terima kasih buat kalian semua..

Saturday, January 16, 2010

Harga makanan sihat tidak sepatutnya naik

SAYA bersetuju dan menyokong usaha kerajaan melancarkan kempen mengurangkan penggunaan gula berikutan ke-naikan harga gula mentah dunia baru-baru ini.

Walaupun langkah itu amat baik, sama ada kita sedar atau tidak kenaikan harga gula juga sebenarnya memberi kesan kepada makanan sihat seperti roti, biskut dan sebagainya.

Sebagai contoh roti putih dulu berharga RM2.25, kini menjadi RM2.50, naik 25 sen. Keputusan kerajaan tidak memberi subsidi bagi roti putih mulai 1 Januari 2010 dan barangan itu akan ditarik keluar daripada skim kawalan harga juga dilihat tidak wajar dan tidak selari dengan kempen yang dijalankan.
Ini kerana, kementerian meminta rakyat menjaga kesihatan dengan mengurangkan penggunaan gula tetapi harga makanan sihat seperti roti tidak pula diambil peduli. Saya berharap kementerian terbabit dapat melihat kembali perkara ini seterusnya menetapkan roti putih disenaraikan sebagai bahan kawalan.

Dalam isu ini sebenarnya rakyat serba salah. Kita menyokong pengurangan penggunaan gula tetapi pada masa sama terbeban dengan implikasi kenaikan harga ba-rang keperluan harian. Untuk itu kerajaan perlu mencari satu kaedah terbaik yang memenangkan kedua-dua pihak.

PENGGUNA TERBEBAN,
Kuala Lumpur

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...