terima kasih buat kalian semua..

Tuesday, January 12, 2010

12 tahun nanti diploma Ittar diiktiraf

SAYA kecewa kerana Universiti Tun Abdul Razak (Unitar) tidak mengendahkan keluhan pelajar yang tamat pengajian pada 1998. Saya memperoleh diploma perakaunan dari Institut Teknologi Tun Abdul Razak (Ittar cawangan Alor Setar) pada 1998.

Saya memohon jawatan dalam sektor kerajaan. Malangnya setiap kali ditemu duga dalam tempoh selepas 12 tahun, tapisan terakhir Suruhanjaya Perkhidmatan Awam menyatakan saya gagal kerana diploma tidak diiktiraf kerajaan.

Saya dan rakan mengadu kepada pihak Ittar Alor Setar dan diberitahu hanya lulusan 2002 ke atas mendapat pengiktirafan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Bagaimana pula nasib pelajar sebelum itu?

Saya harap Ittar Alor Setar dapat mengambil tindakan sewajarnya untuk memastikan setiap graduan mendapat hak masing-masing.

Kami berhempas pulas belajar dan memenuhi syarat graduan serta menghabiskan banyak wang, tetapi apabila aduan dibuat kepada Ittar/Unitar, jawapan yang sama diberi iaitu ‘harap bersabar’.

Bolehkah bersabar jika proses ini sudah 12 tahun tanpa penyelesaian?

DIPLOMA TERSISIH,
Putrajaya.


No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...