terima kasih buat kalian semua..

Friday, November 20, 2009

Orang melayu penakut..!!!!



Keistimewaan Bumiputera dijamin perlembagaan perlu diperjuang

APABILA pembantu politik DAP, Teoh Beng Hock mati jatuh bangunan, Kunta Kinte tengok satu Malaysia sangat sedih, simpati dan marah.

Bukan main punya simpati dan protes sampai ada pembesar Islam yang pegang colok dan lilin dalam upacara 'vigil' (tafakur) mereka.

Apabila tahanan India mati dalam lokap atau lari dari lokap dan terjun sungai, reaksi yang sama terjadi. Satu Malaysia marah lalu dibuat tunjuk perasaan dan dituntut tubuh suruhanjaya penyiasat.

Apabila seorang wanita India mati minum racun pasal dukacita saudara kandungnya mati ditembak polis, ada pembesar pembangkang berbangsa India cuba buat usul di Parlimen.

Tapi bila seorang pemuda Melayu di Perlis, Mohamad Taufik Noorzan, 21, dikatakan mengamuk dan cuba serang polis dengan pisau ditembak mati, Kunta Kinte tengok macam tak ada apa-apa yang berlaku.

Banyak lagi contoh macam tu. Belum kira lagi cerita tanah Melayu kena ambil kemudian dibuat pembangunan untuk semua bangsa. Rumah Melayu kena runtuh dan macam-macam lagi.

Jadi Kunta Kinte kena kata Kunta Kinte hairan. Budak-budak sekarang kata 'konfius'.

Adakah orang Melayu tak peduli? Adakah orang Melayu apati? Adakah orang Melayu tak berani? Adakah Melayu bangsa suka membisu dan menyepi? Atau adakah Yang Berhormat Melayu hanya makan gaji dan isi tembolok sendiri?

Kunta Kinte bertanya lagi. Apakah nyawa pemuda Melayu kurang berharga daripada nyawa seorang pembantu politik Cina atau seorang India yang disyaki pencuri kereta?

Kunta Kinte tak berani jawab pasal kalau dulu-dulu bukan macam ini. Dulu orang Melayu berani bersuara. Orang Melayu gigih pertahan hak bangsa dan hak negara.

Jadi apa Kunta Kinte nak kata? Kunta Kinte kata tahniah kepada orang Cina dan India kerana berani dan berjaya guna media massa yang mereka milik dan yang tidak mereka milik untuk mempertahan hak dan kebajikan kaum mereka.

Tahniah kepada orang Cina dan India kerana berjaya dapatkan simpati dan empati semua kaum sampai setiap kecelakaan yang timpa kaum mereka digambarkan macam tragedi negara.

Cuma Kunta Kinte nak ulang tanya, di mana pembesar Melayu, politikus Melayu, pembentuk pendapat umum Melayu, cendekiawan Melayu dan NGO Melayu apabila orang Melayu maut ditembak polis dan tahanan Melayu mati dalam lokap?

Atau apabila harta pusaka Melayu dan tanah rizab Melayu diambil alih atas nama pembangunan, tetapi kemudian dibolot oleh mereka yang berduit?

Adakah mereka berasa nyawa dan harta orang Melayu lebih murah harganya daripada nyawa dan harta orang Cina dan India?

Kunta Kinte tidak mahu pertikai tindak tanduk orang Cina dan India. Itu hak mereka. Kalau mereka pandai dan mereka berani tuntut hak mereka, patut sangatlah mereka berjaya, jadi senang dan terbela.

Yang Kunta Kinte rasa wajib Kunta Kinte pertikai adalah ketakutan orang Melayu hendak pertahan hak mereka. Tak apalah kalau ada orang Melayu rasa nyawa orang mengamuk dan tahanan polis tak penting sangat.

Tapi apa halnya dengan hak orang Melayu dan Bumiputera Sarawak dan Sabah dalam Perlembagaan Persekutuan. Adakah nak pertahankan apa yang hak dalam perlembagaan pun takut?

Atau pembesar Melayu, politikus Melayu, pembentuk pendapat umum Melayu, cendekiawan Melayu dan penggiat NGO Melayu tak baca pun Perlembagaan Persekutuan.

Jadi kalau tak baca macam mana nak tahu yang Perlembagaan Persekutuan bagi tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong jaga hak dan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak?

Kalau baca Artikel 153 kita tentu tahu yang Perlembagaan Persekutuan bagi tanggungjawab kepada Raja kita jaga hak dan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak dalam macam-macam bidang.

Misalnya mengadakan kuota untuk kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, pemberian biasiswa, pendidikan, latihan dan pemberian lesen.

Tapi kalau tak baca, jadilah kita macam si Luncai yang terjun ke sungai dengan labu-labunya. Atau menang bersorak, kampung tergadai. Anak di rumah mati kelaparan, kera di hutan disusukan. Lembu yang empunya susu, sapi yang dapat nama.

oleh: kunta kinte

Rasuah oh Rasuah..!!!



Cuba bandingkan kedudukan malaysia dengan negara2 lain..

nampaknya usaha yang dibuat kerajaan tidak memberi bekas kepada persepsi rasuah yang mana SPRM lebih banyak bertindak atas unsur politik..rasanya sekiranya ini diubah insyaallah pesepsi masyarakat akan lebih baik. jgn jadikan sprm sebagai senjata politik. ini memalukan malaysia di mata dunia. pelabur akan berfikir dua kali bila melihat index ini.


Rank

Country/Territory

CPI 2009 Score

Surveys Used

Confidence Range

1

New Zealand

9.4

6

9.1 - 9.5

2

Denmark

9.3

6

9.1 - 9.5

3

Singapore

9.2

9

9.0 - 9.4

3

Sweden

9.2

6

9.0 - 9.3

5

Switzerland

9.0

6

8.9 - 9.1

6

Finland

8.9

6

8.4 - 9.4

6

Netherlands

8.9

6

8.7 - 9.0

8

Australia

8.7

8

8.3 - 9.0

8

Canada

8.7

6

8.5 - 9.0

8

Iceland

8.7

4

7.5 - 9.4

11

Norway

8.6

6

8.2 - 9.1

12

Hong Kong

8.2

8

7.9 - 8.5

12

Luxembourg

8.2

6

7.6 - 8.8

14

Germany

8.0

6

7.7 - 8.3

14

Ireland

8.0

6

7.8 - 8.4

16

Austria

7.9

6

7.4 - 8.3

17

Japan

7.7

8

7.4 - 8.0

17

United Kingdom

7.7

6

7.3 - 8.2

19

United States

7.5

8

6.9 - 8.0

20

Barbados

7.4

4

6.6 - 8.2

21

Belgium

7.1

6

6.9 - 7.3

22

Qatar

7.0

6

5.8 - 8.1

22

Saint Lucia

7.0

3

6.7 - 7.5

24

France

6.9

6

6.5 - 7.3

25

Chile

6.7

7

6.5 - 6.9

25

Uruguay

6.7

5

6.4 - 7.1

27

Cyprus

6.6

4

6.1 - 7.1

27

Estonia

6.6

8

6.1 - 6.9

27

Slovenia

6.6

8

6.3 - 6.9

30

United Arab Emirates

6.5

5

5.5 - 7.5

31

Saint Vincent and the Grenadines

6.4

3

4.9 - 7.5

32

Israel

6.1

6

5.4 - 6.7

32

Spain

6.1

6

5.5 - 6.6

34

Dominica

5.9

3

4.9 - 6.7

35

Portugal

5.8

6

5.5 - 6.2

35

Puerto Rico

5.8

4

5.2 - 6.3

37

Botswana

5.6

6

5.1 - 6.3

37

Taiwan

5.6

9

5.4 - 5.9

39

Brunei Darussalam

5.5

4

4.7 - 6.4

39

Oman

5.5

5

4.4 - 6.5

39

Korea (South)

5.5

9

5.3 - 5.7

42

Mauritius

5.4

6

5.0 - 5.9

43

Costa Rica

5.3

5

4.7 - 5.9

43

Macau

5.3

3

3.3 - 6.9

45

Malta

5.2

4

4.0 - 6.2

46

Bahrain

5.1

5

4.2 - 5.8

46

Cape Verde

5.1

3

3.3 - 7.0

46

Hungary

5.1

8

4.6 - 5.7

49

Bhutan

5.0

4

4.3 - 5.6

49

Jordan

5.0

7

3.9 - 6.1

49

Poland

5.0

8

4.5 - 5.5

52

Czech Republic

4.9

8

4.3 - 5.6

52

Lithuania

4.9

8

4.4 - 5.4

54

Seychelles

4.8

3

3.0 - 6.7

55

South Africa

4.7

8

4.3 - 4.9

56

Latvia

4.5

6

4.1 - 4.9

56

Malaysia

4.5

9

4.0 - 5.1

56

Namibia

4.5

6

3.9 - 5.1

56

Samoa

4.5

3

3.3 - 5.3

56

Slovakia

4.5

8

4.1 - 4.9

61

Cuba

4.4

3

3.5 - 5.1

61

Turkey

4.4

7

3.9 - 4.9

63

Italy

4.3

6

3.8 - 4.9

63

Saudi Arabia

4.3

5

3.1 - 5.3

65

Tunisia

4.2

6

3.0 - 5.5

66

Croatia

4.1

8

3.7 - 4.5

66

Georgia

4.1

7

3.4 - 4.7

66

Kuwait

4.1

5

3.2 - 5.1

69

Ghana

3.9

7

3.2 - 4.6

69

Montenegro

3.9

5

3.5 - 4.4

71

Bulgaria

3.8

8

3.2 - 4.5

71

FYR Macedonia

3.8

6

3.4 - 4.2

71

Greece

3.8

6

3.2 - 4.3

71

Romania

3.8

8

3.2 - 4.3

75

Brazil

3.7

7

3.3 - 4.3

75

Colombia

3.7

7

3.1 - 4.3

75

Peru

3.7

7

3.4 - 4.1

75

Suriname

3.7

3

3.0 - 4.7

79

Burkina Faso

3.6

7

2.8 - 4.4

79

China

3.6

9

3.0 - 4.2

79

Swaziland

3.6

3

3.0 - 4.7

79

Trinidad and Tobago

3.6

4

3.0 - 4.3

83

Serbia

3.5

6

3.3 - 3.9

84

El Salvador

3.4

5

3.0 - 3.8

84

Guatemala

3.4

5

3.0 - 3.9

84

India

3.4

10

3.2 - 3.6

84

Panama

3.4

5

3.1 - 3.7

84

Thailand

3.4

9

3.0 - 3.8

89

Lesotho

3.3

6

2.8 - 3.8

89

Malawi

3.3

7

2.7 - 3.9

89

Mexico

3.3

7

3.2 - 3.5

89

Moldova

3.3

6

2.7 - 4.0

89

Morocco

3.3

6

2.8 - 3.9

89

Rwanda

3.3

4

2.9 - 3.7

95

Albania

3.2

6

3.0 - 3.3

95

Vanuatu

3.2

3

2.3 - 4.7

97

Liberia

3.1

3

1.9 - 3.8

97

Sri Lanka

3.1

7

2.8 - 3.4

99

Bosnia and Herzegovina

3.0

7

2.6 - 3.4

99

Dominican Republic

3.0

5

2.9 - 3.2

99

Jamaica

3.0

5

2.8 - 3.3

99

Madagascar

3.0

7

2.8 - 3.2

99

Senegal

3.0

7

2.5 - 3.6

99

Tonga

3.0

3

2.6 - 3.3

99

Zambia

3.0

7

2.8 - 3.2

106

Argentina

2.9

7

2.6 - 3.1

106

Benin

2.9

6

2.3 - 3.4

106

Gabon

2.9

3

2.6 - 3.1

106

Gambia

2.9

5

1.6 - 4.0

106

Niger

2.9

5

2.7 - 3.0

111

Algeria

2.8

6

2.5 - 3.1

111

Djibouti

2.8

4

2.3 - 3.2

111

Egypt

2.8

6

2.6 - 3.1

111

Indonesia

2.8

9

2.4 - 3.2

111

Kiribati

2.8

3

2.3 - 3.3

111

Mali

2.8

6

2.4 - 3.2

111

Sao Tome and Principe

2.8

3

2.4 - 3.3

111

Solomon Islands

2.8

3

2.3 - 3.3

111

Togo

2.8

5

1.9 - 3.9

120

Armenia

2.7

7

2.6 - 2.8

120

Bolivia

2.7

6

2.4 - 3.1

120

Ethiopia

2.7

7

2.4 - 2.9

120

Kazakhstan

2.7

7

2.1 - 3.3

120

Mongolia

2.7

7

2.4 - 3.0

120

Vietnam

2.7

9

2.4 - 3.1

126

Eritrea

2.6

4

1.6 - 3.8

126

Guyana

2.6

4

2.5 - 2.7

126

Syria

2.6

5

2.2 - 2.9

126

Tanzania

2.6

7

2.4 - 2.9

130

Honduras

2.5

6

2.2 - 2.8

130

Lebanon

2.5

3

1.9 - 3.1

130

Libya

2.5

6

2.2 - 2.8

130

Maldives

2.5

4

1.8 - 3.2

130

Mauritania

2.5

7

2.0 - 3.3

130

Mozambique

2.5

7

2.3 - 2.8

130

Nicaragua

2.5

6

2.3 - 2.7

130

Nigeria

2.5

7

2.2 - 2.7

130

Uganda

2.5

7

2.1 - 2.8

139

Bangladesh

2.4

7

2.0 - 2.8

139

Belarus

2.4

4

2.0 - 2.8

139

Pakistan

2.4

7

2.1 - 2.7

139

Philippines

2.4

9

2.1 - 2.7

143

Azerbaijan

2.3

7

2.0 - 2.6

143

Comoros

2.3

3

1.6 - 3.3

143

Nepal

2.3

6

2.0 - 2.6

146

Cameroon

2.2

7

1.9 - 2.6

146

Ecuador

2.2

5

2.0 - 2.5

146

Kenya

2.2

7

1.9 - 2.5

146

Russia

2.2

8

1.9 - 2.4

146

Sierra Leone

2.2

5

1.9 - 2.4

146

Timor-Leste

2.2

5

1.8 - 2.6

146

Ukraine

2.2

8

2.0 - 2.6

146

Zimbabwe

2.2

7

1.7 - 2.8

154

Côte d´Ivoire

2.1

7

1.8 - 2.4

154

Papua New Guinea

2.1

5

1.7 - 2.5

154

Paraguay

2.1

5

1.7 - 2.5

154

Yemen

2.1

4

1.6 - 2.5

158

Cambodia

2.0

8

1.8 - 2.2

158

Central African Republic

2.0

4

1.9 - 2.2

158

Laos

2.0

4

1.6 - 2.6

158

Tajikistan

2.0

8

1.6 - 2.5

162

Angola

1.9

5

1.8 - 1.9

162

Congo Brazzaville

1.9

5

1.6 - 2.1

162

Democratic Republic of Congo

1.9

5

1.7 - 2.1

162

Guinea-Bissau

1.9

3

1.8 - 2.0

162

Kyrgyzstan

1.9

7

1.8 - 2.1

162

Venezuela

1.9

7

1.8 - 2.0

168

Burundi

1.8

6

1.6 - 2.0

168

Equatorial Guinea

1.8

3

1.6 - 1.9

168

Guinea

1.8

5

1.7 - 1.8

168

Haiti

1.8

3

1.4 - 2.3

168

Iran

1.8

3

1.7 - 1.9

168

Turkmenistan

1.8

4

1.7 - 1.9

174

Uzbekistan

1.7

6

1.5 - 1.8

175

Chad

1.6

6

1.5 - 1.7

176

Iraq

1.5

3

1.2 - 1.8

176

Sudan

1.5

5

1.4 - 1.7

178

Myanmar

1.4

3

0.9 - 1.8

179

Afghanistan

1.3

4

1.0 - 1.5

180

Somalia

1.1

3

0.9 - 1.4

Thursday, November 19, 2009

Pelayan tanpa coli


41 wanita asing berpakaian seksi melayan, memuaskan nafsu lelaki di pusat karaoke

SENTUL: Sebuah pusat karaoke di Jalan Ipoh, di sini menjadikan 41 wanita asing dari China, Indonesia dan Vietnam berpakaian seksi tanpa coli sebagai 'magnet' menarik pelanggan ke premis itu.

Taktik itu dikatakan berjaya menarik kedatangan lelaki terutama mereka yang gemar berfoya-foya sehingga premis di tingkat empat sebuah bangunan itu dikatakan mampu bertahan dan mempunyai pelanggan tetap sejak beroperasi setahun lalu.

Bermula dengan mengambil wanita asing itu untuk berkaraoke dengan bayaran RM60, pelanggan kemudian dikatakan boleh mendapat 'layanan tambahan' dengan membawa mereka keluar ke tempat tertentu bagi memuaskan nafsu serakah mereka.

Bagaimanapun, semuanya berakhir apabila premis terbabit diserbu pegawai dan anggota Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian Haram dan Maksiat (D7) Bukit Aman pada jam 10 malam kelmarin.

Dalam serbuan itu, 41 wanita iaitu enam warga China, seorang Indonesia dan selebihnya Vietnam diberkas termasuk ketika melayan pelanggan di dalam beberapa bilik karaoke di premis itu.

Ketika ditahan, wanita berusia antara 17 hingga 28 tahun itu berpakaian seksi tanpa memakai coli, malah ada antara mereka tanpa segan silu memperbetulkan pakaian dengan cara mencolok mata.

Tinjauan mendapati ada beberapa bilik kecil di bahagian belakang premis itu yang dipercayai dijadikan ruang persalinan wanita asing itu berdasarkan banyak alat solek, pakaian seksi serta coli bertaburan di sana sini.

Bahagian paling belakang pula, ada satu pintu yang dipercayai digunakan sebagai pintu 'kecemasan' untuk melarikan diri daripada serbuan pihak berkuasa.

Pintu itu dikatakan menghubungi sebuah pusat bowling, sekali gus boleh mengaburi mata pihak berkuasa jika tidak diperhatikan dengan rapi.

Difahamkan, selain bayaran RM60 bagi menggunakan khidmat wanita di bilik karaoke, pelanggan boleh membawa keluar wanita itu tetapi perlu membayar sejumlah wang atas persetujuan antara pelanggan dengan wanita pilihannya bagi menawarkan khidmat seks di luar premis itu.

Tujuh pekerja premis itu berusia antara 20 hingga 30-an.

Polis mengesahkan kes berkenaan disiasat mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 dan Akta Imigresen.

Semua mereka serta beberapa pelanggan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul untuk siasatan lanjut.


Alam sekolah dulu dan sekarang


SAYA tertarik dengan berita pelajar ponteng sekolah baru-baru ini. Berita sebegini sebenarnya bukanlah isu baru bagi kita semua. Cuma kadangkala terfikir oleh saya, bila akan berakhirnya kejadian begini jika semua pihak yang terlibat tidak mengambil sikap serius untuk menanganinya.

Ingin saya turunkan di sini sedikit pengalaman di zaman persekolahan saya dahulu sewaktu menuntut di Sekolah Convent Butterworth, Seberang Perai dari tingkatan peralihan sehingga ke tingkatan 5 (1967 - 1972).

Pada setiap tahun selepas peperiksaan akhir tahun, sekolah saya akan menganjurkan pelbagai aktiviti seperti:

Pertandingan nyanyian (dulu tidak ada karaoke) dengan live band, pertandingan menari berkumpulan, boria, pertandingan berbahas, berbalas pantun, berlakon dan berdrama, pertandingan berlawak jenaka (siapa yang boleh buat orang lain ketawa terbahak-bahak, dialah 'Juara'), pertandingan Ratu Gaya (siapa yang pandai bergaya di atas pentas, dialah yang tercantik), pertandingan membaca sajak, syair berlagu merdu, main congkak, dam, perlawanan badminton antara pelajar dan guru, pelajar dengan pelajar dan antara guru dengan guru.

Kadang-kadang ada tayangan filem di dewan sekolah. Ada masanya kita adakan konsert sambil menjemput ibu bapa atau penjaga hadir meraikannya bersama.

Guru-guru dan pelajar-pelajarnya pula begitu komited menjalankan tugas masing-masing yang telah diamanahkan untuk menjayakan aktiviti-aktiviti tersebut.

Hadiah-hadiah yang disediakan tidaklah terlalu mahal dan membebankan pihak sekolah. Cuma sekadar buku cerita, alatan tulis, pensil warna, baju-T sekolah, beg sekolah, album gambar, stokin, topi, sapu tangan, tuala mandi, selimut dan adakalanya kami meminta derma alatan elektrik yang kecil-kecil dan kurang mahal daripada tauke-tauke kedai seperti radio kecil (transistor), pengering rambut, kipas angin dan sebagainya.

Biasanya, kami mendapat kerjasama daripada pihak-pihak berkenaan untuk menjayakan aktiviti kami itu.

Ada kalanya kami pergi hiking Bukit Bendera bersama guru-guru sambil berkelah di Waterfall Botanical Garden, Pulau Pinang.

Ada kalanya pula kami buat perkhemahan dan camp fire di kawasan padang sekolah kami selama beberapa malam (mahu berkhemah di hutan tidak dibenarkan oleh Guru Besar kerana kami pelajar perempuan, bahaya katanya).

Yang menghairankan saya, tidak adakah 'idea' guru-guru sekarang untuk mengisi 'masa yang terluang' oleh pelajar-pelajar kita setelah penat belajar dan menduduki peperiksaan?

Dahulu di sekolah, tidak ada pun guru kaunseling. Namun hubungan antara guru dengan pelajar amat rapat. Sehingga ke hari terakhir perpisahan, kami pelajar-pelajar di tingkatan lima dengan guru-guru yang mengajar kami dan Guru Besar serta kakitangan di pejabat pentadbiran sehinggalah ke tukang kebun dan makcik kantin, semuanya menitiskan air mata sambil bersalaman dan bermaaf-maafan kerana mungkin selepas itu kami tidak akan bertemu lagi antara satu sama lain.

Inilah episod yang amat pilu di alam persekolahan sekolah menengah saya dahulu. Sehingga sekarang kenangan itu masih segar dalam kotak ingatan saya. Ada kalanya saya bercerita semula kepada anak-anak saya sambil menunjukkan gambar-gambar album hitam putih yang diambil semasa aktiviti di sekolah dulu.

Kadang-kadang saya bertanya kepada anak saya: ''Lepas periksa, cikgu tak anjur apa-apa aktiviti ke?'' Jawapannya: ''Tak ada pun.''

Apabila difikirkan balik, patutlah budak-budak bosan pergi ke sekolah selepas periksa. Renung-renungkanlah.

ANTI PONTENG

Kuantan

Wednesday, November 18, 2009

Kenapa saya berhenti merokok...!!!


Mereka mengaut keuntungan atas kesengsaraan si perokok. Itu tanggapan awal saya setiap kali kerajaan menaikkan duti eksais rokok dengan alasan "rokok membahayakan kesihatan."

Saya tidak pernah membantah tentang bahaya dan puakanya menghisap rokok ini. Saya setuju malah agama sendiri telah membariskan surah yang melarang kita merosakkan tubuh badan dan membahayakan kesihatan. Ramainya juga maklum perbahasan ini.


"Janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke arah kebinasaan," (Surah al-Baqarah, ayat 195).

Bagi saya ayat ini terpakai bukan sahaja untuk yang merokok, bahkan jika kita memandu laju di jalan raya dengan mengundang celaka kepada nyawa dan orang di sekeliling kita, ianya juga satu larangan keras dari agama.

Ya, saya bukan nak berhujah tentang surah atau bercerita seperti orang yang pandai agama tetapi nak bercerita tentang natijah dan padahnya pengalaman yang saya lalui selama menjadikan rokok sebagai teman hidup.

Saya berjinak dengan rokok, sewaktu berusia 15 tahun ketika gelodak jiwa dan perasaan dihambur seribu macam masalah yang bertimpa. Kononnya dengan merokok dapat menyelesaikan atau sekurang-kurangkan mengurang beban di fikiran. Begitulah dangkalnya minda yang belum matang.

Ternyata rokok sebagai teman duka lara tidak banyak membantu, bahkan menambahkan lagi satu masalah baru, iaitu ketagihan. Dengan harga yang mahal, sebagai pelajar seperti saya, sering mencari akal dan alasan untuk meminjam atau meminta duit daripada sang ayah untuk memenuhi kehendak nafsu itu.

Itulah sebabnya, kalau pelajar hisap rokok, mereka mesti 'steng' atau kongsi sikit seorang. Kadang-kadang sebatang kongsi lima orang. Ianya sesuatu yang 'luxury' (mewah) dan sering digambarkan sebagai seorang yang mempunyai 'gaya dan keunggulan' dan dipandang hebat di mata ramai.

Itu dari sisi pandang seorang perokok. Bagi yang memandang, pasti menyampah!

Di asrama, aneka helah dicerna untuk memastikan ketagihan itu dapat dilunasi. Bayangkanlah, kalau ditangkap kerana menghisap rokok, tak cukup tanah dikerjakan cikgu sekolah. Oleh itu pelbagai cara digunakan untuk menyembunyikan hanya sebatang rokok.

Antaranya sorok di sisi stoking, sebatang pen yang diubah suai, sesuai dengan saiz batang rokok, siling sekolah, batang-batang besi katil yang mempunyai lubang kecil dan 1001 macam cara untuk menjadi 'penjenayah' tidak bertauliah.

Saya menjadi 'social and regular smoker' pada usia 20an, ketika bertugas sebagai pengemaskini data dan sijil saham di sebuah syarikat saham di ibu kota.

Kerja adakalanya melangkaui, lewat masa dan tamat sehingga subuh hari. Mata kadang-kadang terpejam celik. Justeru, kononnya untuk menahan mata menjadi 'terang', rokok dijadikan ubat penawar.

Seperti biasa, ubat yang disangka penawar hanyalah dongengan semata tetapi menambah bala, apabila mula batuk tak berhenti pula. Yang disangka teman atau penawar, rupanya racun berbisa, tak bermata.

Tidak mudah berhenti merokok

Itulah sebabnya, saya simpati dengan si perokok dan sebenarnya tidak mudah untuk berhenti rokok. Kalau sudah terjebak, cukup perit untuk berjuang meninggalkannya.

Saya berusaha berhenti merokok tiga kali sepanjang hidup ini. Fasa pertama ketika berusia 22 tahun. Berazam tekad dengan cara berdikit-dikit. Dari 10 batang sehari, berkurang menjadi tujuh, kemudian tiga, seterusnya sebatang sehari. Akhirnya saya berjaya berhenti selama sebulan.

Terkejut juga badan. Tiga hari saya demam dan menggelisah. Macam orang ketagih dadah lagaknya. Apatah lagi bila tengok kawan-kawan berkepul asap di depan mata. Ada pula yang tidak menyokong, bahkan memberi rokok percuma berbatang-batang, supaya saya terus bersama seiring sejalan dengan mereka.

Kemudian, saya kembali semula menghisap. Kali ini lebih 'advance'. Dua kotak sehari. Satu rokok jenis biasa dan satu rokok jenis kretek. Lebih parah, ketika saya membuat kerja-kerja buruh, menanam anak benih pokok getah di kaki bukit. Waktu kerja terik di bakar mentari, lebih gian dan kuatlah rokok dicucuh api.

Fasa kedua, saya cuba cara tradisional. Ambil kelapa muda, belah dan kemudian tembakau rokok di rendam di dalam air kepala itu. Lepas itu minum. Cukup teruk rasanya dan cukup dramatiklah gayanya, apabila saya kemudiannya muntah!

Ya, bertahanlah saya selama 30 hari sahaja. Bau dan asap rokok cukup tidak menyenangkan. Tetapi lama kelamaan, ketagihan itu melebihi daripada perasaan tidak mahu merokok. Rupanya, bukan cara berhenti yang menjadi pokok pangkalnya, tetapi keazaman yang kuat.

Ada beberapa mitos, yang diceritakan bahawa tembakau rokok ini 'disemah' dan jampi terlebih dahulu. Ada juga yang kata, yang ianya dibancuh dan disiram dengan arak terlebih dahulu. Ada juga kata, rumput pertama yang dipijak syaitan, setelah ditendang keluar dari syurga itulah yang dinamakan tembakau.

Macam-macam cerita. Ada hadis dhaif dan palsu. Semuanya saya tidak tahu, yang saya tahu, ianya benar-benar membuatkan seseorang ketagih!

Kerajaan kaut untung atas derita si perokok

Sebenarnya selain Fasa Satu dan Fasa Kedua, telah ada beberapa siri kecil, saya berusaha mengadakan protes kepada rokok ini. Kerana pada saya ianya tidak menambah nilai atau memberi sebarang makna.

Cuma yang lebihnya ialah menambah satu penyakit demi penyakit dan menambah wang demi wang untuk menikmati ketagihan. Malah sumpahan, cacian dan bencinya manusia kepada si perokok juga turut menjulang tinggi. Itu sahajalah yang menambah.

Itu tidak termasuk batuk berdarah, sakit dada, semput, sukar bernafas, pening dan tak bermaya.

Selain itu, menjadi seorang perokok ini bukanlah sesuatu yang membanggakan. Bayangkan gaya hidup yang tidak sihat dan sanggup berkorban apa saja semata-mata untuk menyedut nikmat asap dan candu.

Saya sanggup bersusah payah keluar rumah jam 3.00 pagi, semata-mata, mencari bekalan rokok. Lihat betapa gian dan bahananya menghisap rokok.

Tidak cukup dengan itu, kita penting diri sendiri. Asap yang berkepul, dihidu insan tak 'berdosa' terutamanya si kecil yang tercungap-cungap, cuba menghirup udara nyaman.

Satu lagi, kalau ketandusan wang, ada masanya, terkial-kialnya mencari puntung-puntung lama, untuk dicucuh api, dan dihisap semula. Macam orang gila, mengaih sampah. Betapa, malunya watak itu, kalau ditonton ramai. Tak percaya, tanyalah kepada yang pernah melalui saat getir itu.

Satu lagi sifat merokok ini, tidak mungkin tidak, ianya ada ciri-ciri seorang 'pengotor.' Tak mungkin tidak, seorang perokok, akan membuang rokoknya di mana sahaja, bumi dipijak dan puntung dijunjung. Jalan raya, kaki jalan, taman bunga, ladang, bangunan, kubur malah kawasan hospital pun, tidak lepas dengan sikap pengotor ini.

Selepas itu, sudahlah ada ketagihan yang sukar dibendung, kerajaan pula ambil kesempatan kaut untung atas sengsara si perokok.

Betapa malunya menjadi sang perokok. Sudahlah disumpah, dicerca oleh orang ramai kerana mempunyai tabiat yang tidak elok, kemudian dianiaya pula oleh kerajaan, dengan menaikkan cukai dengan tidak semena-mena.

Dengan alasan-alasan seperti ramai perokok yang tegar, masalah kesihatan perokok yang semakin meruncing dan gejala rokok di kalangan pelajar sekolah semakin berleluasa maka kerajaan seperti biasa mencari jalan mudah dan pintas menyelesaikan masalah tersebut dengan menaikkan harga rokok!

Seorang pembaca menimbulkan persoalan sama ada bersungguh dan ikhlas kerajaan dalam memerangi rokok yang telah dibuktikan membahayakan kesihatan ini atau barangkali, kerajaan lebih suka membiarkan gejala ini berleluasa dan berterima kasih dengan ketagihan perokok ini supaya dapat mengaut keuntungan yang banyak.

Pohon kepada Allah

"Memang benar sama ada dinaikkan atau diturunkan harga, fenomena rokok amatlah sukar dibendung secara total, tetapi membiarkan perokok mendapatkan bekalan rokok dengan mudah adalah satu tindakan kerajaan yang perlu dipersoalkan," katanya dalam satu laman surat pembaca Harakahdaily.net dua tahun lalu kepada saya.

"Kerajaan dan umum mengetahui, perokok yang ketagihan akan terus berusaha dengan segala kepayahannya untuk mendapatkan bekalan rokok meskipun harganya terlalu tinggi," tulis pembaca itu.

Saya simpati kepada nasib perokok. Apalagi yang tinggal kepada si perokok kalau ketagihan mereka dipermainkan dan dijadikan umpan?

Tak mengapalah tetapi saya tidak ada cara lain lagi untuk berhenti merokok. Sudah cukup banyak ianya menyeksa saya. Wang, masa dan tenaga, dihabiskan untuk sebatang nan durjana ini. Saya tidak ada pilihan lain, melainkan berhenti dengan serta merta!

Macam-macam cara saya guna. Dan saya sering teringat kata seorang teman tentang rokok.

"Setiap hari, walaupun mungkin tidak haram tetapi kau buat kerja yang tidak disukai Allah, pasti sukar mendapat rahmat dari-Nya. Pasti, tidak ada kecukupan dan berkah dalam kehidupan," katanya membuatkan saya terkedu seketika.

Tidak ada cara lain, melainkan memohon pertolongan Allah. Allah sahaja yang tahu sengsaranya hidup sebagai sang perokok. Di luar bergaya, di dalam malapetaka.

Saya mula berdoa dengan melafazkan kata-kata khusus, supaya Allah 'mengkhatamkan' hati saya, untuk tidak merokok lagi.

"Ya Allah. Berhentikanlah tabiat menghisap rokok ini. Hanya pada-Mu sahaja yang berkuasa mengubah hati. Tutuplah hati dan perasaan ingin merokok ini. Aku tidak mahu merana lagi dan tidak mahu melakukan seuatu yang tidak kau redhai," pinta saya sewaktu sujud yang lama.

Bersungguh-sungguh saya pohon. Kerana saya yakin dan pasti, persoalan hati dan semangat yang kuat adalah urusan Allah untuk kabulkan.

Sehinggalah pada suatau malam sekitar akhir tahun 2005, ketika menyala sebatang rokok, mulut saya rasa begitu pahit dan tekak mula menjadi loya menjadikan hati saya terasa begitu mual, benci dan tidak mahu lagi untuk terjebak dengan ketagihan yang memalukan.

Alhamdullilah, doa saya yang tidak putus-putus untuk berhenti merokok, dikabulkan tuhan dan tuhan telah menyelamatkan saya sekali lagi.

Dan, kini sudah hampir empat tahun, hidup saya semakin tenang, fikiran makin matang dan nafas kembali segar dan udara untuk dihirup setiap pagi, di kala subuh terasa cukup nikmat!

Kepada yang berhajat untuk berhenti, sesungguhnya ruang pengampunan dan pertolongan Allah Maha luas, pintalah nescaya diperkenankan.

Kepada yang mahu juga mencuba, cubalah tetapi hadapilah 'azab' yang saya lalui selama 10 tahun menjadi sang perokok.

Kepada yang mahu mencuba, lupakan saja, kerana bimbang-bimbang sukar untuk kembali ke pangkal jalan!

Kepada yang ingin membantu, jangan caci dan hina si perokok tetapi bantu bimbing semangat mereka kerana mereka juga manusia biasa....

Oleh: Azamin amin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...