terima kasih buat kalian semua..

Tuesday, January 19, 2010

Cadangan membawa padah

PEMUDA MIC mencadangkan supaya kerajaan memberikan pengampunan kepada lebih 30,000 warganegara India yang telah 'hilang' dan bekerja secara haram di negara ini.

Menurut kata Ketua Pemuda MIC, T. Mohan, kerajaan hendaklah menghalalkan kehadiran mereka dan membenarkan mereka diambil bekerja oleh syarikat-syarikat tempatan yang memerlukan mereka.

Ini adalah suatu jalan yang mudah untuk menyelesaikan masalah, tetapi akan menimbulkan masalah yang lebih besar. Ia akan menggalakkan lebih ramai orang India dan juga mereka dari negara lain datang ke negara ini untuk bekerja secara haram kerana berpeluang menjadi halal kemudiannya.

Adakah ini pemikiran seorang anak Malaysia yang bertanggungjawab terhadap kepentingan keselamatan Malaysia atau didorong oleh perasaan sentimen perkauman?

Masalah kita di Malaysia ialah setiap kaum melihatnya dari sudut kepentingan kaum, bukan dari segi kepentingan negara pada keseluruhannya.

Mohan tidak memikirkan bahawa lebih 30,000 orang yang dihalalkan nanti ini akan menyebarkan berita ini kepada saudara-mara mereka di India untuk datang ke Malaysia dan bekerja secara haram terlebih dahulu. Masalah lain akan dapat diatasi kemudian.

Malah jika pandai berlakon boleh mendakwa surat beranak atau kad pengenalan hilang dan boleh jadi warganegara Malaysia. Yang berhijrah ke Singapura ialah orang kaya India tetapi orang-orang miskin dari India datang mencari makan di sini. Sebabnya kita 'longgar' dan 'rasuah'.

Inilah yang telah berlaku kepada kerajaan British apabila Presiden Uganda, Aidi Amin, menghalau orang orang India dari negaranya dalam tahun 70-an.

Semakin ramai yang mengambil kesempatan daripada sikap lembut dan kemanusiaan kerajaan British untuk membawa masuk keluarga mereka ke Britain yang akhirnya melahirkan beberapa little India di Britain, termasuklah di bandar-bandar kecil di negara itu.

Kerajaan boleh memberi pengampunan kepada orang India yang hilang itu supaya mereka menyerah diri, bukan untuk mendapat permit kerja kerana ramai anak India yang menganggur dan ada yang terlibat dengan perbuatan jenayah.

Inilah yang harus diutamakan oleh Mohan sebagai Ketua Pemuda MIC, bukan bersifat 'kuman di seberang nampak tetapi gajah di depan mata tidak dihiraukan' semata mata kerana sentimen perkauman.

TAN MALAKA

Putrajaya

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...