak kira yg pakai banyak atau yg kurang..bagi aku di sabah ni..perelokkan lah keadaaan jalan di sini..banyak jalan2 yg runtuh di sebelah tepi tapi dibiarkan macam tu saja ntah utk berapa lama..sekadar letak tong dram dan amaran tanah runtuh je..berlaku adillah pada pengundi dan pembayar cukai..

satu perkara yang aku takkan berenti tuntut ialah untuk menurap jalan kampung parit tok ngah, parit buntar, perak yang masih belum diturap sepenuhnya walaupun 52 tahun merdeka..cakaplah segala janji pembangunan..pakej ransangan atau apa sekalipun..telinga aku akan rasa pekak dan muak mendengar semua janji..kalau setakat nak turap jalan 500 meter pun tak mampu..

Friday, July 10, 2009

Pi pee Es Em Ai

AGAK terkejut dan sedih juga apabila PPSMI akan dimansuhkan mulai 2012. Alasannya kerana ramai murid jadi lembap dalam Matematik dan Sains kerana tidak faham bahasa Inggeris. Tapi adakah yang membangkang sebelum ini merupakan murid-murid atau ibu bapa mereka? Yang berpiket, bersyarah semuanya yang sudah habis belajar, tidak nampak pun murid-murid yang piket dan angkat kain rentang menentang PPSMI.

Yang belajar murid-murid ini, tapi kenapa murid-murid tua pula yang bantah? Kasihan kepada murid-murid ini nanti, begitu juga guru-guru yang telah dilatih dan dibayar elaun mengajar Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris.

Dikhabarkan dengan pemansuhan ini maka pengajaran Matematik dan Sains akan diajar dalam bahasa ibunda semula. Maka orang Melayu akan diajar dalam bahasa Malaysia, orang Cina dalam bahasa Mandarin dan orang India dalam bahasa Tamil.

Saya hairan, bukankah setiap kali keputusan peperiksaan UPSR, PMR dan SPM diumumkan, diberitahu bahawa pencapaian murid-murid dalam kes PPSMI ini bertambah baik? Tiba-tiba dimansuhkan pula?

Tapi apa pun ia sudah diumumkan untuk dimansuhkan pada 2012. Boleh diubahkah? Kalau tidak dimansuhkan alangkah baiknya.

Tapi yang pasti murid-murid tidak akan membantah kerana mereka tidak mengerti tujuan dibuat sesuatu polisi. Mereka itu hanya perlu belajar, jadi apa saja akan diikuti tanpa merungut.

ALCIHNOST@YAHOO.COM

Butterworth

- aku berpandangan sebaliknya dengan surat ni..aku tak setuju ppsmi ni..ye la cthnya kalau aku nak belajar bahsa jepun..xkan aku nak kena masuk kelas belajar math pulak dalam bahsa jepun..dah tentu aku akan masuk kelas bahsa inggeris..cuma surat kiriman ni aku petik sebab apa yg dihebahka di media tak sama macam kenyataan tpm semalam..selama ni diuar2kan bila setiap keputusan upsr diumumkan, semuanya peningkatan..xdak pun aku dengaq berita pasai penurunan..alih2 bila dimansuhkan semalam, keluar la bermacam2 statistik di tv dan akhbar bagi menggambarkan selama ini bahawa sistem bermasalah..kalau boleh semua org kena la jujur dalam memperkatakan sesuatu itu..jgn cuba sorokkan fakta kebenaran dengan berselindung disebalik statistik yg molek2..ceritakan lah benda yg benar..itu sahaja yg marhain mahukan..

Tarian sekampung..

Wednesday, July 8, 2009

'Nasi Beratur' pilihan pencinta makanan



ORANG ramai sanggup beratur panjang untuk menikmati nasi kandar di 'Restoran Nasi Beratur', bersebelahan Masjid Kapitan Keling, Pulau Pinang.


PULAU PINANG 7 Julai - Rakyat Malaysia sememangnya beruntung kerana negara ini kaya dengan pelbagai juadah yang enak lagi menyelerakan.

Kepelbagaian makanan yang terhasil daripada kreativiti dan skil masyarakat berbilang kaum mencetuskan satu fenomena yang menarik terutamanya kepada 'pencinta makanan'.

Golongan tersebut sanggup menghabiskan wang dan masa mereka tanpa mengira siang atau malam demi merealisasikan 'hobi' mereka itu.

Jika berada di Pulau Mutiara, luangkan sedikit masa untuk mencuba salah satu hidangan nasi kandar yang mendapat sambutan ramai masyarakat di sini.

Tidak susah untuk mencari lokasi restoran tersebut kerana ia hanya terletak di Jalan Masjid Kapitan Keling, betul-betul bersebelahan dengan masjid terkenal itu.

Namun begitu, untuk menikmati hidangan di situ, tahap kesabaran pengunjung haruslah dipertingkatkan kerana mereka perlu beratur dalam barisan panjang untuk memilih lauk-pauk yang berkenan di hati.

Tidak hairanlah kedai makan itu lebih dikenali dengan nama 'Restoran Nasi Beratur' walaupun nama sebenarnya Restoran Liyaqat Ali.

Satu lagi keunikan restoran yang dibuka sejak 65 tahun lalu itu ialah juadahnya hanya boleh didapati dari pukul 10 malam sehingga 9 pagi setiap hari.

Penyelia restoran, Ismail Mohd. Ibrahim berkata, pihaknya memilih waktu operasi itu kerana ramai orang suka makan lewat malam dan awal pagi serta mereka ini pula mahukan lauk-pauk yang baru dimasak.

''Secara purata kami melayani lebih 500 pelanggan sehari yang sukakan nasi kandar kami dengan memilih lauk seperti kari daging, ayam, udang atau sotong.

''Malah, ramai juga pelancong asing yang datang dari Jepun, Australia dan Eropah," katanya di sini baru-baru ini.

Resipi yang dikekalkan sejak dibuka pada 1943 menjadi rahsia keenakan hidangan yang disediakan di Restoran Nasi Beratur.

Selain itu, adunan serta kandungan rempah ratus yang digunakan haruslah tepat dan ia menjadi kepakaran turun-temurun tukang masak di situ.

Pengurusnya, Muhammed Ashiq Sadiqul Ali, 22, berkata, biarpun cara memasak berubah daripada menggunakan dapur kayu kepada dapur moden, namun kandungan rempah serta ramuan yang digunakan terus dikekalkan.

''Kami menggunakan rempah asli dari Pulau Pinang yang diperolehi daripada kedai yang sama sejak turun-temurun untuk membangkitkan aroma masakan di kedai kami.

''Tempurung yang digunakan untuk mencedok nasi juga menjadikan nasi yang dihidangkan harum serta lain daripada kedai lain yang menggunakan piring atau senduk plastik.

''Ramai pelanggan terkejut melihat nasi dicedok menggunakan tempurung tetapi apabila merasai keenakan nasi itu, mereka memuji cara unik kami," katanya ketika ditanya rahsia keenakan hidangan di kedai itu.

Ditanya mengenai lauk yang menjadi pilihan pelanggan, Ashiq berkata, pelanggan sering memilih ayam ros dan daging masak hitam selain kuah yang dicampur antara kari daging dan kari ikan.

''Ketua Menteri Pulau Pinang serta beberapa menteri Kabinet juga pernah menjamu selera di sini serta memuji masakan yang kami sediakan," jelasnya.

Malah ujarnya, ada individu yang sanggup beratur lama untuk membeli sehingga 50 bungkus nasi kandar untuk hidangan majlis kenduri.

Namun begitu, Ashiq berkata, rahsia utama kejayaan Restoran Nasi Beratur ialah mereka tidak pernah lupa memberi sedekah makanan kepada fakir miskin serta menjamu jemaah di masjid berhampiran.

Sementara itu, seorang pelanggan, Jeffrey Khoo, 30, merupakan antara pelanggan setia restoran itu dan datang ke situ setiap hujung minggu.

''Masakan di sini enak dan sesuai untuk dijadikan tempat bertemu rakan-rakan untuk makan malam," katanya.

Haszura Che Ahmad pula memilih kari ayam sebagai hidangan yang membuatkannya sering menjamu selera di situ selain keunikan nasi yang dicedok dengan tempurung kelapa.

''Pada pandangan saya, tidak rugi beratur panjang dan mengambil sedikit masa bagi mendapatkan makanan yang istimewa," tambahnya.

- kalo hampa ada masa hampa pi la..memang sempoi..aku panggei "nasik dinding" sebab dia wat celah2 dinding ja pakai kereta tolak..kari ayam dia memang superb

Rasuah...



sungguh ka ni..ushar sini pulak..

Car Prices In Malaysia


Oleh : Alif H'ng


BMW 535i* sells for *RM178,000 in the US*

In the United States of America (a developed country which we are also
aspiring to become by the year 2020) a 2009 model BMW 535i Sedan is
selling for about USD50,367.00. This is only RM178,000 – about the
price of a Toyota Camry 2.4L here in Malaysia . *The same BMW sells in
Malaysia for about RM450,000.*

*
BMW 328i* sells for *RM155,000 in the US*

The 2009 model BMW 328i 2 door Convertible sells for USD44,014 or
RM155,369.00 in the US . *In Malaysia the same car sells for over
RM460,000.* This is an untenable situation.

*
Audi A4 2.0T Cabriolet Convertible* sells for *RM142,000 in the US*

The 2009 model Audi A4 2 Door 2.0T Cabriolet Convertible sells in the
US for USD40,328.00 or RM142,357. *In Malaysia the same car would sell
for about RM265,000.*

*
VW GTI 2.0T* sells for *RM85,000 in the US*

In the US the 2009 model Volkswagen GTI 2.0T sells for USD 24,039 or
RM85,000 only. *In China* the same car will cost around *RM60,000*. *Over
here the same VW car sells for about RM200,000.*

And the 2010 model *Toyota Camry 2.4L* *sells in the US for USD 19,659.00*
or *RM69,396* *In Malaysia the 2008 Toyota Camry 2.4L sells for
RM170,000. *Toyota Camry 2.4L, 2010 model. RM69,000 in the US
*

Car prices in Malaysia are about three times higher than the prices in
the United States .* We are a developing nation. Our land and labour
costs are so much cheaper than the US . Why are our cars so expensive?
It does not make any sense. Tak masuk akal.

Then here are some car prices from our neighbour Indonesia . The*
Toyota Altis* sells *in Indonesia* for about *RM46,000*. *The same car sells
here for around RM 112,000.* Again we are three times more expensive
than Indonesia .*

The Honda Jazz sells here for RM108,000*.. *In Indonesia* the Jazz sells
for *RM 36,000*. Three times more expensive.

We are paying ridiculously high prices (and actually impoverishing the
Malays – who are the largest buyers of cars in Malaysia) to support an
out of date, out of touch with reality motor car policy.

We are paying the highest car prices in the world to support the
Proton and other locally made cars as well as support a mind boggling
AP policy which only benefits a relatively few rich Malays. A
disproportionately large number of Malays and other Malaysians are
being impoverished to subsidise the wealth of a few inefficient rich.


26 million Malaysians have to pay three times more for their cars just
to support Proton and 120,000 people who are directly and indirectly
involved in the motor sector in Malaysia and the AP holders. That is a
ratio of 216:1.

This ratio of 216:1 is too skewed. 26.0 million happier people can
contribute many more votes than 120,000 members of an inefficient
motor industry. 26 million unhappy people can change a Government.
(The maths is not really difficult here)

And this outdated policy is impoverishing the Malays more than anyone else.

Here is some news from our DPM Tan Sri Muhyudin Yassin about our car
policy. This is truncated:

Muhyiddin assures govt support for automotive parts and component sector

1. KUALA LUMPUR, May 26 — The deputy prime minister said special focus
will be given to “facilitate and encourage” the development of the
automotive parts and component sector despite the current global and
regional economic downturn.

2. “Under the CEPT and Asean Trade in Goods Agreements, Malaysia has
agreed to eliminate import duties on all products in the Normal Track
on January 1, 2010. This includes motor vehicles, auto parts and
components,” he said.

3. He pointed out that . . . the motor vehicle sub sector in Malaysia
will not be directly impacted because of its heavy dependence on the
domestic market.

4. “The Malaysian government recognises the contribution of the
domestic automotive industry towards the development of the country.”


Para 2 sounds promising but then Para 3 and 4 basically says that the
Malaysian motor car industry will continue to be protected. This means
we will continue paying the highest car prices in the world for
automobiles.


Cuba kita kira : kalau kereta Honda Jazz di jual dengan harga yang
sebenarnya (lebih kurang RM36,000 saja) dan bukan pada harga sekarang
(RM108,000) maksudnya bayaran bulanan pembeli kereta akan jadi kurang,
mungkin sepertiga sahaja daripada bayaran bulanan sekarang.


Jika sekarang orang bayar RM1,500 sebulan untuk beli Honda Jazz, kalau
harga kereta lebih menepati harga pasaran dunia, orang kita perlu
bayar sekitar RM500 saja sebulan.


Maksudnya tanpa Kerajaan perlu membuat apa pun (merangsang ekonomi,
belanja berpuluh billion Ringgit duit rakyat untuk stimulus dan
sebagainya) setiap rakyat Malaysia yang membeli kereta yang seharga
dengan Honda Jazz akan dapat menjimatkan sehingga RM1,000 sebulan
daripada kos sara hidup bulanannya.


This is like giving the car buyer an RM1000 pay rise without incurring
any extra costs for the taxpayer, the Government or the economy. It
will greatly reduce the cost of living in Malaysia and spur greater
economic growth too.


*Tapi sekarang, yang menjadi mangsa dulu dan yang menjadi miskin dulu
orang Melayu juga. Orang Melayu yang paling ramai sekali menjadi
pembeli kereta dalam negara kita. Orang Melayu kebanyakannya makan
gaji – tiap bulan dapat gaji tetap. Bila harga kereta naik gila, yang
menjadi miskin di saf depan sekali adalah orang Melayu juga.
*

In absolute numbers, the Malays are suffering the most because they
are the most in number among the fixed income people who also buy
cars.

Some folks said the other day that Proton has 150 major component
suppliers, dealers, distributors and about 500 other parts suppliers
too. Of the 150 major component suppliers, about 15 of them are listed
companies. In total they employ about 120,000 people. The Proton
supply chain is a mix of bumiputras and non bumiputras. *But here is a
sad fact : none of them are operating at their level best efficiency.
*

*Our motor car policy is forcing Malaysians to subsidise Proton so that
Proton can sustain major inefficiencies in the Malaysian economy. This
is not a good thing at all.*
*

We have to unwind this situation. Set a target of 18 months from now
to unwind all protection for our motor industry. Remove the
impoverishing AP policy also in 18 months. Let Malaysian car prices
reflect world market prices for the same makes of cars.


If a BMW 535 sells for RM178,000 in America , it should sell for a
little less here in Malaysia (our rentals and salaries are cheaper).


The Ministers continue making pronouncements about the car industry as
though nothing has happened. I hope everyone will please wake up. The
Government has a real chance of getting thrown out of office in about
three years. The people will not accept inept answers anymore.*

*
The ridiculous car prices in Malaysia is an issue that is just
beginning to get more attention and publicity. It is going to become a
really big issue in the near future. Be forewarned.*


Posted by Syed Akbar Ali at 5:49:00 PM 11 comments

*P/S : **China's Chery 2.4L now selling at RM77,000 only, lebihkurang harga Waja 1.5L ajer .. **

Friday, July 3, 2009

Siri Tazkirah Jumaat: "Firaun perintah Haman bina bangunan tinggi"





DAN berkatalah Firaun, “Hai Haman, buatkanlah bagiku sebuah bangunan yang tinggi supaya aku sampai ke pintu-pintu, (iaitu) pintu-pintu langit, supaya aku dapat melihat Tuhan Musa dan sesungguhnya aku memandangnya seorang pendusta...” (al-Mu’min: 36-37)

PADA suatu hati, Firaun memerintahkan para menteri serta para pemimpin di Mesir berkumpul di istananya. Firaun mengeluarkan perintah kepada Haman, iaitu salah seorang menterinya, supaya mengetuai pertemuan tersebut.

Firaun tidak berpuas hati dengan seruan Nabi Musa yang menyatakan bahawa hanya Allah sahaja yang layak disembah. Firaun mahu semua rakyat menyembah dirinya sahaja. Dia mendakwa dirinya adalah tuhan yang memerintah seluruh alam itu.

Sebaik sahaja semua rakyatnya berkumpul, Firaun terus berkata, “Hai Haman, adakah aku ini seorang pendusta?”

“Tidak ada seorang pun yang berani menentang tuanku,” Kata Haman.

Firaun berkata dengan marah, “Tetapi Musa berani menentang aku. Musa pernah mengatakan bahawa ada Tuhan lain selain aku di langit.”

“Wahai tuanku, sesungguhnya Musa itu berbohong,” kata Haman lagi.

“Aku sudah mengetahui bahawasanya dia berdusta.”

Firaun menoleh ke arah Haman dan mengeluarkan perintah kepadanya. “Aku mahu kau membina sebuah bangunan yang tinggi mencakar langit. Tingginya itu haruslah mencapai ke pintu-pintu langit. Aku hendak naik dan melihat bagaimanakah rupa Tuhan Musa itu. Bukankah Tuhan Musa itu berada di atas langit?”

“Saya akan melaksanakan perintah tunku itu. Saya akan segera mengumpulkan jurutera-jurutera, beribu-ribu tukang batu dan tukang kayu untuk membinanya,” kata Haman, berjanji kepada Firaun.

Setelah bertungkus lumus membina bangunan itu, maka siaplah bangunan yang tinggi hinggakan puncaknya tidak kelihatan. Sebaik sahaja bangunan itu siap, Firaun pun segera naik ke tingkat yang paling atas dan memerintahkan supaya dibuatnya anak panah untuknya.

Anak panah itu dipanah ke arah langit. Dengan takdir Allah, anak panah itu kemudian terjatuh semula di hadapan Firaun. Anak panah itu berlumuran dengan darah. Padahal panah itu telah dicelupnya dengan darah sebelum dia memanah langit.

Dengan bangganya Firaun berkata, “Tengok, aku sudah pun membunuh Tuhan Musa, Tuhan Musa itu telah mati ditangan ku. Aku yakin Musa adalah pendusta kerana dia mendakwa ada Tuhan di langit yang dapat menolongnya dan melantiknya sebagai Rasul”.

- Petikan daripada buku Untaian 366 kisah daripada al-Quran terbitan Edusystem Sdn. Bhd.

Wednesday, July 1, 2009

"Hati2 di jalan raya"


Time balik keje tadi lepaih je trapik lite UMS aku nampak kete dok beratoq panjang..kemerah-merahan je lampu..sah mesti ada something ni..takkan jem sebab trapik lite menggatal kot.. last skali aku nampak ada sebijik keta terbabas langgaq tiang lampu depan entrance B 1borneo.. aku apa lagi cam biasa la..park motor tepi..gagau kamera yg memang sepanjang masa ada lam beg.. tapi sori la, aku tak pakai DSLR, cuma digital cam bodo je..so gambaq memang kureng tambah time2 nak gelap ni..


saja2 je menyebok cam best snap gambaq sikit2..bomba tu dok ushar je aku..pas tu aku stat motor chow..tapi tak sampai 500 meter ada sebijik lagi keta masuk lam parit betul2 depan balai polis Alamesra, across the street la..jln yg sama..tapi kali ni aku tak berani nak berenti snap gambar sebab polis baru sampai..motor aku dah la road tax dah mampus..jadi aku tak berani la nak berenti..


unik jugak sebab kejadian maybe dalam selang waktu hanya beberapa ketika di tempat yg sangat2 dekat.. berdebar jugak bila tgk eksiden macam tu..tambah2 bagi mat motor macam aku..takut beb..jadi sama2 la kita berhati2..


tapi di sabah ni memang kurang la kadar kemalangan kalau nak compare ngan semenanjung..org naik motor pun susah nak cari..rata2 kebanyakannya naik keter dan ramai yg guna public transport aka bas mini berbentuk van toyota..tambang murah dan sepanjang masa ada..berlambak2.. itu yg aku respek..kalau kat semenanjung naik teksi memang kene semeleh la..kecuali la teksi kampung..tu pun susah la nak dapat tambang seringgit dua macam kat sini..sebab tu la kot tak ramai yg pakai motor..rata2 yg pakai motor adalah org semenanjung..

aku memang senang naik motor sebab terlepas jem, parking pun senang..bleh letak depan tangga opis je..keje di penang dulu pun aku selesa naik motor je..tunggu feri pun cepat..kete aku jadi perhiasan jela..cuma bawak ujung2 minggu je..pakai motor ni pun tak kene hit bila minyak naik rm2.80 dulu, tang tu memang aku terasa sgt compare kalu pakai keter..

adik beradik aku pun semua memilih motor sebagai pengangkutan utama termasuklah abg dan adik aku..abg aku leh tahan jugak berulang dari parit buntaq ke prai tiap2 ari..adik aku dari pt buntaq ke bukit minyak..bleh tahan tu beb..cuma nek motor ni bahaya sikit..sama2 la kita beringat..

Bebudak U ni manja sangat..


PADA 28 Jun 2009 lalu saya dan ramai lagi ibu bapa menghantar anak-anak kami ke salah sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) tempatan. Selepas mendaftar, ibu bapa dipanggil ke sesi bersama Pengetua Kolej masing-masing. Saya pada mulanya enggan menyertai dengan alasan tersendiri. Akhirnya saya dijemput oleh petugas untuk menghadiri sesi tersebut.

Dalam sesi tersebut, saya mendengar masalah-masalah yang remeh- temeh ditimbulkan oleh ibu bapa seperti bolehkah anak-anak dihubungi melalui telefon bimbit, apakah makanan yang disediakan, kerosakan loker dan perkara-perkara yang saya sendiri merasakan tidak perlu bagi ibu bapa mencampuri urusan-urusan universiti.

Persoalan di sini kenapa kita ibu bapa terlalu mengambil berat mengenai anak-anak kita yang telah dewasa memasuki IPTA sehinggakan ibu bapa yang lebih bimbang berbanding anak-anak itu sendiri. Tidak hairan di satu masa nanti pihak IPTA terpaksa menubuhkan persatuan ibu bapa di IPTA masing-masing seperti disekolah-sekolah.

Ibu bapa seharusnya melepaskan anak-anak untuk berdikari dan menyelesaikan masalah mereka di universiti. Cukuplah bagi kita sebagai ibu bapa menyediakan keperluan asas mereka. Sampailah masanya untuk kita membiarkan mereka berdikari dan membiarkan mereka mencari penyelesaian.

Akhirnya saya memberikan buah fikiran saya di sesi tersebut dengan menyatakan bahawa saya kini melepaskan anak sendiri ke universiti dengan harapan beliau akan matang, berfikiran kritikal dengan permasalahan-permasalahan yang bakal ditempuhinya. Saya tidak akan mencampuri urusan atau masalahnya di universiti nanti.

Kenapakah ibu bapa terlalu memanjakan anak-anak sehingga tidak sanggup berjauhan biar pun universiti itu hanya di depan mata? Saya semasa memasuki universiti satu masa dulu hanya bersendirian mendaftar diri tanpa ibu bapa dan kami menyelesaikan permasalahan tanpa campur tangan ibu bapa.

Marilah ibu bapa semua memberikan sedikit ruang dan peluang kepada anak-anak untuk berdikari dan berfikir secara sendirian untuk menyelesaikan apa jua masalah yang akan mereka hadapi.

Ibu bapa janganlah terlalu memanjakan anak-anak dan jangan biarkan pihak IPTA menubuhkan persatuan ibu bapa di universiti. Cukup sekadar Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di sekolah-sekolah.


Banting, Selangor

- bukan setakat budak U, diorang ni dimanjakan sangat.. semua nak senang..sebab tu anak2 sekarang ni besaq kepala ngan orang tua.. semua nak yang senang2.. nanti keluaq belajaq pun nak kerja yg senang2.. pahtu nak gaji yang besaq.. kalau tidak nanti semua orang akan disalahkan..salahkan kerajaan..salahkan universiti sebab tak ikut kehendak pasaran semasa..etc

duk U nak bilik yang cantik2..besaq2.. xder lipas..pijat etc.. kalau tidak susah nak wat stadi kononnya..bullshit la..waktu kita belajaq dulu semuanya serba sederhana.. takder la pulak kemudahan yg banyak macam hari ni..skrg ni kolej kediaman xder wifi pun mak bapak dah bising.. dulu kalau nak internet terpaksa gi berebut kat makmal komputer..tak pun gi kat library..tu pun terhad untuk sejam je..xder pulak komplen memacam..

cuba tanya member aku jiman ngan mahje...heheh..bilik depa penuh ngan pijat..bapak pijat pun ada.. sekali sekala kita kena belajar hidup susah..kita kena ingat betapa senang pun hidup kita, kita perlu bersedia kerana tak mustahil satu hari bila2 masa saja kita buleh jatuh..allah buleh tarik balik..

ibu bapa kena latih anak2 untuk belajar berdikari dan belajar hidup susah..bukan senang nak cari walau seringgit..golongan ni lah nanti yg bila keluaq nanti akan jadi mahasiswa yang lembik..tgk contoh cam sahabat baik aku Eng di ***sini..dan ***sini.. sanggup ke korang nak berkhidmat untuk anak bangsa cam sahabat aku ni kalau setakat makan kat cafe semua kata tak sedap..

pikiaq sikit..otak jgn letak kat lutut...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...