terima kasih buat kalian semua..

Saturday, January 2, 2010

Harga baru gula tidak membebankan



Kenaikan harga gula sebanyak 20 sen kepada RM1.65 sekilogram di Semenanjung, serta RM1.75 sekilogram di Sabah dan Sarawak berkuat kuasa 12 tengah malam tadi tidak membebankan pengguna.

Presiden Persatuan Pengguna Kedah (Cake), Datuk Yusoff Ismail berkata, orang ramai perlu menerima keputusan tersebut kerana kenaikan itu tidak terlalu tinggi.

"Namun, saya ingin meminta peniaga makanan supaya jangan mengambil kesempatan dengan kenaikan harga gula untuk menaikkan harga makanan serta minuman.

"Ini kerana harga baru gula tidak terlalu tinggi dan jangan pula mereka membebankan pengguna dengan menaikkan harga makanan," ujarnya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, rakyat negara ini juga patut mengurangkan penggunaan gula dalam makanan dan minuman bermula sekarang bagi menjaga kesihatan.

"Gula memang tidak baik untuk kesihatan, jadi apa kata pengguna mula belajar mengurangkan pengambilan gula dalam menu harian mereka.

"Pengguna tidak perlu salahkan kerajaan kerana harga gula di negara kita masih terlalu rendah jika dibandingkan dengan negara-negara lain," katanya.

Sementara itu, rata-rata pengguna yang ditemui akur dengan harga baru gula yang ditetapkan oleh kerajaan.

Seorang pesara, Ishak Ibrahim, 62, berkata, harga gula yang naik sebanyak 20 sen sekilogram masih munasabah dan bahan mentah itu masih mampu dibeli oleh rakyat negara ini.

"Dengan keadaan ekonomi negara sekarang memang harga barang-barang keperluan akan meningkat.

"Sebagai pengguna kita perlu terima keputusan dengan tenang kerana semua negara di dunia turut menghadapi kenaikan harga barang-barang makanan," ujarnya.

Seorang lagi pengguna, Hayati Harun, 30, berkata, dia juga tidak mempunyai masalah dengan kenaikan harga gula namun, mungkin bagi mereka yang berpendapatan rendah harga baru gula itu agak tinggi.

"Suka atau tidak kita perlu terima keputusan kerajaan ini dan saya harap selepas ini harga makanan dan minuman yang dijual tidak terlalu tinggi," katanya.

- sumber utusan

1. cam gampang punya berita..siarkan yg setuju je buat pa

2. piem kata ekonomi makin baik untuk 2010 tapi kenapa gula xmampu nak sabsidi?

3. memang la setakat pakai dirumah xterasa, tapi apa kes harga minuman naik 10-20 sen?

4. patut la sebulan dua ni susah nak dapat gula..banyak kedai aku jumpak gula tapi bila nak beli depa kata gula tak juai..

5. bermula 1 jan secara tiba2 gula cukup dipasaran..

6. roti pun dah tak sabsidi..tadi waktu beli roti panjang dah juai rm3..biasanya rm2.10 je..

7. org kampung xpeduli pun dgn penanda aras ekonomi..asal harga barang murah dah memadai..

8. seperti biasa kerajaan percaya kenaikan harga ini tidak akan membebankan pengguna..kerajaan je yg percaya..rakyat tak..kecuali 2-3 org mangkuk kat atas..

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...