terima kasih buat kalian semua..

Sunday, January 3, 2010

Bila Isteriku Ketagihan Fesbuk..


SAYA sudah berumah tangga 14 tahun dan isteri saya cukup pengetahuan ilmu dunia dan akhirat jika dibandingkan dengan saya.


Selama perkahwinan kami, tiada perlakuannya yang menimbulkan kecurigaan saya.

Bagaimanapun, pepatah ‘kusangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari’ menjadi igauan kepada diri saya sekarang. Ini kerana kebelakangan ini isteri saya asyik melayari laman web Facebook di Internet.

Pada mulanya dia mencari rakan lama dari zaman sekolahnya. Selepas berjaya menemui beberapa orang, dia berhubungan dengan mereka. Yang saya tak suka, kawannya bukan hanya perempuan, sebaliknya ramai juga lelaki.

Saya tidak suka dia bersembang dengan rakan lelakinya biarpun hanya melalui Facebook. Pernah saya menyindirnya dengan memberi contoh kejadian negatif yang berlaku pada masa ini jika terlalu asyik bersembang melalui Internet, tapi katanya saya cemburu.

Dia langsung tidak memikirkan perasaan saya sebagai suami. Baginya, apa yang dia lakukan tidak menyalahi hukum agama. Saya pula berpendapat saya ada hak untuk curiga dan menghalangnya berbuat demikian kerana semua rakan lelakinya di Facebook sudah berkahwin.

Lebih mengecewakan, daripada bersembang melalui Internet, kini mereka galak pula berbual melalui telefon.

Jadi, saya bimbang jika selepas ini mereka merancang untuk berjumpa pula. Dia seolah-olah lupa kawan lelakinya juga sudah berkahwin. Kenapa dia suka sangat berbual dengan suami orang?

Kini hati saya sentiasa curiga terhadap apa saja yang isteri saya lakukan, termasuk layanan baiknya terhadap saya. Bagi saya, tanggungjawab terhadap keluarga yang dia lakukan semuanya sandiwara. Dia melayan saya dengan baik mungkin hanya untuk menutup perlakuannya yang negatif.

Saya pula hanya berpura-pura membalas kebaikannya kerana tidak mahu rumah tangga kami bergolak. Semakin hari keceriaan di hati saya semakin hilang. Saya murung dan hanya hanya bercakap perkara perlu saja dengan isteri saya.

Mungkin ada yang menganggap saya terlalu cemburu. cuba fikirkan, andai suami berperangai seperti itu, apa pula perasaan isteri. Bila kerap berbual dengan lelaki lain, mulalah nampak kelemahan suami sendiri. Sebagai contoh, suami hanya bekerja buruh kasar, sedangkan rakan sembang itu berkerjaya lebih hebat. Apa pandangan Dang Setia?

SUAMI RESAH
Kuala Lumpur


JAWAPAN


Facebook seolah-olah menjadi fenomena pada masa ini dan penyalahgunaan laman web sosial itu hingga membawa kepada pelbagai masalah, termasuk menjejaskan hubungan suami isteri, memang pernah berlaku sebagaimana dilaporkan media.

Berpegang kepada fakta itu, kebimbangan dan kecurigaan saudara jelas ada asasnya. Jadi, Dang Setia tidak menyalahkan saudara dalam hal ini, cuma kelemahan saudara ialah gagal menangani dan melakukan tindakan sesuai untuk mengatasi masalah ini.

Perlu difahami, melayari Internet dan menggunakan Facebook pada asasnya tidak salah. Internet dan Facebook hanya peralatan untuk kemudahan manusia. Namun, seperti peralatan lain, contohnya pisau, ia boleh juga mendatangkan kemudaratan jika disalahgunakan.

Secara jujur, Dang Setia juga kabur atau tidak pasti adakah isteri saudara menyalahgunakan Facebook. Namun yang Dang Setia pasti, dia melakukan kesalahan apabila ingkar arahan suami.

Biarpun melayari Facebook tidak berdosa, apabila saudara sebagai suaminya menghalangnya berbuat demikian, terutama berhubungan dengan rakan lelaki, dia wajib patuh kepada arahan saudara. Jika dia tak patuh, maknanya dia berdosa.

Justeru, pastikan isteri saudara sedar dan faham hakikat ini. Bincang dan nasihatkan dia secara baik. Jika dia betul-betul ada ilmu agama, dia tentu tahu bahawa mematuhi arahan suami adalah satu kewajipan isteri.

Selain itu, jangan biarkan Internet mahupun Facebook mengawal atau merosakkan hidup kita. Sebagai manusia, kita perlu kawal semua teknologi itu. Satu cara kawalan yang boleh saudara lakukan ialah turut menjadi rakan Facebook isteri saudara.

Minta isteri saudara beri semua akses, termasuk kata laluan e-mel Facebooknya. Dengan cara ini saudara dapat memantau setiap aktivitinya di Facebook, siapa rakannya dan apa yang mereka bualkan.

Jika isteri saudara tidak melakukan kesalahan, tiada sebab untuk dia tidak memenuhi permintaan saudara. Namun jika dia enggan, mungkin benar dia ada melakukan perkara tidak betul.

Jika itu berlaku, tidak salah untuk saudara bertindak lebih tegas seperti menghalangnya menggunakan Facebook dengan cara membuat sekatan dan hanya saudara yang ada kata laluannya atau menamatkan terus perkhidmatan Internet di rumah saudara.

Saudara perlu tegas dalam hal ini. Apabila isteri saudara mula berhubungan melalui telefon dengan rakan lelakinya, Dang Setia setuju dengan saudara bahawa ada kemungkinan selepas ini mereka berjumpa pula.

Bagaimanapun, Dang Setia tidak bersetuju dengan tanggapan saudara yang isteri saudara hanya bersandiwara apabila menjalankan tanggungjawabnya, termasuk melayan saudara dengan baik, manakala saudara pula hanya berpura-pura melayan layanan baiknya kerana tidak mahu rumah tangga bergolak.

Bagi Dang Setia, perkara ini jangan saudara pendamkan. Jika dipendamkan dan hanya hidup berpura-pura, masalah akan terus parah ibarat api dalam sekam yang akhirnya membinasakan.

Sebagai ketua keluarga, bertindaklah dengan matang, tegas dan berhemah untuk menegur kelemahan isteri. Dang Setia percaya isteri saudara belum hanyut terlalu jauh. Dia hanya sedikit tersasar dan masih banyak ruang untuk keharmonian rumah tangga kalian dikembalikan.

- sumber Harian Metro..

2 comments:

  1. Are You Gonna Go My WayJanuary 3, 2010 at 8:02 PM

    Suami Resah,

    Bro...hang tidak cemburu..hang kene lah sekat dari sekarang facebook bini hang tu. Dari cerita hang aku rasa bini hang ni masih baru dlm dunia social network internet ni..myspace tagged dan FB...kalau yg dah biasa dari zaman sekolah tu lain..sebab dia dah kenal mana penipu mana betul.

    Aku ada kesah benar di mana bini kawan aku kongkek dgn orang lain kat hotel...kawan dia kenal dalam facebook..kawan jantan tu dok puji dia lawa dan sexy dll....

    Aku tahu sangat cerita ni sebab..aku yang pi tangkap depa kat dalam bilik hotel...kawan aku terkedu tengok bini dia kangkang untuk orang lain.....

    aku ucap selamat untuk hang...jaga2 lah bini anda...

    ReplyDelete
  2. Kerja banyak nak dibuat tapi kalau dah ketagih dengan dgn dunia sosial tanpa sempadan itu lah padahnya. Walaupun dah tau yang mana betul atau salah tapi bila dah nafsu menguasai minda, macam-macam boleh jadi, aku sebagai mak kepada anak yang dah berumur 20an pun, kekadang tewas juga dengan rayuan dan pujukan jantan yang saje nak ambil kesempatan nie...
    Tapi nasib aku baik sbb iman didada mengingatkan aku tentang dosa dan pahala. Oleh itu para suami, memang anda perlu pantau apa yang isteri anda buat agar mereka tidak hanyut dengan keghairahan teknologi yang boleh melekakan dan menjerumuskan mereka kearah kemaksiatan.

    ReplyDelete

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...