terima kasih buat kalian semua..

Saturday, January 30, 2010

Faedah bank pulak dinaikkan..


Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini membayangkan bakal menaikkan kadar faedah selepas mengekalkan kadar sedia ada hampir setahun.

Gabenor BNM, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz berkata, Malaysia perlu 'mengembalikan' semula kadar faedah seperti biasa untuk mengelakkan gelembung aset, meskipun ia belum berlaku dalam ekonomi lagi.

Tambah beliau, pengekalan kadar faedah semasa boleh mengakibatkan pelbagai risiko akibat ketidakseimbangan kewangan.

''Kadar faedah yang rendah dan terlalu lama akan menyebabkan orang ramai memindahkan aset dan kewangan kepada pasaran yang menawarkan sistem kewangan yang normal bagi meningkatkan pulangan ke atas simpanan masing-masing.

''Keadaan ini, jika tidak ditangani segera akan menimbulkan pelbagai masalah di kemudian hari.

- elok laa..semua benda naik..petrol itu ari pun janji nak revise setiap 2 minggu ikut harga pasaran..last2 semua buat diam je.

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...