terima kasih buat kalian semua..

Thursday, January 14, 2010

Hentikan terus VOA

SATU berita yang mengejutkan tetapi tidak mengejutkan saya ialah kenyataan mengenai hampir 40,000 pelawat dari India yang masuk ke negara ini dengan kemudahan visa waktu ketibaan (VOA) telah 'hilang' setelah visa lawatan mereka habis tempoh.

Tidak lama dahulu kita dikejutkan dengan 50,000 wanita dari China juga dilaporkan 'hilang' dan sampai sekarang masalah tersebut seolah-olah dilupakan.

Kita semua tahu bahawa rakyat India dan China ini bukannya hilang malah kebanyakannya terus berada di sini dilindungi atau bekerja dengan majikan-majikan Cina dan India. Mereka ada yang bekerja di industri maksiat dan macam-macam lagi sehinggakan pendapatan per kapita mereka dan penginapan mereka jauh lebih mewah daripada rakyat Malaysia khasnya orang Melayu.

Dan janganlah pula kita terperanjat bahawa sebahagian daripada rakyat China dan India ini sudahpun memegang kad pengenalan merah ataupun biru dan kita yakin cara mereka mendapatnya adalah lebih mudah daripada mendapatkan 'Green Card' di Amerika Syarikat.

Kita tidak tahulah berapa ramai rakyat China dan India yang melakukan perkahwinan untuk kerakyatan atau marriage of convenience dengan rakyat Malaysia.

Demikianlah kisah Malaysia yang kadang-kadang boleh dikatakan sudah menjadi El Dorado iaitu bumi emas dan apa sahaja boleh dilakukan untuk mencari kekayaan.

Dan semua ini berlaku di waktu negara-negara lain mengetatkan sistem kemasukan rakyat asing, umpamanya Great Britain sendiri mungkin mengenakan syarat ketat ke atas rakyat Malaysia tidak lama lagi kerana terlalu ramai rakyat Malaysia berbuat seperti rakyat China dan India membuatnya di Malaysia.

Kita semua tahu di negara mana pun yang sentiasa menghadapi masalah bajet soal penguatkuasaan untuk mencari dan menangkap dan menghantar pulang pelawat yang tidak keluar di akhir tempoh visa memanglah satu tugas yang susah.

Pegawai penguat kuasa memang sentiasa tidak cukup dan itu tidak termasuk ada yang bersekongkol dengan sindiket-sindiket perniagaan manusia.

Justeru untuk mengatasi masalah ini dan demi keselamatan negara ini kerajaan mesti menghentikan VOA ini seperti yang dinyatakan sendiri oleh bekas Menteri Dalam Negeri, Syed Hamid Albar dan Menteri Besar Perak dan pihak-pihak lain.

Kalau pun kita hendak memajukan industri pelancongan, janganlah sampai kita memudaratkan keselamatan negara kita sendiri termasuk alam sekitar kita.

Kalau dilaksanakan secara terlalu liberal pelancongan juga akan mencemari maruah negara ini sebagai negara Islam.

Dasar-dasar industri baru perlu dilaksanakan.

* Pertama, seperti dibuat oleh Great Britain, pelawat-pelawat dari negara-negara tertentu mesti dikenakan visa.

* AirAsia dan syarikat-syarikat penerbangan yang membawa masuk orang asing ke negara ini tanpa memikirkan keselamatan negara ini patut didenda sekiranya didapati membawa masuk pelawat tanpa visa dan dipertanggungjawabkan membawa balik pelawat itu ke negara asalnya.

Banyak negara sudah tidak mahu lagi bergantung kepada industri pelancongan kerana industri ini boleh merosakkan negara, mencemarkan budaya tempatan dan pelbagai musibah lagi.

SAAD HASHIM

Ampang

No comments:

Post a Comment

Harap dapat tinggalkan nama anda apabila membuat komen yer..Tak kisah la nama betul ke samaran....TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...