terima kasih buat kalian semua..

Tuesday, January 5, 2010

GRO tanpa coli



Pelayan sembunyi dalam peti sejuk, lubang rahsia

SENTUL: Sebuah pusat karaoke di Jalan Ipoh di sini, yang melarang pekerja wanitanya berasal dari China, Indonesia dan Vietnam memakai coli ketika melayan pelanggan sebagai pelaris perniagaan diserbu lagi malam kelmarin.

Pengusahanya dikatakan tidak serik kerana mengulangi taktik sama walaupun 41 pekerjanya pernah diberkas dalam serbuan pertama oleh pihak berkuasa, dua bulan lalu.

Malah, kali ini pengusahanya didapati membina lubang rahsia dalam sebuah bilik rehat sebagai tempat persembunyian pekerjanya sekiranya pusat berkenaan diserbu pegawai dan anggota Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian Haram dan Maksiat (D7) Bukit Aman.

Dalam serbuan kira-kira jam 8.30 malam itu, pasukan polis menemui seorang wanita warga Vietnam bersembunyi dalam peti sejuk di ruang dapur, manakala 20 lagi ditemui dalam lubang rahsia.

Dalam serbuan tiga jam itu, selain 21 wanita terbabit turut diberkas adalah 10 wanita warga Vietnam sedang melayan pelanggan dalam beberapa bilik karaoke di premis berkenaan, manakala pengurusnya ditahan bagi membantu siasatan mengikut Akta Imigresen kerana membenarkan warga asing bekerja tanpa permit sah.

Ketika ditahan, wanita berusia 18 hingga 32 tahun itu berpakaian seksi yang hanya menutupi bahagian dada dan pangkal pehanya dalam usaha menarik kedatangan lelaki sehingga premis di tingkat empat sebuah bangunan itu dikatakan mampu bertahan dan mempunyai pelanggan tetap sejak beroperasi setahun lalu.

Dua bulan lalu, pusat itu diserbu hasil risikan anggota polis yang mendapati selain menggunakan khidmat wanita di bilik karaoke dengan bayaran RM60, pelanggan juga boleh membawa keluar pekerja terbabit dengan membayar sejumlah wang atas persetujuan antara pelanggan dengan wanita pilihannya bagi menawarkan khidmat seks di luar premis berkenaan.

Dalam operasi 18 November lalu itu, polis memberkas 13 lelaki, semuanya pelanggan pusat itu untuk tujuan dokumentasi, selain 41 wanita iaitu enam warga China, seorang Indonesia dan selebihnya Vietnam berusia 17 hingga 28 tahun.

Tinjauan mendapati ada beberapa bilik kecil di belakang premis itu yang dipercayai dijadikan ruang persalinan wanita asing itu berdasarkan banyak alat solek, pakaian seksi serta coli bertaburan di sana sini.


No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...