terima kasih buat kalian semua..

Friday, October 30, 2009

Brenazar tapi tak mampu nak tunai..macamana??


Jika tidak dapat ditunaikan nazarnya maka hendaklah ditebus nazar seperti mana menebus sumpah, sama ada memberi makan kepada 10 orang miskin dengan hidangan yang mengenyangkan mereka, memberi pakaian kepada 10 orang miskin atau membebaskan seorang hamba yang beriman.

Berdasarkan petikan di atas yang dikeluarkan oleh Mohd. Farid Ravi Abdullah di dalam ruangan yang sama, saya ingin bertanyakan beberapa soalan secara lebih terperinci mengenai perkara ini.

Saya pernah bernazar untuk lulus peperiksaan. Namun sehingga kini saya lupa nazar saya. Maka berpandukan kenyataan agar disedekahkan makan/pakaian kepada 10 orang miskin. Bagaimana kalau saya bersedekah kepada 10 anak yatim dalam bentuk pakaian? Bagaimana syarat untuk bersedekah baju itu dan bagaimana pula syarat untuk bersedekah makanan?

Jawapan

Nazar maksudnya, anda mewajibkan atas diri sendiri untuk melakukan sesuatu ibadah untuk Allah SWT yang asal hukumnya tidak wajib. (Mughni muhtaj, jld:4,hlm:354).

Sesuatu nazar yang berbentuk ibadah yang asalnya sunat akan menjadi wajib dengan bernazar untuk melakukannya. Contohnya, anda bernazar untuk puasa hari Isnin dan hari Khamis selama setahun. Sedangkan hukum asal Isnin dan Khamis adalah sunat, namun dengan bernazar berubah menjadi wajib.

Nas al-Quran yang bermaksud: Kemudian hendaklah mereka membersihkan dirinya dan hendaklah mereka menyempurnakan nazar-nazarnya, dan hendaklah mereka tawaf akan Baitullah (Kaabah) yang tua sejarahnya itu.(al-Haj:29). Berdasarkan kepada ayat ini jelaslah bahawa menunaikan atau menebus nazar adalah wajib. Manakala dalam surah yang Allah swt berfirman yang bermaksud: Mereka dikurniakan kesenangan itu kerana) mereka menyempurnakan nazarnya (apatah lagi yang diwajibkan Tuhan kepadanya), serta mereka takutkan hari (akhirat) yang azab seksanya merebak di sana sini.(al-Insan: 7)

Apabila seseorang itu telah bernazar maka wajib ke atasnya melangsaikan tanpa bertangguh apabila hajatnya dikabulkan oleh Allah SWT. Maka nazar adalah hutangnya kepada Allah SWT yang telah berjanji menunaikan sesuatu ibadat seperti mana yang dinazarkan. Maka pada dasarnya janji itu wajib ditepati tanpa bertangguh bila mampu berbuat demikian.

Adapun amalan yang perlu dilakukan oleh seseorang berpandukan suruhan Allah SWT dalam al-Quran apabila gagal menunaikan nazarnya kepada Allah SWT, firmanya yang bermaksud: Kamu tidak dikira salah oleh Allah tentang sumpah-sumpah kamu yang tidak disengajakan (untuk bersumpah), akan tetapi kamu dikira salah oleh-Nya dengan sebab sumpah yang sengaja kamu buat dengan bersungguh-sungguh. Maka bayaran dendanya ialah memberi makan sepuluh orang miskin daripada jenis makanan yang sederhana yang kamu (biasa) berikan kepada keluarga kamu, atau memberi pakaian untuk mereka, atau memerdekakan seorang hamba. Kemudian sesiapa yang tidak dapat (menunaikan denda yang tersebut), maka hendaklah ia berpuasa tiga hari. Yang demikian itu ialah denda penebus sumpah kamu apabila kamu bersumpah. Dan jagalah - peliharalah sumpah kamu. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayat-Nya (hukum-hukum agama-Nya) supaya kamu bersyukur.(al-Maidah:89).

Maka berpandukan kepada ayat di atas jelas bahawa kafarah (penebus) bagi nazar adalah seperti berikut:

1- Memberi makan 10 orang miskin, iaitu dari makanan yang biasa kamu berikan kepada keluarga kamu.

2- Memberi pakaian kepada 10 orang miskin

3- Memerdekakan seorang hamba

4- Mereka yang tidak mampu melakukan ketiga-tiga perkara di atas bolehlah berpuasa selama tiga hari.

Adapun makan kepada sepuluh orang daripada makanan yang biasa kita makan atau makanan ruji sesebuah keluarga. Kebiasaannya memberi orang makan mestilah hidangannya sempurna, misalnya di negara kita sesuatu hidangan mesti dilengkapi dengan nasi, lauk dan sayur. Maksudnya hidangan yang lengkap dan mengenyangkan. Adapun cadangan saudara untuk memberi pakaian kepada 10 orang anak yatim adalah tidak tepat dan tidak terlepas dari menebus nazar. Ini kerana tidak semua anak yatim tergolong dalam golongan fakir miskin.

Dalam masa yang sama menjaga anak yatim dan kebajikan mereka tidak semestinya dengan bantuan tebusan nazar. Sebetulnya ialah saudara mencari 10 orang fakir miskin dan memberi mereka pakaian yang lengkap. Pakaian lengkap maksudnya seluar panjang dan baju, atau baju melayu sepasang atau baju melayu dengan kain pelekat. Kalau penerimanya perempuan maka hendaklah pakaian yang diberi itu boleh menutup aurat. Menebus nazar adalah tuntutan yang wajib ditunaikan, ia dikira ibadat kepada Allah SWT.

Justeru, setiap ibadah yang dilakukan kepada Allah SWT mestilah ikhlas dan jujur. Apa sahaja amalan yang dilakukan mestilah dibuat dengan sebaik mungkin dengan harapan ia diterima Allah SWT, jangan melakukan sesuatu ibadat seperti " melepaskan batuk di tangga", natijahnya Allah SWT tidak akan terima.

Oleh yang demikian, bagi mereka yang bernazar hendaklah menunaikan nazar mereka dan bagi mereka yang terlepas pandang atau terlupa maka hendaklah ditebus nazar itu dengan melakukan salah satu dari kaffarah yang dinyatakan dalam surah al-Maidah.

Thursday, October 29, 2009

KSU Rasuah..Bayar Zakat Duit Rasuah


Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
(MOSTI) Datuk Abdul Hanan Alang Endut hari ini mengaku tidak bersalah
atas 10 pertuduhan rasuah yang melibatkan nilai suapan berjumlah
RM59,390.60 di Mahkamah Sesyen di sini.

Abdul Hanan, 57, dituduh menerima suapan-suapan itu di alamat No 25,
Jalan 17/21 Seksyen 17 Petaling Jaya dari 1 hingga 15 Disember 2008
dalam bentuk cek-cek kosong (tanpa jumlah dan tarikh) United Overseas
Bank milik Adam Omar sebagai ganjaran kerana meluluskan permohonan
TechnoFund daripada Global Goodway (M) Sdn Bhd.

Tertuduh kemudiannya didapati telah menunaikan cek-cek kosong yang
diterimanya dari 15 Disember 2008 hingga 27 Februari 2009 bagi tujuan
antaranya untuk pembaikan rumah berjumlah RM15,024, pembayaran zakat
pendapatan berjumlah RM25,000, kad kredit berjumlah RM9,275, cukai
taksiran, cukai tanah berjumlah RM15 dan mendepositkan RM8,000 ke
dalam akaun milik isterinya.

Abdul Hanan didakwa di bawah Seksyen 11 (a) Akta Pencegahan Rasuah
1997 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 16 Akta yang sama di mana jika
sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan
didenda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau
RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Beliau juga tidak mengaku salah terhadap 10 tuduhan pilihan di bawah
Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang dibacakan di hadapan Hakim Syafeera
Mohd Said.

Abdul Hanan selaku Ketua Setiausaha MOSTI dan juga Pengerusi
Jawatankuasa Kelulusan Dana dituduh telah menerima cek-cek kosong
milik Adam, pemilik Global Goodway (M) Sdn Bhd, dari 1 hingga 15
Disember 2008 di alamat dan tempoh yang sama sebagai balasan kerana
meluluskan permohonan TechnoFund daripada syarikat itu.

Tertuduh kemudiannya didapati telah menunaikan cek-cek kosong yang
diterimanya dari 15 Disember tahun lepas sehingga 27 Februari 2009
bagi tujuan antaranya bagi pembaikan rumah berjumlah RM15,024,
pembayaran zakat pendapatan berjumlah RM25,000, kad kredit berjumlah
RM9,275, cukai taksiran, cukai tanah berjumlah RM15 dan mendepositkan
RM8,000 ke dalam akaun milik isterinya.

1. pertamanya gua tak sangka rupa2nya gaji KSU ni cecah lebih 1 juta..ya lah dengan anggaran zakat pendapatan yg boleh dizakatkan sebanyak 2.5% daripada pendapatan berzakat bersamaan 1 juta..setau gua banyak2 gaji jusa A vu5 pun lingkungan rm20k je..hebat2..patut la ramai berebut nak jadi jusa..ada side income ropanya..tapi kan dalam perintah am mengatakan pegawai kanan kerajaan tidak boleh terlibat dengan perniagaan.. 2. gampang sungguh bila guna duit rasuah (kalau terbukti bersalah la..) utk bayar zakat..dia ni tak tau nak beza yg mana satu halal ngan haram ke..main campur je..ini macam cubaan nak tipu tuhan..igt tuhan tak tau ke..

Wednesday, October 28, 2009

Siapa yang sesat ???


MAHKAMAH Tinggi Syariah Shah Alam pada 21 Oktober lalu menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun, denda RM16,500 dan enam sebatan terhadap lelaki yang mendakwa dirinya 'Rasul Melayu', Abdul Kahar Ahmad. Lelaki itu dituduh mengikut Seksyen 7, 8(a), 10(b), 12 dan 13 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Selangor, 1995 kerana menyebarkan doktrin palsu, mengaku diri seorang rasul, mempersendakan agama, menyebarkan pendapat bertentangan fatwa dan mengingkari dan melanggar arahan mufti, empat tahun lalu. Doktrin palsu atau ajaran sesat bermaksud sebarang ajaran atau amalan yang dibawa oleh orang Islam atau bukan Islam yang mendakwa ajaran atau amalan itu adalah ajaran Islam atau berdasarkan kepada ajaran Islam, sedangkan hakikatnya ajaran dan amalan yang dibawa itu bertentangan dengan Islam yang berdasarkan kepada al-Quran dan al-Sunnah. Ada beberapa ajaran yang sebahagiannya difatwa sebagai sesat dan ada yang masih dalam proses siasatan pihak berkuasa agama. Hampir setiap negeri dikesan mengamalkan ajaran sesat disebarkan secara senyap, ada kalanya mendapat sokongan tokoh tertentu, termasuk artis.

Antara ciri ajaran sesat ialah: -

l Mengaku dirinya sebagai Nabi dan mendakwa menerima wahyu

l Mempercayai ada Nabi lain selepas Nabi Muhammad.

l Mempercayai wahyu masih lagi turun selepas wafatnya Rasulullah SAW.

l Mengakui dirinya atau gurunya sebagai Imam Mahdi atau mempercayai bahawa orang tertentu tidak mati dan akan muncul sebagai manusia istimewa seperti Imam Mahdi dan sebagainya.

l Mempercayai bahawa roh orang mati menjelma semula ke dalam jasad orang masih hidup.

l Mendakwa pengikut ajarannya saja akan masuk syurga.

Timbulnya ajaran dan amalan sesat dalam masyarakat Islam di negara ini bukan perkara baru, tetapi kadang-kadang ajaran itu tidak dapat dikatakan sesat keseluruhannya kerana ada bercampur aduk antara benar dan salah. Perkara paling rumit dan kritikal ialah ajaran berkenaan dikatakan betul oleh satu golongan dan dikatakan salah oleh golongan lain. Hakikatnya, kemunculan ajaran sesat sebahagiannya pengaruh sebelum Islam dan kepercayaan animisme serta daya reka cipta kuno tidak berlandaskan syariat Islam. Ada pelbagai bentuk ajaran sesat termasuk ajaran baru seperti ajaran Crypto. Selain itu ia juga berbentuk tarikat, yang gurunya mengubah suai ajaran, malahan ada juga tarikat itu dicipta sendiri oleh pengasasnya seperti Ayah Pin. Selain itu kepercayaan dan amalan tradisi yang dipelopori dukun, pawang, bomoh atau pembawa ilmu tertentu sama ada melalui menurun dan sebagainya. Namun, walau apa bentuk ajaran ini, ia jelas membawa penyelewengan dari segi akidah yang boleh menjerumuskan pengamalnya kepada kesesatan. Bagi menentukan sesuatu ajaran dan amalan itu sesat atau sebaliknya, ia tentu dikaitkan dengan akidah, sebagai contoh pengakuan menjadi nabi dan rasul. Dalam sesuatu ajaran itu apabila didapati sama ada pengakuan daripada guru atau pengakuan murid atau pengikutnya yang beranggapan gurunya adalah nabi dan rasul atau wakil nabi atau rasul secara langsung, maka pengakuan itu adalah sesat dan tidak benar. Sekiranya ada amalan, perlakuan, upacara dan adat istiadat yang bertentangan dengan syariat Islam, ia turut dikira amalan sesat. Sebagai contohnya memansuhkan beberapa Rukun Islam seperti sembahyang, puasa, zakat dan haji. Kesimpulannya, pertumbuhan serta perkembangan ilmu atau amalan sesat dalam masyarakat Islam di negara ini, bukan saja boleh menyebabkan akidah umat Islam menyeleweng, malah ia juga sebahagian unsur yang membawa kepada perpecahan di kalangan umat Islam sendiri. Oleh kerana bahayanya ajaran sesat kerana membabitkan akidah umat Islam, sewajarnya ajaran seperti ini dibasmi dan masyarakat sendiri dengan menjauhinya. Selain itu, masyarakat harus mengambil inisiatif dengan melaporkan kepada pihak berkuasa agama bagi membendung ajaran berkenaan daripada tersebar luas. Oleh Mohamad Isa Abd Ralip

1. heran tengok org zaman sekarang mudah sangat terpengaruh dengan ajaran2 yg merapu2


2. tindakan semua adalah perlu untuk mengukuhkan sistem pembelajaran agama sejak peringkat sekolah rendah

3. sekarang ini pelajaran agama hanyalah dijadikan sebagai subjek tempelan di sekolah, begitu juga tiadanya pelajaran agama secara kukuh di universiti


4. peranan majlis agama islam perlu dipertingkatkan mengadakan kuliah2 agama dan bukannya majlis2 perasmian saja yg grand

5. wajibkan kelulusan subjek agama mulai UPSR hingga ke universiti

Tuesday, October 27, 2009

Neraka Untukmu..


PADA suatu masa di Kota Mekah, di satu kawasan yang dikenali Shafa yang tidak berapa jauh dari Kaabah, tinggal sepasang suami isteri di sebuah rumah yang sentiasa dihias cantik dan lebih mewah berbanding jiran-jirannya yang lain.

Namun rumah pasangan ini sentiasa tertutup pintu dan tingkapnya yang memberikan gambaran penghuninya mempunyai sifat dengki, tamak haloba, sombong dan egoistik.

Pasangan suami isteri itu tidak lain tidak bukan ialah Abu Lahab dan isterinya, Ummu Jamil.

Nama sebenar Abu Lahab ialah Abdul Uzza, putra tokoh Quraisy yang disegani, Abdul Mutalib yang juga saudara tokoh-tokoh yang disegani di kalangan kaum itu iaitu Abdullah, Abu Talib dan Abbas.

Akan tetapi, Abu Lahab memiliki sifat yang tidak sama dengan saudara-saudaranya itu, baik dalam hal kesopanan, keberanian mahupun yang lain. Abu Lahab (perkataan Arab yang bermakna mempunyai kulit yang putih dan cerah) mungkin kebetulan boleh disamakan dengan perkataan Melayu kita 'lahab.'

Ini kerana Abu Lahab memang terkenal sikap rakus dan tamak dalam banyak hal. Perbuatan beliau yang dianggap paling melampaui batas apabila Abu Lahab dikatakan pernah mencuri emas-emas yang terdapat di Kaabah.

Isterinya, Ummu Jamil juga seorang yang ego, suka berdengki dan pelbagai perangai buruk yang lain. Sifat-sifat buruk itu sebagai menutup kekurangan yang ada pada dirinya, iaitu sebelah daripada matanya, buta.

Cacat pada matanya itu membuatkannya selalu merasa iri kepada sesiapa sahaja.

Sehinggalah pada suatu Subuh yang hening, Ummu Jamil hampir-hampir bergaduh dengan suaminya apabila tidur mereka terganggu dek satu suara yang melaung-laung dan memanggil orang ramai untuk berkumpul.

Abu Lahab begitu memarahi isterinya kerana dia masih mahu tidur dan pening kerana mabuk.

"Celaka aku keranamu wahai perempuan jahat!" kata Abu Lahab terhadap isterinya itu.

Lalu dibalas juga oleh Ummu Jamil dengan kata-kata yang kesat. "Aku pun celaka kerana kau wahai pemalas yang suka tidur! Demi kebenaran berhala, jika kamu tidak memberitahuku (siapa yang melaung-laungkan suara itu) nescaya tidak akan ku biarkan kamu tidur dengan tenang walau sekejap!" katanya.

Akhirnya Abu Lahab bingkas bangun dan mahu menyertai perhimpunan setelah beliau dapat mengenalpasti suara yang memanggil-manggil itu iaitu tidak lain tidak bukan anak saudaranya sendiri, Nabi Muhammad.

"Pasti itu Muhammad yang memanggil kita kerana ada suatu hal yang penting," kata Abu Lahab.

"Barangkali ada harta yang akan diberi olehnya kepada kita," sampuk Ummu Jamil.

Abu Lahab pun segera menyertai anak saudaranya yang ketika itu telah berada di atas Bukit Safa dan menyeru kepada seluruh yang hadir.

"Apakah kamu akan percaya seandainya ku katakan kepadamu bahawa seekor keldai telah keluar dari kaki bukit ini?" teriak Nabi Muhammad kepada semua yang hadir.

"Kamu tidak pernah mendustai kami, kami mempercayai kamu!" ujar mereka hampir serentak.

Lalu Nabi Muhammad pun berkata; "Sesungguhnya aku adalah seorang pemberi peringatan kepadamu sebelum kamu menghadapi azab yang pedih!"

Abu Lahab yang mendengar kata-kata anak saudaranya itu terus pergi meninggalkan kaki Bukit Safa itu dengan marah-marah.

Abu Lahab sangat marah lalu berteriak dengan suara yang nyaring; "Celakalah kamu untuk selama-lamanya. Hanya untuk itukah kamu kumpulkan kami di sini?".

Daripada peristiwa inilah, Allah mengutuk Abu Lahab kerana sikapnya yang degil dan begitu memusuhi Islam dengan diturunkan-NYA surah al-Masaad (Bernyala-nyala), ayat 1 hingga 5, bermaksud: Binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab dan sesungguhnya dia akan binasa. Hartanya dan segala yang diusahakannya tidak dapat menolongnya. Dia akan masuk ke dalam api neraka yang marak menjulang. Dan juga isterinya (Ummu Jamil) seorang pemunggah kayu api. Dilehernya ada tali daripada tali-tali yang dipintal daripada sabut.

(Sesetengah riwayat mengatakan ayat itu diturunkan sebagai mengecam tindakan Ummu Jamil yang suka menyakiti Rasulullah di kemuncak penentangan pasangan suami isteri ini terhadap baginda)

Setibanya di rumah, Abu Lahab disambut oleh isterinya yang kehairanan melihat kepulangan suaminya itu.

"Celakalah kamu wahai perempuan! Mengapa aku harus lama di sana. Kalau yang aku dapat hanyalah si Muhammad yang hendak mengajak kita semua supaya menerima ajaran baru dia itu," jawab Abu Lahab.

Mereka suami isteri semakin tidak senang duduk dengan perkembangan Islam yang semakin diterima oleh masyarakat Arab Quraisy. Mereka menjadi semakin dengki namun tahukah anda apakah faktor sebenarnya yang menjadikan mereka begitu benci kepada Islam?

Adakah semata-mata kerana menyembah berhala itu satu ajaran yang sangat mulia dan mesti dipertahankan?

Kata Abu Lahab kepada Ummu Jamil: "Kini kita perlu sedar setelah melihat kenyataan yang terjadi. Bahayanya mengenai Islam semakin diterima ramai apabila tidak akan ada lagi utusan atau orang Arab yang akan datang untuk mempersembahkan korban mereka kepada berhala-berhala kita.

"Kita tidak akan mendapat manfaat dengan seruan (Islam) Muhammad itu. Bukankah demikian wahai Ummu Jamil?" kata Abu Lahab.

Ternyata merekalah yang selama ini berkongsi hasil daripada penyembahan dan segala macam objek yang dijadikan korban kepada berhala-berhala.

Bukan kerana mempertahankan agama nenek moyang seperti yang selalu mereka laung-laungkan.

Sejak itu mereka suami isteri sentiasa berusaha untuk menyekat perkembangan Islam secara lebih serius.

Ini termasuklah Abu Lahab akan mengekori anak saudaranya yang keluar untuk menyampaikan dakwah Islamiah dan kemudian akan memburuk-burukkan Nabi di hadapan orang ramai dengan pelbagai kata yang menghina dan menyakitkan hati.

Sementara apa yang dilakukan oleh Ummu Jamil adalah lebih dahsyat lagi. Setiap hari beliau akan keluar untuk mengumpulkan kayu-kayu yang tajam dan penuh duri untuk ditaburkan di hadapan rumah dan sepanjang jalan yang sering dilalui oleh Nabi Muhammad.

Dikatakan tidak ada ruang sedikit pun di permukaan jalan tersebut kecuali semua penuh dengan duri yang pelbagai bentuk yang menyebabkan tanpa baginda sedari, baginda akan terpijak dan melukakan kakinya.

Maka itulah yang dilakukan oleh Ummu Jamil setiap hari kerana dia merasakan satu kebahagiaan dan kepuasan yang luar biasa setiap kali meletakkan duri-duri itu dan menyakiti anak saudaranya itu.

Untuk bertindak lebih jahat, dia kemudiannya melaksanakan satu lagi misi terhadap Rasulullah dan kali ini melibatkan hubungan kedua-dua buah keluarga.

Ummu Jamil segera menemui anaknya, Uthbah yang mengahwini anak perempuan Rasulullah yang bernama Ruqayyah dan seorang lagi anaknya, Mukhtab yang juga berkahwin dengan seorang lagi anak perempuan baginda yang bernama Ummu Kalsum.

Benar, Abu Lahab dan isterinya itu selama ini bukan sahaja mempunyai hubungan bapa saudara dan anak saudara dengan Nabi Muhammad malah mereka sebenarnya adalah berbesan.

Dek kerana bencinya Ummu Jamil terhadap besannya itu, beliau kemudiannya memaksa anak-anak lelakinya itu supaya menceraikan isteri masing-masing. Sehingga ke tahap itu sekali sehingga sanggup memutuskan hubungan yang suci semata-mata memenuhi nafsu syaitannya itu.

Pastinya Uthbah dan Mukhtab tidak dapat memenuhi kehendak ibu mereka yang melampau itu kerana selama ini mereka tidak menghadapi sebarang masalah dan bahagia dengan pasangan hidup masing-masing.

"Baiklah, jika itu keputusan kalian ibu akan pergi Kaabah dan akan bersumpah di hadapan berhala-berhala yang ada di situ, bahawa kamu semua bukan anak ibu lagi kerana kamu telah derhaka!" ancam Ummu Jamil.

Walaupun terkejut namun demi seorang ibu, mereka terus menemui bapa mertua, Nabi Muhammad.

Lalu melafazkan di hadapan baginda; "Mulai saat ini, kami menceraikan puteri-puteri anda yang kami kahwini selama ini dan mula menentang agama yang anda cuba sebarkan demi maruah berhala-berhala yang mulia!"

Rasulullah yang terkejut dengan tindakan menantu-menantu baginda itu tidak mampu melakukan apa-apa kecuali berdoa moga balasan yang setimpal ditimpakan terhadap keluarga Abu Lahab ini.

Ummu Jamil benar-benar bersorak kegembiraan atas tekanan demi tekanan yang beliau lakukan terhadap Rasulullah.

Namun semua itu masih tidak menghentikannya daripada terus menyakiti Rasulullah. Sehingga di akhir hayatnya, Ummu Jamil dalam usia lanjut akhirnya menemui ajal kerana keletihan menaburkan duri-duri di atas jalan bagi melukakan Nabi Muhammad itu.

Susunan SITI AINIZA KAMSARI

Friday, October 23, 2009

Tunang Curang..Boleh Mintak Gantirugi Ke???


Soalan:

SAYA dan tunang akan melangsungkan perkahwinan pada hujung tahun ini. Namun saya dapati tunang saya telah curang dan mengambil keputusan untuk memutuskan pertunangan itu.

Untuk pengetahuan SIS, dia dan keluarga telah pun menyerahkan sebahagian daripada wang hantaran dan persiapan untuk perkahwinan hampir 70 peratus .

Menurut adat resam keluarganya, saya dikehendaki membayar ganti rugi kerana saya yang memutuskan pertunangan tersebut. Keluarga saya membantah kerana sebelah lelaki yang menjadi punca putusnya pertunangan tersebut.

Sepatutnya, sebelah perempuan yang perlu menuntut ganti rugi kerana kami juga telah pun membuat persiapan. Saya tidak mahu berkahwin sekiranya saya perlu hidup dengan lelaki yang mengkhianati kepercayaan saya. Apakah yang boleh dilakukan? Perlukah saya memulangkan semula wang hantaran tersebut?

Jasmin Jazirra,

Shah Alam, Selangor.

Jawapan

Dalam masyarakat kita, kebiasaannya pasangan akan bertunang terlebih dahulu sebelum melangsungkan perkahwinan. Hikmah pertunangan adalah untuk memberi ruang kepada kedua-dua pasangan dan keluarga lebih kenal mengenali. Tempoh ini juga biasanya adalah untuk kedua-dua pihak membuat persediaan perkahwinan.

Pertunangan diiktiraf seperti suatu perjanjian dalam undang-undang keluarga Islam di Malaysia. Apabila sesuatu perjanjian dibuat, maka kedua belah pihak terikat dengan perjanjian itu. Memungkiri perjanjian itu mengakibatkan pihak yang satu lagi akan menanggung kerugian dan rasa terhina.

Menurut Seksyen 15 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003, jika seseorang mengikat suatu pertunangan mengikut hukum syarak, sama ada secara lisan atau secara bertulis dan sama ada secara bersendirian atau melalui orang perantaraan dan kemudian enggan berkahwin dengan pihak yang satu lagi tanpa sebab yang sah manakala pihak yang satu lagi bersetuju berkahwin dengannya, maka pihak yang mungkir bertanggungjawab memulangkan pemberian pertunangan, jika ada atau nilainya dan membayar apa-apa wang yang dibelanjakan dengan suci hati oleh atau untuk pihak yang satu lagi untuk membuat persediaan bagi perkahwinan itu dan yang demikian itu boleh dituntut melalui tindakan dalam mahkamah.

Seksyen 15 di atas bermakna sekiranya satu daripada pihak mungkir untuk berkahwin selepas suatu perjanjian yang sah dibuat tanpa sebab yang dibenarkan syarak sedangkan pihak yang satu lagi itu bersedia untuk berkahwin dengannya maka pihak yang mungkir itu perlu;

a) Memulangkan segala hantaran yang diterimanya daripada pihak yang satu lagi ataupun jika tidak dapat memulangkannya maka perlu membayar dengan wang yang senilai dengan hantaran yang diberikan itu;

b) Menanggung perbelanjaan yang dikeluarkan oleh pihak yang bersedia untuk berkahwin itu di dalam membuat persediaan bagi perkahwinan itu.

c) Kedua-dua perkara di atas hendaklah ditanggung oleh pihak yang mungkir kepada perkahwinan itu dan sekiranya ia enggan membayarnya maka pihak yang bersedia untuk berkahwin itu boleh menuntut remedi itu di Mahkamah Syariah melalui Seksyen 15 Enakmen yang disebut di atas.

Bagaimanapun, jika pihak yang memutuskan pertunangan itu mempunyai sebab yang sah dan diiktiraf hukum syarak, maka pihak yang memutuskan pertunangan itu tidak perlu memenuhi kedua-dua keperluan yang diperuntukan di bawah seksyen 15.

Namun demikian, Seksyen 15 di atas tidak memberi peruntukan secara khusus untuk menuntut ganti rugi atas perasaan malu pihak yang dimungkiri untuk dikahwini itu. Ia hanya mengehadkan kepada dua perkara yang dinyatakan di atas.

Menurut Seksyen 245 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 telah memperuntukkan mengenai penggunaan hukum syarak yang membawa maksud bahawa mana-mana peruntukan atau taksiran peruntukan yang tidak selaras dengan hukum syarak adalah tidak sah setakat ketidakselarasan itu dan jika ada 'lacuna' atau jika apa-apa perkara tidak diperuntukkan dengan nyata di dalam akta, mahkamah hendaklah memakai hukum syarak.

Ini boleh memberi kesan bahawa tuntutan ganti rugi kemungkiran perkahwinan boleh dituntut di Mahkamah Syariah dengan syarat ia boleh dibuktikan tidak berlawanan dengan hukum syarak walaupun tiada peruntukan spesifik mengenainya.

Pihak yang menuntutnya di Mahkamah Syariah itu hendaklah menyakinkan mahkamah bahawa tuntutannya itu tidak tersasar daripada apa yang digariskan dalam hukum syarak sebelum mahkamah boleh memberikan perintah pihak yang mungkir itu membayar ganti rugi akibat perasaan malu yang ditanggungnya selepas diputuskan pertunangan tanpa sebab yang sah.

Namun pihak yang menuntut perlu membuktikan bahawa ia tidak berlawanan dengan hukum syarak. Mahkamah yang berhak membicarakan tuntutan sebegini pula tentulah Mahkamah Syariah seperti yang termaktub di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 yang menjelaskan Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa mendengar perkara berhubungan pertunangan, perkahwinan dan sebagainya.

Majlis pertunangan tidak dinyatakan dengan terperinci dalam Islam. Namun adat yang diamalkan itu boleh juga dianggap sebagai undang-undang Islam kerana ia bersumberkan kepada ada.

Di dalam situasi yang dialami oleh saudari, saudari berhak untuk memutuskan pertunangan itu sekiranya saudari merasakan bahawa tunang saudari itu tidak menunjukkan sikap tanggungjawabnya terhadap perhubungan dan perkahwinan yang bakal didirikan.

Perkahwinan bukanlah sesuatu yang boleh diambil ringan apatah lagi, sekiranya pasangan saudari telah terbukti adalah seorang yang tidak berakhlak.

Thursday, October 22, 2009

Skim Neraka...


SAYA hanya berpendidikan dan perwatakan sederhana dan mempunyai sedikit asas berniaga. Apa yang ingin saya ketengahkan ialah program niaga ‘atas angin’. Saya sendiri pernah menjadi mangsa kepada program ini, seperti program perniagaan internet, ‘monsun- biz’, pelbagai program laman web, koperasi Buluh Emas, Inteleca dan sebagainya.

Saya marah dan pernah bertindak menyerbu pejabat kumpulan ini, namun tiada gunanya kerana mereka terlalu licik dan pandai dalam memutarbelitkan undang-undang.

Mereka menggunakan pelbagai cara seolah-olah operasi mereka diiktiraf kerajaan, contohnya, Tekun dan Mara. Baru-baru ini, saya terkena lagi. Mereka dengan bangga menggunakan nama Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (Kuala Lumpur), TM Berhad, Tekun, Pos Malaysia, Bank Al-Rajhi dan pelbagai lagi nama dalam proses mengaut keuntungan tanpa memikirkan kesan kepada orang ramai.

Mereka menyediakan lesen dan sedikit produk ‘kit permulaan’ yang tidak diterima akal dalam langkah pertama bayaran jika mahu bersama mereka, kononnya hanya mereka yang terbaik dalam menyediakan perkhidmatan itu. Walhal, produk TM dan pelbagai produk mereka boleh dan mampu dibuat secara sendiri tanpa membabitkan mereka. Ini beberapa fakta `putat belit` mereka :-

l Membayar beberapa jumlah bayaran sebagai bayaran `kit permulaan`, ada yang dikenakan RM9,000, RM15,000 dan RM18,000.

l Produk yang diberikan tidak setimpal dengan bayaran pendahuluan. Saya mendapat minyak kelapa dara yang terlalu mahal harganya dan tertera nama New Zealand pada produk mereka walhal ia dibuat hanya di Malaysia.

l Mereka menjanjikan pinjaman Tekun. Dengan bangga dan yakin serta menjaminkan hasil, pinjaman ini pasti dapat tidak sampai sebulan. Mereka menyuruh kami meminjam duit dengan pelbagai cara dan pinjaman Tekun ini akan membayar kembali semua hutang itu dalam jangka masa tidak sampai sebulan, itu janji mereka.

Namun sampai ke sekarang, janji hanya tinggal janji. Borang hilang dan pelbagai alasan mereka beri kepada saya. Sekali lagi, duit saya ditelan oleh buaya bangsa sendiri. Di mana harus saya mengadu? Undang-undang tidak menyebelahi kami.

Mereka juga menjanjikan pinjaman Bank Al-Rajhi namun tanpa memberitahu kami, pinjaman ini adalah terlalu sukar untuk mendapatkannya. Ramai pengedar mengeluh. Banyak borang permohonan ditolak atas pelbagai alasan.

Saya sudah habis ribuan ringgit dalam mencari ruang perniagaan yang terbaik bagi saya. Ramai lagi Melayu seperti saya menjadi mangsa. Kami tiada sokongan seperti peguam, persatuan atau badan dalam menangani permasalahan ini.

Saya mengambil keputusan untuk menulis ke ruang akhbar bagi menyampaikan penyakit masyarakat yang saya ibaratkan `api dalam sekam` dalam mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda, malah ia memburukkan lagi tohmahan terhadap kerajaan kerana tidak bertindak terhadap kumpulan berkenaan.

BULUH KASAP,

Kuala Lumpur.

1. orang melayu ni terlalu kemaruk dengan kekayaan..tak salah taksub dengan kekayaan tapi kena la dengan cara berusaha..

2. mana ada cara kaya dengan bayaq sejumlah wang saja

3. kalau ada nanti bgtau gua!!!

Wednesday, October 21, 2009

Selepas dijatuhkan hukuman di mahkamah dunia..adakah kita masih akan di siksa di akhirat????


Kesalahan dilakukan tetap perlu dihukum, tidak boleh dimaafkan

JIKA anda melakukan kesalahan, dibicarakan, bersediakah anda untuk menerima hukumannya? Jika anda disabitkan bersalah, apakah anda bersedia menerima hukumannya? Apakah yang akan anda lakukan? Merayu hukuman atau dengan rela hati membiarkan diri dihukum kerana sedar dan insaf dengan kesalahan anda?

Syabas kepada pesalah yang melakukan kesalahan dan kemudian bertaubat dan bersedia menerima hukuman dijatuhkan. Tidak semua orang boleh melakukan tindakan seperti itu, melakukan kesalahan, kemudian bertaubat, membuat pengakuan bersalah, dihukum dan bersedia menerima hukumannya, malah meminta hukuman terhadapnya disegerakan.

Hukuman bagi pesalah yang melakukan jenayah tetap perlu dilaksanakan dan tidak boleh dimaafkan, walau sesiapapun pelakunya dan walaupun selepas pesalah mengaku salah dan bertaubat.

Dalam satu riwayat, Fatimah ak-Makhzumiyyah melakukan kesalahan mencuri, dan sepatutnya beliau dihukum potong tangan (hudud).

Ada segelintir sahabat yang berusaha supaya wanita itu dilepaskan daripada hukuman. Usaha sahabat ini sampai ke telinga Rasulullah SAW dan menimbulkan kemarahan Baginda. Dalam suatu Hadis riwayat Muslim, an-Nasai dan Ahmad, Rasulullah SAW menempelak mereka dengan bersabda, "Musnahnya orang yang sebelum dari kamu semua ialah kerana apabila seorang yang mulia dari kalangan mereka mencuri, mereka akan biarkan begitu saja. Tetapi apabila seorang yang lemah daripada mereka mencuri, mereka akan mengenakan hukuman ke atasnya. Demi Allah! Kalau Fatimah Binti Muhammad sekalipun mencuri, aku akan potong tangannya".

Dalam riwayat yang lain, seorang perempuan dari suku al-Ghamidiyyah membuat pengakuan kepada Rasulullah bahawa dia melakukan berzina. Pada hari pertama Rasulullah SAW menolak pengakuan itu. Keesokan harinya wanita itu datang lagi membuat pengakuan sama dan berkata, "Ya Rasulullah, janganlah tuan menolak pengakuan saya ini seperti tuan menolak pengakuan Ma'iz. Demi Allah sesungguhnya saya sudah mengandung".

Rasulullah SAW menerima pengakuan itu tetapi memerintahkan wanita itu balik dan datang semula selepas bersalin. Apabila selesai bersalin, wanita itu datang bersama bayi yang berbalut dengan kain dan berkata:

"Inilah anakku. Sesungguhnya aku sudah bersalin". Tetapi Baginda masih mengarahkan wanita itu balik menyusukan anak itu sehingga tamat tempoh penyusuan. Apabila tempoh penyusuan tamat dan bayi itu mula memakan roti, wanita itu bersama anaknya pergi lagi kepada Rasulullah dan berkata, "Wahai Nabi Allah, sesungguhnya aku sudah menamatkan tempoh susuan dan sekarang dia boleh makan makanan lain".

Nabi SAW mengambil anak itu dan menyerahkan kepada salah seorang sahabatnya. Kemudian Baginda menyuruh sahabatnya menanam wanita tersebut sehingga ke paras dada dan menyuruh mereka merejamnya.

Kisah ini membuktikan bahawa walaupun seseorang itu insaf dan bertaubat, dia masih dikenakan hukuman atas kesalahan hudud yang dilakukan, kerana hudud itu adalah hak Allah. Ketika sahabat melaksanakan hukuman rejam itu, ia turut disertai Khalid al-Walid. Apabila Khalid melempar batu ke arah wanita berkenaan, darahnya terpercik ke muka Khalid, lalu memaki wanita itu. Makian itu didengar Rasulullah lalu Baginda menegur Khalid "Ingat wahai Khalid, demi Tuhan sesungguhnya dia sudah bertaubat". Kemudian Nabi SAW menyuruh supaya dia disembahyangkan dan dikebumikan.

Kisah ini menunjukkan betapa murni dan suci hati seseorang yang melakukan kesalahan kemudian mengakui kesalahan dan bertaubat, serta sanggup menerima apa saja hukuman yang bakal dijatuhkan. Kisah ini juga membuktikan bahawa darah seseorang pesalah yang bertaubat adalah suci bersih daripada kesalahan yang pernah dilakukannya, dan ia perlu dilayan seperti layanan kepada insan lain, yakni disembahyangkan, dikafankan dikebumikan menurut Islam, walaupun pesalah itu pernah melakukan dosa besar.

Ia juga membuktikan kepada kita betapa agungnya keampunan dan kemaafan yang diberikan Allah kepada hamba-Nya yang bertaubat dan insaf di atas kesalahan yang pernah dilakukan hamba-Nya, walaupun hamba-Nya melakukan dosa besar.

Sedangkan begitu besar keampunan Allah, kenapa kita sebagai manusia tidak mengambil peluang sebesar itu untuk memohon keampunan kepada Allah atas kesalahan yang pernah kita lakukan? Kenapa pula sebagai manusia kita memperkecil-kecilkan keikhlasan taubat dan keinsafan rakan kita yang pernah melakukan kesalahan? Siapakah kita untuk menjadi penghukum di atas muka bumi ini, sedangkan hanya Allah adalah sebaik-baik Penghukum.

oleh: musa awang
Penulis ialah Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia

1. yang gua paham, pengecualian hanya kepada hukuman yg dibuat menurut hukum hudud..setakat kene penjara, nanti tunggu la kene lagi...

2. laksanakanlah hukuman seperti yang disuruh al quran..jgn jadikan alasan rakyat berbilang kaum sebagai penghalang.. 1malaysia atau apa2 lagi..kewajipan tetap kewajipan.. lagipun hukuman hanya utk org islam..


Tuesday, October 20, 2009

Pengalaman Kereta Di Tarik


TIDAK seorang pun insan di dunia ini mahu dimalukan di khalayak terutama yang membabitkan maruah namun kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan segala kejadian.

Ada kala perasaan malu itu berlaku kerana kelalaian dan kealpaan kita sendiri, mengambil mudah segala perkara terutama urusan berkaitan hal-hal peribadi.

Tentu pembaca tertanya-tanya apakah sebabnya mukadimah saya minggu ini agak berlainan daripada biasa. Sebabnya kisah yang ingin saya kongsi dengan pembaca kali ini membabitkan soal maruah dan harga diri.

Hujung minggu lalu saya ke sebuah pasar raya besar. Biasalah hujung minggu, ramai pelanggan yang datang untuk membeli-belah terutama barang keperluan rumah, tambahan pula musim rumah terbuka masih meriah.

Ketika itu jam menunjukkan hampir pukul 12 tengah hari. Di luar dan di dalam kawasan parkir sarat dengan kereta. Saya bernasib baik kerana dapat mencari parkir yang hampir dengan pintu masuk.

Sebaik mengunci kereta saya perhati ada empat lelaki meluru ke kawasan parkir dan menghampiri sebuah kereta Waja. Kehadiran mereka menarik minat saya.

Dua daripada lelaki itu menunggang motosikal sementara dua lagi menaiki kereta Kembara. Daripada penampilan dan aksi mereka saya yakin mereka adalah penarik kereta. Langkah saya berhenti di situ lalu saya berdiri di tepi dinding untuk menyaksikan adegan seterusnya.

Seorang pengawal keselamatan menghampiri mereka dan bertanya sesuatu kepada kumpulan lelaki tersebut. Seorang daripada mereka memberi penjelasan tujuan mereka ke situ, tangannya sekejap ke atas, sekejap ke bawah. Suaranya makin lama kelamaan makin tinggi. Dia seolah-olah memarahi pengawal keselamatan warga asing yang cuba bertanya apa yang mereka hendak buat dengan kereta Waja tersebut.

Lima minit kemudian sebuah lori tunda sampai dan berhenti di tepi kereta waja tersebut. Segera kereta Waja itu ditambat ke lori tunda tanpa mempedulikan orang ramai yang mula menjadi pemerhati tetap.

Tidak sampai lima belas minit semuanya siap. Kumpulan lelaki tersebut dan pemandu lori tunda itu berbincang sesuatu. Orang ramai mula mengerumuni kawasan itu, makin lama bertambah ramai. Lelaki-lelaki 'hebat' yang tidak peduli orang itu terus dengan kerja mereka. Sah kereta Waja itu kena tarik!

Tiba-tiba suasana menjadi kelam kabut, tuan punya kereta, isteri dan tiga orang anak mereka muncul dengan dua buah troli sarat dengan barang-barang sambil menjerit-jerit apabila melihat kereta Waja milik mereka sudah tersangkut pada lori tunda.

Si isteri memegang tangan suaminya dan bertanya sesuatu. Si suami pula tidak menjawab tetapi terus berjalan ke arah kumpulan lelaki tersebut dan berkata sesuatu. Sayang kata-katanya sudah tidak dipedulikan lagi.

Pertengkaran berlaku. Saya terdengar lelaki tuan punya kereta itu merayu, "tolonglah encik.. bagi saya masa untuk selesaikan."

Malang rayuannya sudah tidak didengar lagi oleh kumpulan lelaki tersebut kecuali kata-kata, "kami buat kerja kami, encik mahu ini kereta, pergi selesai dengan bank."

Apa lagi yang mampu dilakukan. Malunya lelaki itu saya pasti tidak dapat diterjemahkan dengan kata-kata. Bayangkan jika kita berada di tempat mereka.

Saya perhatikan lelaki itu amat kecewa dan malu. Dia mengawal rasa malunya dengan menggeleng kepala beberapa kali sambil memandang ke arah isteri dan anak-anaknya.

Isterinya yang mula mengesat air mata menghampirinya. Dipegangnya tangan suami.

"Kenapa sampai jadi begini bang… kenapa tak bayar?" suaranya makin sebak dan akhirnya, suara itu bertukar menjadi tangisan yang berpanjangan.

"Malu saya bang… ramai orang tengok. Kenapa abang buat macam ini?" si isteri berkata lagi, kali ini dengan esakan yang semakin meninggi.

Tiga anak mereka yang saya jangka berusia dari 8 hingga 15 tahun turut menangis melihat ibu mereka mula meraung. Dipeluknya si ibu dengan rasa sayang dan tanda sokongan.

"Abang pun tak tahu jadi macam ini. Pada hal baru dua bulan sangkut…" kata si suami sambil memegang bahu isterinya yang masih menangis.

"Nak balik macam mana ini ayah, barang banyak ini," anak bongsu mereka bertanya.

"Nanti ayah fikirkan……" jawab si ayah perlahan sambil terus memeluk isterinya dan menelefon seseorang.

Hampir empat puluh lima minit memerhati adegan itu tentunya saya merasa amat simpati. Urusan membeli barang juga saya batalkan. Niat hati hendak bertanya khabar dan menawar diri untuk menghantar mereka pulang.

Namun ketika berjalan ke kereta saya melihat sebuah kereta membelok ke arah mereka. Seorang wanita awal 20-an keluar dan memeluk isteri tuan punya Waja tersebut. Mungkin adik atau saudara maranya.

Dalam masa lima minit semua barang dalam troli dipindahkan ke kereta tersebut dan kesemua mereka masuk ke dalam lalu beredar meninggalkan kawasan parkir.

Tidak dinafikan kumpulan lelaki tersebut buat kerja mereka tetapi perlu juga difikir soal maruah dan harga diri manusia lain, alangkah eloknya jika kerja itu dilakukan secara lebih berhemah.

Bank-bank dan syarikat kewangan sepatutnya memikirkan cara terbaik untuk menarik kereta tanpa memalukan pelanggan di khalayak. Bertimbang rasalah sikit!

Apa pun kepada pasangan suami isteri dan keluarga itu, bersabarlah dengan apa yang berlaku.

1. gua secara peribadi menyokong tindakan pihak bank..sebab mereka ni bukannya takder duit..tapi memang liat nak bayar hutang..

2. pengalaman dengan penghutang membuatkan gua dah lali dengan macam2 alasan yg gampang..cthnya macam kes ini padahal boleh pulak shopping 2-3 troli.. kalau satu troli nilainya rm200, 3 troli dah boleh sangat nak bayar installmen waja..

3. kepada yg berhutang dengan gua..siap korang!!!

Friday, October 16, 2009

Hampa Tau ka Pasal Menziharkan Isteri???


Apakah sabit zihar jika seseorang suami itu melihat isterinya di dalam gambar yang mana gambar isterinya ketika muda dahulu dan berkata: "awak macam acu (ibu saudara)"?

Si suami langsung tidak merujuk bahagian tertentu tubuh badan isterinya sebalik dia hanya melihat gambar yang lama-lama. Niatnya untuk zihar isterinya langsung tidak ada cuma ayat tersebut keluar secara spontan dan tidak sengaja.

Jawapan:

Tidak jatuh zihar, kerana lafaznya terlalu umum dan tidak merujuk mana-mana bahagian tubuh badan ibu saudara. Serupa dari segi fizikal keseluruhan kerana dari susur galur yang sama (keturunan) atau genetik yang sama.

Sebelum menjawab dengan lebih lanjut, elok kalau diperhalusi persoalan zihar dan kefahaman terhadapnya melalui beberapa rukunnya.

Rukun zihar

1. Suami

2. Isteri

3. Perkara yang diserupakan

4. Lafaz zihar

Rukun pertama dan kedua tidak perlu diberi penjelasan kerana maklum siapa itu suami dan isteri. Penjelasan akan tertumpu kepada dua rukun sahaja, iaitu rukun ketiga dan keempat;

3. Perkara yang diserupakan (disamakan)

Untuk mensabitkan rukun ini, beberapa syarat berikut mesti difahami:

Syarat-syarat berikut adalah syarat yang disepakati oleh jumhur ulama :-

1. Anggota-anggota yang haram dilihat oleh sesama mahram. Contoh punggung, perut, kemaluan di sekitarnya dan yang seumpama dengannya. Penyamaan dengan tangan, kepala, kaki, rambut, dan lain-lain .

Demikian pandangan kebanyakan ulama. Ulama Hanbali dan Maliki mensabitkan seluruh anggota sama ada haram dilihat mahupun tidak, semuanya boleh mensabitkan zihar (Al-Fiqh al-Islami wa adillatuhu, 9/7173) Pandangan yang rajih adalah pandangan jumhur.

2. Mestilah anggota-anggota ini daripada wanita yang diharamkan berkahwin dengan si lelaki sama ada pengharaman secara berkekalan (muabbad) atau keturunan (nasab) atau susuan dan perkahwinan.

Seperti ibu, anak, adik-beradik, pakcik, makcik dan lain-lain yang berkaitan. Selain pandangan mazhab utama, ia juga pandangan Hasan al-Basri, Ato' Abi Rabah, As-Sya'biy, An-Nakhaiy, Al-Awzaiy, at-Thawriy, Ishak bin Rahawaih, Abu 'Ubaid dan Abu Thaur.

Pandangan Imam al-Syafie dalam qaul qadim (pandangan beliau ketika di Baghdad): Tidak jatuh zihar terhadap semua wanita kecuali ibu dan nenek sahaja kerana ayat berkenaan zihar itu ditujukan khas untuk ibu. Tetapi qaul jadid Imam Syafie (semasa di Mekah) memindanya ijtihadnya dengan mengatakan jatuh zihar kerana wanita yang diharamkan tadi menyerupai pengharaman ibu (al-Muhazzab, As-Syiraziy dan kitab al-Majmu, 19/45)

Bagi yang tidak berkekalan (muabbad) seperti wanita asing, adik beradik perempuan bagi isteri dan lain-lain, menyerupakan dengan mereka tidak dianggap zihar. (Lihat Al-Fiqh 'ala al-Mazahib al-'Arbaah, jld: 4, hlm:500; Ad-Dusuqi 'ala Syarh al-Kabir, jld: 2, hlm: 439; Ashal al-Madarik, jld: 2, hlm: 169; Kifayatul Akhyar, 2/71)

Ulama al-Syafieyyah mengatakan kiranya penyerupaan itu bukan pada bahagian haram dilihat tadi, ia bergantung kepada niat. Jika ia berniat memuliakan, bangga maka tidaklah jatuh zihar, jika sebaliknya maka jatuh zihar. (Kifayatul akhyar, 2/70)

Rukun Keempat: Sighah (Lafaz Zihar)

Syarat lafaz untuk untuk sabit zihar adalah :-

a. Perlu kepada niat, kiranya ia dibuat secara kinayah (tidak jelas). Lafaz yang jelas seperti: Punggung dinda benar-benar seperti punggung bonda kanda. Lafaz seperti di atas tidak perlu kepada niat, bahkan jatuh zihar apabila didengari.

Kinayah pula adalah lafaz-lafaz yang boleh diandaikan bermaksud zihar tetapi mungkin juga tidak seperti: "Dinda ni seperti bondaku". Lafaz seperti ini kemungkinan bermaksud zihar kemungkinan juga bermaksud memuliakan, hormat, penghargaan dan lain-lain. Maka ia bergantung kepada niat si suami.

Lafaz ini telah ijmak di kalangan ulama tentang pensabitan zihar. Demikian menurut Ibn Munzir (Lihat al-Majmu Imam Nawawi yang dilengkapkan oleh Sheikh Najib al-Mutie, jld:19,hlm: 44)

b. Tidak disyaratkan untuk sabit zihar, mesti menggunakan lafaz yang memberi pengertian semasa. Zihar jatuh dengan lafaz yang membawa pengertian semasa seperti: "Punggung dinda benar-benar seperti punggung bonda kanda".

Juga jatuh kiranya diikat dengan waktu tertentu seperti: "Kiranya dinda masuk ke rumah itu maka Perut Dinda seperti perut bondaku".

Jatuh zihar juga kiranya disandarkan ke zaman akan datang seperti: "Punggung dinda seperti punggung bondaku sehingga awal tahun depan atau perut dinda seperti perut bonda kanda dalam masa sebulan".

Semua lafaz tadi cukup untuk menjatuhkan hukum zihar. (Al-Bidayah al-Mujtahid, jld:2, hlm: 117)

c. Lafaz yang boleh dianggap zihar mestilah disandarkan kepada anggota tubuh wanita sama ada secara juzuk atau sepenuhnya.

Hukum setelah jatuh zihar

Setelah cukup syarat dan sabit jatuh zihar maka beberapa hukum berikut sabit:

Haram menyetubuhi isterinya (yang diziharkan) kecuali setelah dibayar kaffarah (penebus). Ini pandangan jumhur.

Menurut tertibnya kaffarah zihar adalah dengan membebaskan seorang hamba, puasa atau memberikan sedekah. Dalilnya sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: Dan orang-orang yang 'ziharkan' isterinya, kemudian mereka berbalik dari apa yang mereka ucapkan (bahawa isterinya itu haram kepadanya), maka hendaklah (suami itu) memerdekakan seorang hamba sebelum mereka berdua (suami isteri) bercampur. Dengan hukum yang demikian, kamu diberi pengajaran (supaya jangan mendekati perkara yang mungkar itu). Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam Pengetahuan-Nya akan apa yang kamu lakukan. Kemudian, sesiapa yang tidak dapat (memerdekakan hamba), maka hendaklah ia berpuasa dua bulan berturut-turut sebelum mereka (suami isteri) itu bercampur. Akhirnya sesiapa yang tidak sanggup berpuasa, maka hendaklah ia memberi makan 60 orang miskin. Ditetapkan hukum itu untuk membuktikan iman kamu kepada Allah dan Rasul-Nya (dengan mematuhi perintah-Nya serta menjauhi adat Jahiliah). Dan itulah batas-batas hukum Allah; dan bagi orang-orang yang kafir disediakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (al-Mujadalah: 3-4)

Kesimpulan

1. Hanya jatuh (sabit) zihar jika menyamakan isteri dengan ibu, nenek, anak dan semua wanita yang diharamkan suami berkahwin dengannya secara kekal sama ada secara keturunan, susuan mahupun musoharah.

2. Penyamaan anggota tertentu sahaja yang menyebabkan sabit zihar iaitu seluruh atau juzuk dari anggota yang haram dilihat semasa mahram. Penyamaan dengan anggota selain itu tidaklah sabit zihar.

3. Tidak sabit zihar, kiranya menyamakan anggota isteri dengan mana-mana lelaki. Hanya penyamaan dengan wanita sahaja sabit. Begitu juga menyamakan suara, rupa dan sebagainya.

4. Istimta' (bersetubuh) dengan isteri yang telah dizihar sebelum membayar kaffarah adalah tidak dibenarkan dengan tahrim wasail. Dibimbangi akan terlanjur.

Kereta Polis Terpantas


DUA anggota polis Itali (memakai sut) bersama polis Switzerland (tengah) bergambar di hadapan kereta polis trafik Itali, Lamborghini Gallardo, yang merupakan kereta polis terpantas di dunia semasa berhenti di kawasan rehat Bellinzona, selatan Switzerland, baru-baru ini.

Lamborghini tersebut dipamerkan di sidang polis antarabangsa di Belanda. - AP

1. gua pun nak mintak jadi polis trafik, bila lagi nak merasa bawak lambo tiap2 ari..

2. gua yakin satu ari keta polis ni mesti kena curi!!!

Wednesday, October 14, 2009

Kecewa ngan Airasia, Kesian Tony...


BARU-BARU ini saya menggunakan perkhidmatan penerbangan tambang murah AirAsia untuk ke Singapura. Ia pengalaman pertama saya dengan AirAsia. Saya meletakkan harapan tinggi dengan kemudahan dan layanan baik anak kapal sama seperti sistem penerbangan lain yang pernah saya nikmati.

Bagaimanapun, harapan saya musnah dan kecewa dengan layanan anak kapalnya dengan beberapa perkara yang mungkin tampak tidak serius, tetapi boleh mencalarkan imej AirAsia.

Pertama, ketika mendaftar masuk bagasi dan tiket, petugas berkenaan memberikan saya tiket masuk dengan pendaftaran di atas nama orang lain. Tiket masuk ini sangat penting kerana nama yang tercetak di atasnya menghubungkan dengan bagasi di dalam kargo.

Nasib baik pengawal di pintu masuk memeriksa tiket saya. Jika tidak nahas saya dibuatnya. Bagasi saya mungkin hilang atau tersalah tempat kerana dicetak dengan nama penumpang lain.

Kedua, mana-mana penumpang yang pernah melawat Singapura, pastinya sedia maklum dengan prosedur mengisi butir peribadi di atas 'kad putih' untuk diserahkan kepada pihak imigresen Singapura sebaik tiba.

Ketika dalam penerbangan, saya mengisi kad berkenaan, tetapi ada beberapa bahagian saya tidak pasti mengisinya. Bagi mengelakkan saya minta kad baru, saya meminta seorang anak kapal menunjukkan bagaimana mengisinya dengan betul.

Saya tunjukkan kepadanya bahagian yang tidak difahami. Terkejut saya apabila anak kapal ini meninggikan suara dan bernada geram kerana saya tidak faham arahan diberikan dalam bahasa Inggeris. Dia mengacukan jari telunjuknya ke ruangan itu dan mengulang jawapannya dua kali dengan nada yang sungguh tidak mesra. Perbuatannya itu sungguh memalukan saya.

Ketiga, dalam perjalanan balik dari Singapura ke Malaysia, saya berminat untuk membeli barang AirAsia seperti baju-T dan lainnya. Malangnya tidak dapat berbuat demikian kerana anak kapal sibuk memberi makanan kepada penumpang.

Pada pendapat saya anak kapal sebenarnya boleh memanggil rakan sekerja untuk membantu saya. Puas menunggu lama. Apabila anak kapal sama lalu di sebelah saya, saya terus bertanyakan permintaan saya tadi.

Jawapannya 'maaf, kita sudah nak mendarat. Cik boleh dapatkan barang berkenaan di lapangan terbang nanti'. Jika ramai lagi anak kapal seperti ini, kesannya tiada siapa mahu menggunakan perkhidmatan AirAsia, walaupun murah. Penumpang seperti saya ini yang pertama kali menggunakan perkhidmatan AirAsia adalah penumpang yang berpotensi untuk setia dengan perkhidmatan AirAsia jika mutu perkhidmatan anak kapalnya bagus.

Saya simpati kerana Ketua Eksekutif Kumpulan AirAsia Bhd, Datuk Seri Tony Fernandes beriya-iya mempromosikan tambang murah penerbangan ini, sekali gus memenangi 'World's Best Cost Airline' oleh Skytrax, tetapi sikap pekerjanya tidak membantu dan seiring dengan apa yang diharapkan.

Bukan alasan jumlah pekerja terlalu ramai sehingga sukar memantau. Sikap anak kapal tadi inilah yang dikatakan 'kerana nila setitik, rosak susu sebelanga'.

ALIN DIN,
Shah Alam, Selangor.

1. aku memang dah muak tengok pramugari airasia ni..dari segi layanan memang macam terpaksa je..compare dengan airline lain bagai langit ngan bumi..semua perasan bagus dan lawa

2. aku puji Mas sebab layanan nampak ikhlas walaupun mereka dibayar.. airasia jgn ingat bila bayar murah, servis boleh diabaikan.. pramugari mas dilatih untuk offer apa2 service yg kita nak..airasia kita mintak tolong pun belum tentu dapat..

3. berkaitan web check in di laman web airasia, aku kecewa sebab di airpot masih terpaksa beratur sebab kaunter banggage drop ada tapi takde sapa yg jaga.. bila aku komplen macam ni baik tak payah cek in web..petugas kaunter tu pun angguk je buat2 muka sentol..

4. yg aku confirm di airport penang dan kota kinabalu memang takde sapa tunggu kaunter banggage drop..

5. aku ingat airasia perlu lebih banyak belajar..bukan sekadar tambang murah..

Tuesday, October 13, 2009

'Cuci' sampah orang lain


MELIHAT sampah yang dibuang tanpa dikutip pastinya terasa sakit hati ditambah pula dengan 'harumannya' yang menjijikkan menarik minat lalat dan tikus. Bagaimanapun fenomena ini sering berlaku di tempat pembuangan sampah haram. Kita tidak harus menyalahkan syarikat yang menguruskan pengutipan sampah. Salahkan diri sendiri kerana tiada kesedaran sivik peri pentingnya menjaga kebersihan walaupun ketika hendak membuang sampah.

Sekiranya sampah itu dibuang di tempat yang betul, dimasukkan ke dalam tong sampah bertutup dan diikat dengan sebaiknya, bauan dan keadaan berselerakkan tidak akan berlaku.

Bahkan pekerja-pekerja yang menguruskan pengutipan sampah yang datang mengikut waktu dan harinya akan mudah untuk mengangkut bahan buangan tersebut tanpa ada lelehan atau jatuhan di jalan laluan yang pasti akan memberi satu aroma yang tidak menyenangkan atau pemandangan yang mencemarkan penglihatan.

Di sinilah pentingnya pekerja-pekerja Alam Flora yang bertungkus lumus dari subuh hari untuk memastikan bahan buangan yang dari rumah, premis perniagaan dan pejabat dilupuskan dengan cara yang betul dan tidak mencemarkan alam.

Baru-baru ini, penulis dan jurugambar telah berpeluang mengikut keperitan sebagai pekerja Alam Flora dalam memastikan sampah-sampah dikutip dan dilupuskan dengan sebaik mungkin demi mewujudkan negara yang bersih dan tidak tercemar oleh kekotoran daripada bahan buangan.

Seawal 5.30 pagi bersama Pegawai Perhubungan Komunikasi Alam Flora, Jenny Wong, penulis 'tabik' dengan para pekerja syarikat tersebut yang tanpa banyak kerenah sanggup bergelumang dengan sampah buangan orang lain.

Walaupun keadaan pagi tersebut hujan lebat namun tugasan tetap diteruskan demi mencari sesuap nasi untuk diri dan juga keluarga.

Bagi pemandu kompektor (lori sampah) Mohd. Noor Mohd. Zin 24, sudah menjadi kebiasaan diri untuk bangun seawal 4.30 pagi dan bersiap ke tempat kerja.

''Biasanya sebelum pukul 6 pagi saya akan sampai di pejabat untuk mendengar taklimat daripada pengurus sebelum menjalankan tanggungjawab kami,'' ujarnya yang tinggal bersama keluarganya di Cheras.

Bermula seawal 6 pagi kesemua pekerja-pekerja berkumpul di depot Alam Flora di Jalan Chan Sow Lin.

Katanya, walaupun dalam keadaan apa pun, lori mesti berjalan, tidak kira hujan lebat, kerja tetap di teruskan.

Dia yang memulakan tugas seawal 6 pagi sehingga 12 tengah hari dipertanggungjawabkan mengawal tiga pekerja lain yang akan bersama-sama mengutip sampah di kawasan Bangsar.

Berpengalaman mengikuti tugas harian bersama empat petugas Alam Flora ini membuatkan penulis teruja melihat bidang tugas mereka yang terpaksa menahan terik panas serta hujan ketika mencari rezeki, ditambah pula dengan keadaan yang hanyir dan meloyakan.

Namun pengalaman penulis menaiki lori yang dipanggil kompektor tidak seperti disangka, dilengkapi dengan Perkhidmatan Radio Paket (GPRS) dan juga penghawa dingin, seolah-olah bukan seperti berada di dalam lori sampah.

Pengalaman bermula seawal pagi dengan mengutip sampah sarap di kawasan premis perniagaan sehingga ke kawasan perumahan dan diakhiri di tempat pelupusan sampah di Jinjang, Kepong membuatkan penulis diuji kesabaran dengan bidang tugas yang memenatkan.

Malah seawal 6 pagi ketika orang lain nyenyak dibuai mimpi, kesemua pekerja bertungkus lumus menyusuri kawasan-kawasan perumahan dan juga kawasan kilang mengutip bahan-bahan yang dibuang.

Pengalaman penulis mengikuti laluan lori ke Bangsar seawal 6.30 pagi melalui kawasan-kawasan perumahan serta kedai-kedai memberi kesedaran tentang pentingnya tugas ini bagi menjadikan bandar kelihatan bersih dan cantik.

''Bermula di deretan kedai di jalan Telawi, Bangsar, pemandu lori menurunkan petugas untuk mengambil sampah-sampah di dalam tempat yang disediakan.

''Pengalaman pertama penulis melihat sampah dikutip membuatkan perasan loya kerana tidak tahan dengan bau yang kuat tambahan pula keadaan yang berair.

''Mula-mula saja, saya pun sama juga pada awalnya tetapi kini sudah lali dengan keadaan begini,'' kata Mat Shah Ali yang berpengalaman lebih 27 tahun dengan kerja-kerja kutip sampah.

Jelasnya, pelbagai kerenah yang ditemui semasa menjalankan tanggungjawab.

"Saya sudah lali dengan keadaan, macam-macam kerenah yang ditemui, kadang-kadang yang baik malah yang sebaliknya pun ada,'' ujarnya yang pernah menemui cebisan mayat manusia semasa mengutip sampah tiga tahun lalu.

Malah akuinya, walaupun tugasannya tidak digemari ramai namun ia sebenarnya memberi kesan penting kepada masyarakat.

"Cuma masyarakat hari ini kurang kesedaran mengenai kebersihan,'' ujarnya bersungguh.

Katanya, masyarakat seolah-olah memandang serong dengan tugas ini sedangkan tugas ini untuk menjadikan kawasanbersih dan kelihatan cantik.

"Kadang-kadang masyarakat tidak bagi kerjasama kerana menganggap tugas kami tidak penting dan menjijikkan.

"Bahkan, cemuhan pula yang diterima selepas mengutip sampah di premis-premis, bukan ucapan terima kasih,'' ujarnya yang kesal dengan sesetengah pihak.

Jelasnya lagi, sesetengah pelanggan hanya tahu melaporkan sahaja jika sampah di kawasan mereka tidak dikutip.

"Mereka terus melaporkan kepada pihak atasan hanya kerana terlambat sampai di kawasan mereka,'' ceritanya.

Malah akuinya, sesetengah premis terlalu sayang untuk membelikan tong sampah untuk digunakan.

"Kadang-kadang kita pula yang terpaksa mencari bekas-bekas yang boleh digunakan untuk dijadikan tong sampah.

"Bekas itu sudah rosak pun masih digunakan lagi, ini semua menyusahkan kami tambahan pula bekas itu digunakan setiap masa,'' ujarnya yang terkilan dengan sikap segelintir pemilik kedai yang terlalu mementingkan keuntungan daripada menjaga kebersihan premis sendiri.

Sementara itu, seorang lagi pekerja, Latif Jaafar memberitahu, cabaran menjadi pengutip sampah adalah lebih berat daripada bekerja di pejabat kerana melibatkan perasaan manusia.

"Setiap hari kita terpaksa menasihatkan orang ramai supaya menjadi masyarakat yang bijak dan tahu membuang sampah dengan betul,'' katanya.

Dia yang mula bertugas seawal 4.30 pagi memberitahu, sudah lali dengan persekitaran yang kotor tambahan masa bekerja pula masih pagi.

Akuinya, dia juga sudah lali dengan kelibat 'mat gian' yang sedang ralit membuat aktiviti haram mereka, tambahan pula keadaan yang sunyi di sebalik lorong-lorong.

"Kawasan Bangsar juga sudah sebati dengan diri saya dan sudah tahu kawasan mana yang perlu didahulukan.

"Kawasan kerja ini adalah rumah yang kedua bagi saya memandangkan hampir 24 tahun saya menjaga kawasan ini.

''Biasanya seawal 4.30 saya akan kerja sendirian melonggok sampah-sampah yang ada sementara menunggu lori yang akan datang pukul 7 pagi,'' ujarnya menerangkan tugasan hariannya.

Seorang lagi, rakannya Amir Madon pula memberitahu, tugasannya memerlukan kesabaran yang tinggi.

''Walaupun kerjanya sekadar mengangkat sampah namun komitmen dan disiplin yang tinggi adalah penting.

Dia yang sudah 12 tahun berpengalaman mengutip sampah menjelaskan, walaupun bau busuk dan loya keadaan sampah namun ia adalah rezeki yang halal untuk dia sekeluarga.

Katanya, jika rezeki murah ada juga memberi barangan terpakai kepadanya.

"Kadang-kadang mereka sedekahkan kepada kami barangan terpakai. Macam-macam ada, kalau yang bermurah hati mereka sedekahkan terus kepada kami,'' katanya.

Malah akuinya, sepanjang dia bekerja tidak pernah membeli sendiri telefon bimbitnya sebaliknya menerima daripada orang lain.

"Kita tidak mencuri tapi mereka sanggup tunggu untuk memberikan barangan terpakai kepada kami,'' ceritanya bersungguh.

oleh: zuhayati yazid

1. ucapan terima kasih pada mereka..kalau nak harapkan org lain..sapa nak kutip..buang sampah pun baling dari jauh..

2. jus a tribute to them..2 thumbs up


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...